Skandal Rasuah Azmin Ali Dan Shamsidar Didedahkan
KENYATAAN ASAL OLEH BEKAS PEGAWAI KANAN BPR (SPRM)
————————–
Saya adalah seorang bekas pegawai kanan BPR yang terlibat di dalam
penyiasatan kes terhadap Azmin Ali dan isterinya Shamsidar pada tahun
1995. Saya rasa terpanggil untuk mendedahkan bagaimana ‘corrupt’ seorang
bernama Anwar Ibrahim dan Azmin Ali di mana kedua-duanya kaya raya dan
malah cerita Shamsidar merupakan gundik Anwar pada saya bukanlah suatu
yang mengejutkan kerana telah lama perkara ini berlaku.
Hanya orang yang pekak, buta dan tuli sahaja yang sengaja mengatakan
segala cerita ‘corrupt’ dan juga skandal seks mereka sebagai suatu
cerita rekaan atau konspirasi.
Disini saya hendak menunjukkan contoh
bagaimana seorang Ketua Pengarah BPR ketika itu, iaitu Datuk Shafee
Yahaya kononnya seorang yang baik, berintegriti, pernah mendedahkan
kononnya Dr Mahatir menengkingnya dalam kes Hassan Abul (Pegawai BNM)
dan kemudian buat buku pula yan menunjukkan bagaimana baiknya dia.
Tapi dalam diam dan ramai orang BPR tahu dia telah menghentikan siasatan
kes Azmin Ali setelah mendapat arahan Anwar. Kalau Datuk Shafee
betul-betul bersih saya tabiklah. Tapi nak saya bongkarkan ke kisah
Datuk sebelum Datuk jadi KP BPR? Maka Datuk Shafee tolonglah jangan nak
komen apa-apa selepas pendedahan ini.
KRONOLOGI KES
Siasatan kes
ini bermula daripada satu maklumat (yang di tandakan sebagai Lampiran
A). Pemberi maklumat menyatakan dengan jelas pemilikan harta Azmin Ali
yang ketika itu 1995 hanyalah Setiausaha Sulit (SUS) Anwar yang bergaji
lebih kurang RM2400/=. Kalau sekarang beliau hanyalah gred 41 sahaja di
dalam Perkhidmatan Awam.
Ekoran daripada itu, satu report polis
telah dibuat bagi membolehkan BPR menjalankan siasatan (lihat Salinan
Repot yang ditandakan sebagai Lampiran B). Repot yang dibuat adalah
bertarikh 24.5.1995.
Ekoran itu, satu minit ringkas dikemukakan oleh
Allahyarham Basri bin Idris sepertimana Lapiran C berkembar. Ia
menunjukkan pemilikan harta Azmin sejak 1991 – 1995, antara lain
memiliki sebuah BMW 325i, Proton Wira 1.6 Xli, Proton Satria 1.6 Xli.
Proton Perdana 2.0 SE, 1000 saha,m Hicom, sebuah rumah No. 23, Jalan
1/4D Bukit Mas, Taman Melawati seluas 8500 sqft. Hebatkan? BPR siasat
ke?
Atas arahan Datuk Shafee (lihat minit no. 2), pegawai penyiasat
diarahkan supaya tidak memohon Notis Pengisytiharan Harta yang
sepatutnya di keluarkan di bawah seksyen 23 Akta Pencegahan Rasuah 1961
kepada Azmin Ali.
Tuan-tuan semua tahu, kalau dalam keadaan biasa,
bukan setakat notis, tetapi Azmin sudah tentu akan ditahan untuk
siasatan BPR. Knowing how BPR’s style of work. Besar atau tidak
pangkatnya Azmin yang hanya gred biasa dalam perkhidmatan awam ketika
itu, Pengarah Siasatan diarah oleh Datuk Shafee supaya berjumpa sendiri
Azmin di pejabat TPM (siapa lagi kalu bukan Anwar Ibrahim) dan meminta
Azmin mengemukakan pengisytiharan secara sukarela.
Now, what is the
legal implication when Azmin voluntarily declare his asset? Meaning to
say he is not bound for any criminal prosecution under Prevention
Corruption Act and Penal Code if the Public Prosecutor satisfy as to how
Azmin having an unexplain excessive property.
Diketika itu, kami
yang terlibat di dalam penyiasatan merasakan amat pelik dan juga
frustrated dengan arahan yang dikeluarkan oleh Datuk Shafee.
Namun
saya amat merasakan bagaimana Arwah Basri Idris meneruskan usahanya bagi
memperoleh Notis Pengisytiharan Harta itu (limat minit No. 2 bertarikh
20/6/1995) bagi membolehkan siasatan diteruskan untuk memeriksa
pengaliran wang dalam akaun-akaun Azmin Ali (quoted as YDS at para 6 of
the minutes).
Usaha mendapatkan Notis Berjaya dan lihat Minit-Minit
bil 4 – 9 dan Kertas Siasatan dirujuk kepada Datuk Shafee pada 8 Mei
1996.
Rujuk minit 10, lihat bagaimana Datuk Shafee mahu kes ini
dirujuk kepada TPM dengan minitnya bertarikh 9/5/1995. Apakah integrity
BPR ketika itu di bawah pimpinan beliau yang mana Datuk Shafee sering
menekankan integrity di kalangan kami. Akhirnya lihatlah minit bil 15,
Kertas Siasatan dikemukakan kepada Datuk Shafee bertarikh 12/9/1996 oleh
Dato’ Mohd Zawawi Nordin, Timbalan Ketua Pengarah BPR ketika itu.
Beliau secara jelas memberitahu harta Azmin adalah diluar kemampuannya.
Dramatiknya selepas itu, Kertas Siasatan ini terpendam atau dipendam macam jeruk oleh Datuk Shafee atas arahan Anwar Ibrahim.
Sehinggalah pada 23/9/1997 (setahun lebih), tiba-tiba Datuk Shafee has
violated a law when personally instructed this investigation to be
closed. Minit beliau berbunyi (rujuk minit 16) “Telah maklumkan kepada
YAB TP” dan beliau menulis “KUS”. Perkataan KUS bermakna Kemas Untuk
Simpan. Ia adalah terminology yang digunakan oleh BPR dan Polis apabila
suatu siasatan itu telah siap dan tiada tindakan lanjut.
Perbuatan
Datuk Shafee ini melanggar undang-undang jenayah di bawah Kanun Tatacara
Jenayah dan juga Perlembagaan Persekutuan kerana beliau tiada hak untuk
mengarah suatu siasatan dihentikan melainkan arahan Pendakwaraya. Namun
oleh kerana terlalu taksub kepada Anwar Ibrahin he has betray his own
agency dan terutamanya Rakyat Malaysia.
Di bawah ini tuan-tuan
bolehlah tatapi pengisytihatan harta secara sukarela Azmin Ali dan di
dalam fail siasatan BPR bernombor 15/5/1995. Datuk Shafee telah
hilangkan Notis Pengisytiharan Harta dan juga pengisytiharan harta Azmin
Ali.
Pengisytiharan harta secara secara sukarela Azmin Ali dapat
tuan-tuan baca daripada fakta kes Pegawai Penyiasat yang saya tandakan
Lampiran D. Jangan tuan-tuan buta, cek-cek yang masuk dalam akaun
Shamsidar sahaja ketika itu sudah melampaui RM7 juta lebih. Seorang suri
rumahtangga amat kaya dan dikayakan oleh Anwar.
Sebab itu apabila
Anuar Shaari memberi dokumen-dokumen pemilikan saham Shamsidar dan Azmin
untuk siasatan lanjut, apakah masyarakat buta? Saya dapat download
dokumen-dokumen itu melalui website dan silalah baca sendiri.
Orang
seperti Datuk Shafee telah merendahkan martabat BPR dan lihat penyamun
yang diselamatkannya ketika itu menjadi penderhaka kepada Negara. Banyak
kerosakan telah dilakukannya. I need not to explain more about this.
Hanya orang yang buta, pekak dan tuli akan jadi bahalol dunia seperti
Datuk Shafee.
Kes ini melibatkan satu siasatan oleh BPR ke atas
Azmin Ali Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar dan isteri Azmin, Shamsidar
(hanyalah seorang surirumah) pada tahun1995.
Siasatan dibuat ke atas
Azmin kerana dikatakan mempunyai harta peribadi yang banyak hasil
daripada perlakuan rasuah yang dilakukan semasa memegang jawatan
Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar pada waktu tersebut. Ketika Anwar
adalah Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan Malaysia.
Berdasarkan maklumat dan repot polis yang diterima, satu Kertas Siasatan
telah dibuka bernombor BPR/KS: Semasa siasatan dibuat mendapati gaji
Azmin hanya RM2,442.00 sebulan tetapi mampu untuk membeli 2 buah rumah
iaitu;
Rumah pertama: double storey banglow di Setapak harga
RM284,118 dengan deposit sebanyak RM14,181 dan bayaran bulanan sebanyak
RM3,376.75.
Manakala rumah kedua: rumah berkembar di Taman Melawati
harga RM210,000 dengan deposit sebanyak RM60,000 dan bayaran bulanan
sebanyak RM1,110.35.
Jika dicampurkan kedua bayaran bulanan ialah
sebanyak lebih kurang RM4,500.00. Ini sahaja dah menunjukkan hutang
Azmin melebihi sekali ganda gaji bulanan beliau. Di mana Azmin mendapat
wang tambahan untuk menampung bayaran hutang ini?
Bukan itu saja,
tak mungkin semua gaji Azmin di gunakan untuk membayar hutang rumah?
Bukankah ini sahaja dah mencukupi menunjukkan Azmin mempunyai pendapatan
yang lain. Itu tidak diambil kira lagi dimana Azmin mendapat wang untuk
membayar wang deposit rumah-rumah tersebut.
Siasatan yang dijalankan oleh BPR juga membuktikan Azmin memiliki 2 buah kenderaan iaitu;
BMW no plat BBN 3 berharga RM160,529.85.81 dimana bayaran deposit
sebanyak RM120,529 dan bayaran bulanan pula sebanyak RM875 sebulan.
Kereta kedua pula Proton Perdana no plat WDU 64 berharga RM80,767.81 dengan ansuran bulanan sebanyak RM700.
Jika kita lihat komitmen bulanan bagi kedua kereta ini ialah lebih
kurang RM1,700. RM1,700 pada ketika itu nilai yang besar. Mana tak nya
kalau dilihat gaji setiausaha sulit TPM pun pada masa tu baru RM2 ribu
lebih.
Saham yang dimilik oleh Azmin dan isterinya juga umpama
seorang bisness man. Cuba kita lihat bagaimana isteri seorang penjawat
awam mempunyai saham di dalam pasaran saham dengan nilai keseluruhan
melebihi setengah juta.
Itu tak termasuk baki-baki didalam akaun
bank yang pernah satu ketika mencecah RM300 ribu lebih. Cuba lihat
keadaan yang saya nyatakan di atas. Adakah kita mempercayai penjawat
awam boleh hidup dengan sedemikian?
Tetapi perkara yang paling
membingungkan saya apabila BPR menutup kes ini? Sedangkan memang jelas
Azmin dan isterinya mempunyai harta yangberlebihan yang tidak setimpal
dengan pendapatannya.
MENGAPA SIASATAN BPR DIHENTIKAN? SIAPA YANG
MEMPUNYAI KUASA UNTUK MEMBERHENTIKAN SIASATAN INI?ADAKAH ORANG YANG
MEMBERHENTIKAN SIASATAN INI BERSENGKOKOL DENGAN AZMIN ATAUPUN TAKUT
KEPADA PEMIMPIN PADA MASA TERSEBUT?
Untuk makluman, pada waktu itu
Ketua Pengarah BPR adalah Dato Shafee Yahya. Dengan nyata skali KP BPR
telah membuat satu keputusan yang tak relevan bilamana menghentikan
siasatan ini. Apa sebenarnya yang berlaku? Jika kita tunjukkan perkara
ini kepada budak sekolah pun mereka dapat menilai bahawa tak mungkin
dengan gaji RM 2 ribu lebih sebulan mampu mempunyai gaya hidup mewah
seperti Azmin.
TETAPI kenapa Dato Shafee menghentikan siasatan ini?
ADAKAH kerana bersengkongkol? Favouritism? Mengikut telunjuk pemimpin
seperti kerbau dicucuk hidung? Ataupun samada dah NYANYUK?
Kite cuba
renung-renungkan kembali berkaitan dengan perkara ini dan lihatlah
lampiran-lampiran yang diupload besama. Ingatlah hidup ini hanya
perjalanan yang sementara sahaja. Jangan ingat kita terlepas untuk
selama-lamanya.