Showing posts with label MALAYSIA. Show all posts
Showing posts with label MALAYSIA. Show all posts

Wednesday, 15 January 2014

COMANGO MAIN KOTOR???


COMANGO Bermain Kotor?


Entah kenapa kita tidak terkejut dengan pendedahan Ustaz Nasharuddin yang dimuatnaik oleh blog the Unspinners mengenai taktik kotor COMANGO untuk memerangkap gabungan NGO Islam ketika di Geneva.   

Menurut Ustaz Nasha, kumpulan NGO Islam telah di beri amaran oleh pegawai kerajaan di sana agar berhati-hati kerana COMANGO telah terlebih dahulu menyebarkan khabar di kalangan kedutaan asing bahawa gabungan NGO Islam itu adalah pengganas.  Mungkin, niat COMANGO adalah untuk membiarkan wakil NGO Islam ditangkap agar mereka boleh mengemukakan tuntutan tanpa halangan. 

Nampaknya, para peneraju COMANGO bukanlah terdiri dari manusia-manusia yang punya integriti.  Mereka sanggup berbuat apa saja untuk mencapai matlamat serta enggan akur kepada peraturan. 

Mungkin bermain kotor juga merupakan antara ‘hak asasi’ yang diperjuangkan mereka.   Mungkin bagi COMANGO, undang-undang dan peraturan serta perdebatan ilmiah yang berfakta adalah menyusahkan.  Ini kerana bagi mereka, manusia tidak harus menggunakan akal, tetapi hanya menggunakan nafsu untuk menentukan cara hidup masing-masing.  Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh COMANGO sebagai ‘hak asasi’ manusia. 

Sikap COMANGO bermain kotor menunjukkan yang mereka sebenarnya takut berhadapan dengan pihak NGO Islam.  Sekaligus membuktikan bahawa mereka cukup sedar bahawa mereka tidak mampu berdiri atas hujah yang bernas dalam menuntut perkara-perkara yang bertentangan dengan Islam dan undang-undang negara ini. 

Sepatutnya, COMANGO berhadapan dengan NGO Islam secara baik dengan mengemukakan hujah masing-masing secara rasional.  Tindakan memburukkan imej dan cuba mengenakan NGO Islam di Geneva, dengan sendirinya menyerlahkan kejahatan COMANGO. 

Tidak kira apa jua perjuangan kita, pada ketika kita terpaksa bermain kotor untuk mencapai matlamat maka kita wajar mempersoalkan kembali apakah kita di pihak yang benar atau salah. 

Apatah lagi bagi gabungan seperti COMANGO yang kononnya berdiri atas niat yang murni demi keadilan sejagat dan hak asasi manusia, maka tentulah ia perlu berjuang dengan jalan yang bersih dan berlandaskan undang-undang. 

Lebih-lebih lagi apabila gabungan itu menganggap penentangnya, iaitu NGO Islam sebagai pihak yang kolot, bodoh dan ketinggalan dan mereka pula sebagai pihak yang maju dan bertamadun. 

Namun, apa yang berlaku menunjukkan bahawa COMANGO hanyalah terdiri dari manusia gasar yang tidak mahu mengikut undang-undang.  Sudahlah memperjuangkan perkara yang haram, pertubuhan itu sendiri juga haram dan kini terbukti pula suka bermain kotor. 

Ini memberikan kita alasan yang lebih kukuh untuk menolak COMANGO kerana jelas gabungan itu membawa fahaman, budaya dan pemikiran jahiliah yang tidak sesuai bagi manusia moden. 

-blue bear-

PR MAHUKAN ORANG ISLAM MURTAD????


SIAPA MURTADKAN UMAT ISLAM...???



Pembangkang sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapat sokongan golongan kafir sehingga rela mengorbankan kepentingan Islam.

Dalam isu rampasan 353 naskahAl kitab versi bahasa Melayu yang menggunakan kalimah Allah, pakatan pembangkang yang memerintah Selangor sanggup menghukum pihak Jabatan Islam Agama Islam Selangot (Jais).

Lebih malang menteri besar Khalid Ibrahim yang berbangsa Melayu dan beragama Islam mengarahkan pula pihak Jais kepada Kementerian Dalam Negeri berhubung tindakan rampasan kitab Kristian tersebut.

Sepatutnya beliau sebagai menteri besar wajib mempertahankan tindakan Jais sebagai sebuah agensi di bawah kerajaan negeri.
Sebaliknya Khalid lebih senang melihat Jais di kritik hebat oleh parti cauvinis Cina, Dap.

Malah beliau tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap tigaAdun Dap yang ingin membawa cadangan pindaan terhadap Enakmen Agama Bukan Islam Selangor (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988.

Tiga Adun DAP Selangor tersebut – Lau Weng San (KampungTunku), Rajiv Rishyakaran (Bukit Gasing) dan Yeo Bee Yin (DamansaraUtama) – kini sudah sampai ketahap kurang ajar dan berani untuk mencabar kesucian dan martabat Islam di negeri itu kononnya atas hak kebebasan beragama.

Strategi hak kebebasan beragama inilah yang menjadi modal kepada pembangkang pimpinan Anwar Ibrahim untuk menekan kerajaan supaya golongan bukan Islam juga mempunyai hak sama seperti umat Islam di negara ini.

Atas alasan untuk keselarasan dengan Perlembagaan Persekutuan tujuan pindaan tersebut adalah bagi memudahkan pendakwah-pendakwah Kristian yang didokong oleh pembangkang untuk memurtadkan orang Islam terutamanya anak-anak muda.

Dalam hal ini Pas sebagai sekutu PKR dan Dap tidak dapat membuat apa-apa respons keras terhadap sikap tigaAdun Dap itu kerana parti itu sendiri pun sudah menjadi balaci parti rasis itu.

Bagaimana boleh diharapkan Pas menentang Dap apabila ia juga menyokong penggunaan kalimah Allah di dalamAl kitab yang menjadi pendirian rasmi pakatan pembangkang.

Sesungguhnya Pas telah terperangkap dalam permainan kotor Dap dan PKR untuk merosakkan Islam.Ia sukar untuk berkata tidak kepada segala kehendak Dap dan PKR kerana pemimpin-pemimpinnya sudah mendapat keuntungan besar dari segi kewangan, kedudukan dan dan projek daripada Dap di Pulau Pinang dan PKR di Selangor.

Pemimpin Pas telah berjaya dibeli dengan wang ringgit dan kemewahan supaya mereka tutup mulut dan tidak berkata apa-apa terhadap tindakan Dap dan PKR yang menjejaskan kedudukan Islam di negara ini.

Ini membuatkan Pas sebagai pembelit kepada bangsa Melayu dan juga Islam.PKR pula langsung tidak boleh diharapkan memperjuangkan agenda Islam walaupun pimpinan atasan kebanyakan adalah orang Islam.

Masakan Islam menjadi penting bagi PKR bila mana Liberalisme dan Pluralisme adalah agama anutan mereka.Sudah tentu dalam isu kalimah Allah, pendirian PKR adalah lebih teruk daripada Pas yang sudah menjadi alat Dap.

PKR pula berperanan menyebarkan fahaman yang anti Islam merosakkan akidah umat Islam di negara ini.Anwar sendiri tidak berani untuk mempertahankan tindakan Jais malah menyalahkan agensi itu atas tindakannya.

Sepatutnya pihak gereja yang harus dipersalahkan kerana bersikap anti Islam apabila terus mendesak untuk menggunakan kalimah Allah di dalam penerbitan majalah Herald.Ini kerana mahkamah tinggi dan juga mahkamah rayuan telah menolak usaha gereja Katolik untuk menggunakan kalimah Allah tetapi mereka tidak mempedulikan keputusan badan kehakiman.

Kalau tidak kerana agenda licik kristianisasi terhadap umat Islam di Malaysia, mengapa mereka bersungguh-sungguh mahu menggunakan kalimah yang sinonim dengan Islam itu?
Bahayanya amat besar kepada kestabilan politik negara dan teras kekuasaan orang Melayu jika perkara ini berterusan.

Kerajaan harus mengambil tindakan keras terhadap mana-mana pihak yang cuba memperlekehkan Islam dan meletakkannya setaraf dengan agama lain.Kedudukan Islam sebagai agama persekutuan hendaklah dipertahankan habis-habisan kerana agenda pembangkang bukan sekadar untuk berkuasa tetapi menggunakan kuasa di tangan mereka untuk merubah sistem pemerintahan kepada satu pentadbiran yang anti Islam, anti Melayu dan anti Raja.

-blue bear-

Friday, 20 September 2013

KU LI MAHU BERTANDING JAWATAN PRESIDEN????

Ku Li Elok Bertanding Majlis Tertinggi

Tengku Razaleigh Hamzah, atau lebih mesra dengan panggilan Ku Li secara terbuka mengakui bahawa beliau masih mempunyai hasrat untuk bertanding dalam Pemilihan UMNO kali ini. Sebagai seorang veteran dan berjasa pula, ramai yang melihat satu-satunya jawatan yang sesuai wajar ditandinginya ialah jawatan tertinggi.

Namun, begitu Ku Li menafikan ingin bertanding jawatan tertinggi tetapi tidak keberatan bertanding jawatan yang lebih rendah.

Kenyataan Ku Li ini dilihat sebagai cerminan kematangan orang lama yang tidak terbawa-bawa dengan kerakusan untuk berkuasa tetapi berpijak di bumi nyata. Dengan usia yang mencecah 76 tahun, pastinya berebut kuasa bukanlah perkara mengujakan bagi Ku Li. Lagipun, UMNO tidak memerlukan pertandingan sengit yang mampu memecahbelahkan parti pada dan ketika ini. Apatah lagi dalam keadaan UMNO amat memerlukan tenaga muda dan segar untuk kekal relevan dalam arus politik semasa.

Walaupun tenaga muda itu penting bagi UMNO, parti ini turut memerlukan semangat dan kematangan orang-orang lama. Pengalaman orang-orang lama terlalu berharga untuk diketepikan seratus peratus. Justeru, minat Ku Li untuk terus berkhidmat di dalam UMNO dan bertanding dalam pemilihan tidak harus dipandang sinis.

Memandangkan penggal ini dilihat sebagai penggal terakhir untuk Ku Li bertanding, maka inilah disarankan agar Ku Li bertanding Majlis Tertinggi UMNO yang mana dilihat lebih sesuai untuknya. Dengan cara ini, UMNO akan berpeluang mendengar pendapat dan nasihat orang lama yang pastinya berguna untuk dijadikan panduan.

Kekuatan Ku Li bukanlah calang-calang. Beliau telah menyandang jawatan Ketua Bahagian Gua Musang sejak 1962 iaitu selama 51 tahun. Ini sekali gus menunjukkan bahawa beliau semestinya seorang pemimpin yang berkesan bagi rakyat kawasannya. Sekiranya beliau berada dalam MT UMNO, maka kekuatan dan keberkesanan kepimpinan beliau tentu sekali boleh dimanfaatkan oleh semua.

Bagaimanapun, terpulanglah kepada Ku Li untuk menentukan langkah seterusnya. Apa yang pasti, barisan kepimpinan UMNO cukup terbuka untuk menerima cabaran dari sesiapa sahaja.

Thursday, 19 September 2013

BANTUAN UNTUK BUMIPUTRA..BUKTI PM RASIS?????

Bantuan Untuk Bumiputera Tak Bercanggah Dengan 1Malaysia

Seperti yang dijangka, masyarakat Cina pasti akan mengkritik Program Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini. Sebelum itu, perlu diingatkan bahawa pada hari ini, MCA sebenarnya sudah tidak wujud kerana parti itu sudah pun ‘berasimilasi’ dengan DAP. Justeru, apabila kita menyebut masyarakat Cina, ia turut membawa makna pembangkang, iaitu DAP.

Secara dasarnya, masyarakat Cina memilih untuk menolak Barisan Nasional pada PRU-13 kerana enggan mengiktiraf Hak Istimewa Bumiputera. Bagi mereka, ia adalah satu polisi yang tidak adil kerana bersifat memberi bantuan dan kelonggaran kepada satu golongan sahaja. Lebih dari itu, mereka menganggap bantuan yang diberikan kepada bumiputera itu adalah dari hasil kerja mereka. Pendek kata, mereka menuduh kerajaan mengambil bahagian kek mereka untuk diberi kepada bumiputera.

Tanpa mereka sedar, mereka tidak mungkin akan mendapat bahagian kek tersebut jika kerajaan tidak menyediakan bahan-bahannya seperti peluang dan projek untuk berkembang. Malah kek tersebut juga mungkin telah habis dimakan tanpa bumiputera yang mewakili daya beli terbesar. Bumiputera pula telah memberikan sebahagian dari dapur mereka untuk masyarakat Cina duduk dan makan, maka seharusnya masyarakat Cina duduk dan makan sahajalah kek mereka tanpa membuat bising.

Dengan mengumumkan program pemerkasaan ekonomi bumiputera, kerajaan bukannya menyuruh masyarakat Cina keluar dari dapur, dan kerajaan juga tidak mengambil bahagian kek dari dulang masyarakat Cina. Sebaliknya, kerajaan menyediakan bahan-bahan lain untuk bumiputera dan menyuruh bumiputera membuat kek sendiri.

Setelah berkongsi dapur dan mempunyai kek masing-masing, maka kerajaan mengharapkan agar masyarakat Cina dan bumiputera dapat duduk dan makan bersama-sama bagi menepati semangat 1Malaysia.

Hakikat ekonomi itu adalah ia saling bergantungan. Kerana itu, semua negara termasuk negara-negara maju turut mengamalkan dasar diskriminasi positif dalam keadaan tertentu. Amerika Syarikat, misalnya, memberi kemudahan dan kelonggaran tertentu kepada warga kulit hitam bagi meningkatkan ekonomi mereka. Dasar seperti ini penting bagi memastikan kerajaan dapat menumpukan kepada perkara yang lebih penting tanpa diselubungi masalah sosial di dalam masyarakat yang terhasil dari kemunduran sesuatu kumpulan.

Justeru, kaum Cina tidak boleh mengambil sikap bongkak kononnya merekalah yang membawa kemajuan di negara ini dan menjadi pembayar cukai tertinggi bagi menjana ekonomi negara. Kaum Cina tidak boleh melihat kaum bumiputera sebagai penghalang kepada cita-cita mereka untuk menjadi lebih kaya dari sedia ada. Sikap angkuh dan pentingkan diri ini tidak menguntungkan sesiapa kerana kita saling bergantung sesama sendiri. Walau apapun, kaum Cina tetap memerlukan daya beli dan tenaga kerja dari bumiputera untuk menjadi lebih kaya.

Kaum Cina tidak akan menjadi lebih kaya dengan memijak bumiputera. Sekiranya bumiputera semakin ketinggalan dalam ekonomi, ia akan turut menjejaskan kitaran ekonomi negara. Ia juga akan menyumbang kepada lebih banyak masalah sosial yang timbul dari kemiskinan. Lebih buruk lagi, ia turut mampu menyumbang kepada ketidakstabilan dan seterusnya kemusnahan. 13 Mei adalah sejarah yang paling berharga untuk kita semua. Namun, malang sekali, orang-orang Cina enggan belajar darinya, malah menidakkannya.

Bukan sahaja 13 Mei, tetapi Reformasi Indonesia juga berpunca dari masalah yang sama iaitu kaum pribumi yang semakin lama semakin terpinggir akibat ketiadaan usaha yang berkesan untuk merapatkan jurang ekonomi.

Benar, bahawa Hak Istimewa Bumiputera yang tercipta dari DEB banyak turut membawa berbagai masalah sampingan. Namun, selagi ada usaha, selagi itu ada harapan yang matlamatnya akan tercapai. Sekiranya tiada langsung polisi yang seumpamanya, maka jurang ekonomi akan semakin meluas dan mendedahkan negara kepada berulangnya tragedi berdarah 13 Mei

Justeru, pengumuman Model Ekonomi Bumiputera (MEB) di bawah program memperkasa ekonomi bumiputera ini seharusnya diterima secara positif oleh masyarakat Cina kerana ia mencerminkan kesedaran kerajaan terhadap masalah yang timbul dalam DEB serta azam untuk terus memperbaikinya.

Kritikan masyarakat Cina kononnya ia bakal menjauhkan lagi masyarakat Cina dari BN menggambarkan pemikiran yang cetek kalaupun tidak rasis atau tamak haloba. Sebenarnya, semakin mantap ekonomi bumiputera, semakin mantaplah juga ekonomi masyarakat Cina. Lebih dari itu, keseimbangan ekonomi akan membantu menurunkan kadar jenayah dan juga masalah sosial di negara ini sekali gus membentuk kehidupan yang lebih baik untuk semua.

Masyarakat Cina wajar belajar berfikir lebih jauh dari sekadar untung rugi sahaja. Ingatlah kata-kata pepatah, “orang tamak, selalunya rugi”.

DS NAJIB MAHUKAN ANWAR KEMBALI BERSAMA UMNO?????

Berunding Dengan PAS Lebih Untung Dari PKR

Tidak dapat dinafikan yang Anwar Ibrahim itu adalah seorang politikus yang cukup hebat sekali sesuai dengan gelaran yang diberikan oleh isterinya iaitu ‘Anugerah Tuhan’. Suatu ketika dahulu kita terkejut juga dengan langkah yang diambilnya dalam menghadapi satu-satu isu terutama di dalam keadaan terdesak. Namun, setelah mengenali beliau, tiada apa lagi yang dilakukannya yang dapat mengejutkan kita. Malah, hari ini, ramai yang sudah mampu membaca gerak langkah beliau lebih awal lagi.

Bagaimanapun, langkah yang diambil Anwar kali ini cukup menarik iaitu cuba menggambarkan kepada dunia bahawa kerajaan BN atau Dato’ Seri Najib sedang menagih kerjasama dengannya atau dalam kata lain, ingin berdamai. Untuk itu, semua bala tenteranya dikerahkan untuk menonjolkan senario yang sama iaitu Dato’ Seri Najib telah, melalui orang tengah, berbincang dengannya untuk membentuk satu macam kerjasama seperti kerajaan perpaduan.

Kononnya, Dato’ Seri Najib buntu dalam menangani tekanan dalaman UMNO yang semakin hilang kepercayaan terhadapnya. Kononnya Dato’ Seri Najib sudah kehilangan punca untuk menangani masalah-masalah dalam negara seperti masalah jenayah, ekonomi dan perkauman. Justeru, hanya Anwarlah yang mampu menyelamatkan negara, sekali gus kedudukan Dato’ Seri Najib melalui satu perjanjian istimewa.

Soalan kita ialah bukankah Anwar yang ke hulu ke hilir membuat kacau dan memburukkan negara agar ekonomi merudum? Bukankah PR yang mendesak agar Akta Pencegahan dihapuskan dan penjenayah dibebaskan serta membela penjenayah bermati-matian? Bukankah PR yang bersungguh-sungguh meniupkan api perkauman di mana DAP secara terang-terangan melaungkan pemerintahan Cina melalui laman sosial Tony Pua? Justeru, apa ke jadahnya Dato’ Seri Najib memerlukan Anwar untuk menangani semua masalah ini sedangkan Anwar dan pembangkanglah yang menjadi puncanya?

Dan apa ke jadahnya Dato’ Seri Najib perlukan pengaruh Anwar untuk meningkatkan pengaruh dirinya di dalam UMNO sedangkan orang-orang Melayu telah meningkatkan sokongan terhadap parti itu dalam PRU yang lalu, serta menolak Anwar’? Bukankah ini bermakna sebarang kerjasama dengan Anwar hanya akan mengundang bala kepada Dato’ Seri Najib, yakni menyebabkan orang-orang UMNO turut menolak beliau?

Benarlah kata Jusuf Kalla iaitu Anwar hidup dalam angan-angan yang terlalu tinggi. Tidak mustahil Anwar tidak lagi dapat membezakan mana fantasi dan mana realiti. Kegilaannya untuk menjadi Perdana Menteri membuatkan beliau mula percaya kepada pembohongannya sendiri.

Hakikatnya, Dato’ Seri Najib tidak mungkin bekerjasama dengan manusia yang telah memfitnahnya dengan begitu teruk sekali. Anwar menuduh Dato’ Seri Najib membunuh dan sanggup mengupah saksi agar mensabitkan Dato’ Seri Najib atas kesalahan tersebut. Jadi, apakah maknanya ini?

Maknanya, jika Anwar berjaya, Dato’ Seri Najib boleh ke penjara atas kesalahan yang tidak dilakukannya. Lebih dahsyat lagi mungkin dikenakan hukuman mati memandangkan kes ini adalah kes bunuh.

Dengan niat Anwar yang begitu jahat terhadap Dato’ Seri Najib, apakah logik jika Dato’ Seri Najib menghulur tangan kerjasama dan melupakan sahaja apa yang Anwar cuba lakukan terhadapnya? Apakah jaminan yang Anwar tidak akan melakukannya sekali lagi, iaitu memfitnah dan menghumbankan Dato’ Seri Najib ke dalam gaung?

Inilah yang kita perlu hadamkan, iaitu apa yang Anwar telah lakukan terhadap Dato’ Seri Najib adalah melangkaui permusuhan politik. Ia telah menjadi sesuatu yang peribadi serta melibatkan nyawa.

Lagipun, yang menang adalah Dato’ Seri Najib dan yang kalah adalah Anwar Ibrahim. Malah, kemenangan Anwar di Permatang Pauh juga menyaksikan kemerosotan undi yang banyak sekali. Oleh itu, tiada sebab bagi Dato’ Seri Najib untuk berbincang dengan orang kalah.

Sekali lagi diulang, yang terhegeh-hegeh dan tersorong-sorong pipi yang baru disuntik botox di sini, ialah Anwar Ibrahim.

Dato’ Seri Najib sebagai Presiden UMNO tidak mungkin bekerjasama dengan pihak yang berpegang kepada liberalisme dan pluralisme. UMNO tidak akan sekali-kali berkompromi dalam hal ini. Kerana itulah UMNO tidak ada masalah untuk menghulur tangan kepada PAS walaupun PAS tegar membawa pendekatan takbur meletakkan diri lebih Islam dari UMNO. UMNO bersedia bersatu atas nama ummah dengan PAS biarpun PAS mengkafirkan UMNO.

Sekiranya PAS kembali menemui kewarasan, UMNO bersedia bekerjasama dengan PAS tetapi bukan PKR dan bukan Anwar Ibrahim. Kekuatan UMNO dicampur dengan PAS sudah cukup untuk mematikan terus PKR dan juga DAP.

Untuk apa UMNO bekerjasama dengan PKR yang mana majoriti wakil rakyatnya adalah kaum Cina yang tidak mungkin akan mengundi BN dalam PRU nanti?

Justeru, jika benar UMNO atau Dato’ Seri Najib benar-benar terdesak untuk bekerjasama dengan pembangkang, yang pastinya pembangkang itu bukan Anwar Ibrahim. Anwar boleh terus berangan dan jenteranya juga boleh terus menyebarkan angan-angannya. Namun, angan-angan itu akan kekal menjadi angan-angan sepertimana angan-angan ingin menjadi Perdana Menteri pada 16 September…entah pada tahun berapa...

KELUARGA LIM YG PENIPU?????

PEMBOHONGAN KELUARGA LIM MEMPERTAHANKAN KUASA DALAM DAP

Seperti yang saya tuliskan semalam, hari ini saya kembali dengan kisah penipuan Dinasti Lim dalam DAP. Mulai hari ini saya akan kongsikan dengan anda bagaimana Dinasti Lim memanipulasi perlembagaan DAP untuk memastikan mereka terus berkuasa.


Sejak 1968 DAP sentiasa dikawal oleh Lim Kit Siang yang memegang jawatan Setiausaha Agung atau Pengerusi Kebangsaan. Dalam organisasi DAP Setiausaha Agung paling berkuasa. Konsep ini sama seperti yang diamalkan oleh Parti Komunis Malaya yang mana jawatan Setiausaha Parti Komunis Malaya dipegang oleh Chin Peng.

Berikut adalah salah satu cara yang dimanipulasi oleh Lim Kit Siang untuk memastikan dia dan disnatinya terus berkuasa.

Parti DAP tidak mempunyai bahagian disetiap parlimen sepertimana yang diamalkan parti-parti lain. Mereka hanya mempunyai cawangan sahaja.

Cawangan-cawangan parti DAP pula dibahagikan kepada dua kumpulan.

i)              Cawangan sijil A
ii)             Cawangan sijil B

Penentuan samada sesebuah cawangan layak mendapat sijil A atau sijil B dibawah kuasa Setiausaha Agung.

Ahli-ahli cawangan sijil A layak untuk hadir ke Kongres Kebangsaan DAP dan layak mengundi untuk memilih CEC.

Ahli-ahli cawangan sijil B hanya layak hadir ke Kongres Kebangsaan DAP sebagai pemerhati sahaja dan TIDAK dibenarkan mengundi.

Cawangan yang dikenal pasti menyokong Dinasti Lim akan diberi sijil A untuk membolehkan mereka mengundi. Mana-mana cawangan yang dikenal pasti tidak menyokongnya dan tidak akan memberi undi kepadanya akan diberi sijil B untuk menghalang mereka daripada mengundi, walaupun sebelum itu cawangan tersebut mempunyai sijil A.  Setiausaha Agung berkuasa untuk menukar sijil cawangan dari A ke B atau dari B ke A bila-bila masa sahaja mengikut keperluannya.

Cara kedua bagaimana Lim Kit Siang memanipulasi Perlembagaan DAP untuk memastikan dia dan dinastinya terus berkuasa.

Perlembagaan DAP yang dirangka Lim Kit Siang juga menetapkan bahawa ahli-ahli yang layak mengundi pada pemilihan parti tidak boleh memilih siapa yang mereka hendak letak sebagai Pengerusi Kebangsaan, Timbalan Pengerusi Kebangsaan, Naib Pengerusi Kebangsaan, Setiausaha Agung dan jawatan-jawatan yang lain. Mereka hanya boleh memilih 20 calon-calon yang bertanding untuk mengisi CEC.

Apabila keputusan 20 yang terpilih sebagai  anggota CEC diumumkan maka 20 orang yang terpilih itu akan bermesyuarat untuk menentukan siapa yang dipilih sebagai Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha Agung dan jawatan lain. Tidak ada undi sulit. Mereka diminta memilih secara terbuka di depan keluarga Lim. Apabila berhadapan dengan situasi begini semua anggota CEC akan menjadi seperti lembu dicucuk hidung dan mereka terpaksa memilih Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung selaku orang yang paling berkuasa dalam DAP.

Jika ada yang cuba melawan mereka tidak akan dipilih sebagai calon dalam pilihanraya dan akan menerima nasib malang sepertimana yang dialami oleh Lee Lam Thye, Wee Choo Keong dan lebih 100 orang lagi yang telah dipecat dari DAP.

Hampir 50 tahun Lim Kit Siang bukan sahaja memanipulasi perlembagaan DAP malah turut memanipulasi kehadiran perwakilan ke Kongres Kebangsaan serta pengiraan undi pemilihan CEC untuk memastikan dia atau dinastinya akan terus menguasai DAP.

Kit Siang tahu dia sekarang sudah dihujung usia dan penggal ini adalah penggal terakhirnya. Jadi dia perlu pastikan perjalanan politik dinastinya dalam DAP terus selamat. Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung dan Lim Hui Ying sebagai Setiausaha DAP Pulau Pinang. Lim Kit Siang juga tahu anaknya Lim Guan Eng tidak sepintar beliau dalam berpolitik dan juga tidak disukai oleh ramai pimpinan DAP kerana sikap angkuh dan sombong. Kebodohan Lim Guan Eng terserlah dalam CEC tahun 2012. Dia tidak sebijak Lim Kit Siang dalam memanipulasi undi sehingga membuatkan DAP berhadapan dengan masalah besar sekarang.

Akibat kebodohan Lim Guang Eng itu, kini Lim Kit Siang sedang memerah otak berfikir bagaimana cara untuk beliau menendang keluar satu kumpulan yang dikenali sebagai Lima Harimau yang boleh mendatangkan masalah besar kepadanya dan dinastinya dalam DAP.

Siapa Lima Harimau dan kenapa Lim Kit Siang perlu sembelih mereka ?

Berjumpa dalam episod yang akan datang.

8 SEBAB CHIN PING XLAYAK DI TANAM DI MALAYSIA????

Ringkasnya, mayat Chin Peng tidak wajar sama sekali dibawa balik untuk ditanam di bumi Malaysia ini samada dalam bentuk jasad, abu mahupun sehelai bulu sekalipun kerana:

1. tangannya penuh dengan darah anggota keselamatan dan rakyat Malaysia  yang dibunuh kejam oleh gerombolan subversif pimpinan Chin Peng;

2. ramai isteri yang menjadi janda, anak menjadi yatim piatu dan ibubapa kehilangan anak akibat pembunuhan oleh anasir subversif komunis pimpinan Chin Peng;

3. Chin Peng bukan warganegara Malaysia walaupun konon cerita beliau lahir di Sitiawan, Perak;

4. Chin Peng tidak menghormati kemerdekaan negara malah terus mengangkat senjata menentang negara ini dengan tujuan menggantikan pemerintahan yang sah pilihan rakyat dengan kerajaan komunis;

5. Chin Peng tidak mengambil peluang Perjanjian Damai Haadyai 02 Dis 1989 untuk balik hidup di Malaysia walaupun berpeluang berbuat sedemikian;

6. Chin Peng tidak pernah memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia atas kekejaman anasir subversif komunis pimpinan beliau, malah tidak pernah menunjukkan kekesalan atas perbuatan itu;

7. Sebahagian besar hidup Chin Peng dihabiskan di negara China dan kemudiannya di Thailand.  Malaysia bukan, dan tidak pernah menjadi tempat bermastautin Chin Peng ini;

8.  Sedangkan jenazah Allahyarham Usamah Bin Ladin pun tidak dibenarkan dibawa balik ke negeri asalnya, sebaliknya dicampak ke laut yang dirahsiakan lokasinya sehingga kini.

Wednesday, 18 September 2013

KISAH BENAR TENTANG KOMUNIS...

 Sejarah negara kita sedang dipersendakan ke peringkat paling maksimum. Mana boleh ketua Parti Komunis Malaya (PKM) bernama Chin Peng digelar pejuang kemerdekaan?

Saya kenali Chin Peng menerusi namanya sejak saya kecil di Kampung Separap, Simpang Kiri,
 Batu Pahat, Johor. Ayah, Ibu dan guru-guru saya sering menceritakan hal Chin Peng dan PKM kepada saya.

Dari cerita-cerita mereka, saya insaf bahawa Chin Peng adalah pengganas yang perlu disula. Kata Ibu saya, di kampung saya sendiri masih wujud bukti keganasan PKM pada tahun 1945.

Di kampung saya banyak rumah dibakar secara rambang. Di kampung saya ada sekeluarga Melayu di kuburkan hidup-hidup dan beramai-ramai oleh pengganas PKM.

Di kampung saya ada orang yang di sula dan digantungkan ke pohon pedada di pinggir Sungai Simpang Kiri. Di suatu kampung yang kira-kira empat kilometer dari kampung saya, terdapat sejarah penduduknya di humbankan ke dalam minyak yang menggelegak dalam kawah gergasi.

Mereka mati bagaikan katak. Di satu lagi kampung pendalaman kira-kira enam kilometer dari kampung saya, sebuah surau pernah dijadikan pusat pengganas Bintang Tiga (PKM) untuk berpesta meminum arak dan menikmati juadah khinzir panggang.

Di situ juga sekumpulan perawan Melayu pernah dirogol dan diperkosa oleh gerombolan pengganas yang sama. Berikutan seluruh peristiwa di atas, bangkitlah angkatan pemuda parang panjang pimpinan Allahyarham Kiayai Salleh.

Kumpulan ini lebih dikenali sebagai Pejuang Selempang Merah. Mereka bertindak dan berjuang semata-mata untuk memansuhkan kezaliman PKM. Mereka adalah pahlawan yang tidak pernah didendang.

Mereka berjuang demi agama, bangsa dan tanahair. Saya belum pernah berterus-terang sebegini menerusi tulisan di blog ini sebelum ini kerana khuatir dituduh sebagai mengapi-apikan semangat perkauman.

Tetapi, saya pernah suarakan kisah di atas di Dewan Rakyat sehingga membuatkan pihak DAP senyap dan tergamam. Oleh itu, tanpa apologi kepada sesiapa, hari ini saya katakan bahawa saya hilang sabar bila ada individu mengatakan pejuang kemerdekaan negara adalah Chin Peng.

Pastinya luahan suara bangkangan saya ini disetujui oleh penduduk di sekitar Pagoh, Bukit Pasir dan Bukit Kepong, Muar, yang terdapat waris-waris mereka dibunuh oleh PKM yang zalim.

Pastinya orang Pontian juga turut menyimpan kisah seperti ini dalam lipatan sejarah keluarga masing-masing. Begitu juga dengan masyarakat Melayu di Bahau, Negeri Sembilan; di Sekinchan, Selangor; dan di Sungai Manik, Perak. Mereka juga mempunyai sejarah keganasan PKM yang hampir serupa bentuk dan kisahnya.

Beribu-ribu keluarga bekas Polis Khas atau Special Constable (SC), Polis biasa dan Askar Melayu juga pastinya amat arif akan kezaliman PKM.

Beratus-ratus ayah, pakcik, dan anggota keluarga mereka di bunuh anggota PKM sewaktu mempertahankan tanahair di zaman darurat.

Waris-waris askar Melayu yang hilang kaki, hilang tangan dan hilang nyawa akibat bom dan jerangkap samar PKM di Lembah Gubir pun pastinya mengakui bahawa Chin Peng dan PKM bukan pejuang kemerdekaan negara.

Cukuplah setakat ini curahan rasa bangkangan saya terhadap individu yang sedang mempersendakan sejarah perjuangan bangsa kita memerdekakan negara.

Saya harap pihak berkuasa akan segera bersuara dan bertindak untuk membetulkan fakta dan hakikat sejarah yang sebenar-benarnya.

Kredit: perjuangan sejati...

AKAUN BANK ANWAR TERBONGKAR.....????

Akaun Bank: Kenapa Anwar Masih Membisu?

Mungkin ada yang berkata bahawa mengungkit dan mencabar Anwar agar menjawab tuduhan mengenai kewujudan lebih 20 akaun bank miliknya dengan jumlah puluhan dan ratusan juta ringgit sebagai satu tindakan yang membuang masa. Kononnya, kedudukan kewangan Anwar tiada kena mengena dengan negara dan rakyat. Kononnya, ia semua adalah pembohongan bagi memburukkan nama Anwar semata-mata.

Benar, mengorek dan mengungkit soal jumlah wang yang dimiliki seseorang adalah tidak relevan. Tetapi, kita harus ingat bahawa Anwar bukan ‘seseorang’ tetapi beliau adalah Ketua Pembangkang Malaysia yang kerjanya saban hari memfitnah kerajaan sebagai korup dan pemimpin negara sebagai gemar bermewah-mewah.

Anwar juga gemar menunjuk imej sederhana di mana anak isterinya juga seringkali hanya berpakaian biasa tanpa sebarang perhiasan walaupun ketika menghadiri acara besar. Dengan itu, penyokong-penyokongnya selalu membandingkan keluarga Anwar dengan keluarga pemimpin UMNO serta menyebarkan persepsi kononnya pemimpin UMNO boros dan ‘makan duit rakyat’.

Namun, penyokong-penyokong Anwar lupa untuk bertanya, dari mana datangnya wang untuk mengupah sebarisan peguam yang terkenal untuk membelanya dalam semua kes mahkamahnya selama ini? Tambahan pula, salah seorang peguam itu merupakan orang yang pertama menuduhnya atas kesalahan liwat tetapi kini bertindak membelanya pula. Bayangkan, berapa juta yang diperlukan untuk membuat seseorang berpaling tadah sebegitu?

Setakat apa yang terdedah, bayaran Anwar untuk peguam itu sahaja adalah RM50 juta. Bukan sahaja bayaran peguam yang mahal tetapi gaya hidup Anwar sekeluarga yang mengalahkan Ketua Negara cukup mencurigakan kita. Semua orang tahu bagaimana Anwar keluar masuk negara, tinggal di hotel-hotel mewah bernilai ribuan ringgit semalam. Beliau juga mempunyai sekurang-kurangnya 7 pengawal peribadi. Itu belum termasuk pemandu dan pembantu untuk dirinya dan keluarga.

Yang menjadi masalah ialah Anwar bukan seorang tokoh korporat atau taikun bertaraf dunia untuk mempunyai wang sebanyak itu. Beliau juga bukan Ketua Negara yang layak mendapat segala perkhidmatan dan kemudahan tersebut di bawah tanggungan kerajaan.

Justeru, desakan JMM agar Anwar membenarkan akaunnya didedah adalah wajar. JMM tidak mahu menyusahkan Anwar dan sanggup menunggu Anwar di mana sahaja asalkan beliau menandatangani kebenaran kepada Bank Negara untuk mendedahkan akaun beliau.

Malangnya, Anwar membisu seribu bahasa. Nampaknya Anwar tidak berminat pun untuk melayan isu ini dan penyokongnya juga pura-pura tidak tahu menahu dan tidak mendengar apa-apa.

Mungkin bagi penyokong Anwar, hanya pemimpin BN yang perlu dipantau, tetapi pemimpin mereka boleh saja menerima dana dari apa jua sumber, tiada salahnya. Jika wang Anwar datang dari lorong gelap atau darah umat Islam Palestine, Iraq, Afghanistan pun mereka tidak peduli. Kerana itu, Anwar terus membisu kerana beliau tahu penyokong-penyokongnya semuanya bodoh macam lembu.

20 SEN OH 20 SEN

Oh 20sen

20sen yg di ambil dari kita..Yg mungkin kita marah kerana kita bukan lah orang yang berharta..Lalu bila di ambil dari kita dengan jalan yang kita xrela..Harta itu menjadi haram buat mereka..Yang mungkin boleh mengheret mereka ke neraka..Seperti doa2 kita..Seperti kata2 cacian kita..Sepreti luahan emosi kita..yang mengharap meraka menerima balasan..

Saudara..surah ali imran..juz4..ayat92.."kamu tidak akan sampai kepada kebajikan yang sempurna..sehingga kamu menafkah kan harta yang kamu cintai.."Marah mana pn kita..dendam mana pun kita..kerana 20sen yang di ambil dari kita..ianya tetap di ambil..Kalau memang 20sen tu ialah harta yang kita benar2 sayang..

Niatkan sedekah untuk saham akhirat kita..moga dengan 20sen tu Allah hitung kita sebagai orang2 yang menafkahkan harta yang kita sayang..Saudara2...Allah tidak pekak..juga tidak buta..Maha suci Allah dari semua tu..Allah nampak niat baik kita..juga niat buruk kita..Mungkin 20sen kecil di mata mereka..tapi kerana penindasan tak mustahil 20sen itu boleh menjadi sebab mereka di heret ke neraka..

20sen pula terlalu besar untuk kita..Tapi jangan ingat..20sen itu tak boleh mengheret kita ke neraka nya..dengan kata2 cacian kita..dengan dendam dan mazmumah yang kita tunjuk dari kemarahan yang timbul kerana kehilangan 20..

Wahai orang yang bergelar usztaz2..Wahai orang yang bergelar penuntut2 ilmu..Wahai orang yang di dengari suara2 mereka oleh orang ramai..Cukup lah kamu mengajar ummat ni berburuk sangka..Cukup lah kamu ajar ummat ini benci membenci..Cukup lah kamu ajar ummat ini buta dengan kahzanah Allah..Cukup lah kita menjadi buta kerana mengingin kan dunia..

Saudara..Allah xpandang kita bodoh bila kita diam xbersuara...Allah xpandang kita bodoh bila kita rela..Tp kita boleh di anggap bodoh..bila kita menunjukkan segala amarah kita..Wahai saudara2 ku..Ketahuilah..Kata2 cacian..xmerubah yg zalim menjadi adil..Yang di tindas menjadi untung..Dan xmeluaskan syurga walau seinci..

Monday, 16 September 2013

CINA DAH BENCI DONG ZHONG????

Orang Cina Semakin Pencilkan Dong Zhong

Pertubuhan pelampau Cina yang bersembunyi di sebalik nama ‘pendidikan’, iaitu Dong Zong, terus berusaha memperjuangkan agenda perkauman dengan menolak Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Alasan mereka ialah PPPM 2013-2025 bertujuan untuk menghapuskan sekolah vernakular dan mendiskriminasi bahasa ibunda mereka dengan menambah masa untuk pembelajaran Bahasa Malaysia yakni, Bahasa Kebangsaan. Sememangnya inilah yang sepatutnya iaitu penghapusan sekolah vernakular. Namun, ironinya, PPPM 2013-2025 tidak langsung meletakkan penghapusan sekolah vernakular sebagai salah satu pendekatannya.

Oleh itu, ‘amukan’ Dong Zong sebenarnya adalah reaksi yang keterlaluan.

Melayan karenah pelampau pastinya membuang masa kerana perkataan ‘pelampau’ atau ektremis itu dengan sendirinya menjelaskan yang mereka tidak mampu berfikir secara rasional. Justeru, keputusan kerajaan untuk mengabaikan sahaja desakan Dong Zong serta meneruskan PPPM 2013-2025 adalah keputusan yang tepat.

Malaysia tidak punya banyak masa untuk memulihkan masalah polarisasi kaum yang semakin meruncing. Manakala, kewujudan Dong Zong merupakan antara punca utama kepada masalah ini. Perjuangan Dong Zong yang meletakkan kehendak kaum Cina mengatasi kepentingan negara menjadikan menjadikan negara ini semakin hari semakin rapuh. Keengganan kaum Cina untuk mengasimilasi dengan kaum asal serta menghayati aspirasi dan sejarah negara, adalah tumor yang semakin membesar yang hampir tidak dapat diubati lagi.

Seperti yang dikatakan tadi, tiada penerangan, penjelasan mahupun pembentangan fakta dan bukti yang mampu membuatkan Dong Zong memahami keperluan untuk bertolak ansur, bersatu padu dan melakukan sedikit sebanyak pengorbanan demi negara. Ini kerana Dong Zong tidak pernah menerima negara ini sebagai negara mereka tetapi masih terkenang-kenangkan Tanah Besar Cina. Namun, kurang ajarnya Dong Zong ini ialah mereka tetap ingin mengaut, mengikis dan merampas sumber kekayaan negara ini atas nama ‘warganegara’.

Atas nama perkauman, keangkuhan dan keengganan menerima Malaysia seadanya, Dong Zong merancang untuk menyaman kerajaan kerana PPPM 2013-2025. Untuk itu, mereka sedang berusaha untuk mengumpul 1 juta tandatangan bagi mendesak kerajaan membatalkan PPPM 2013-2025.

Bagaimanapun, akhbar China Press melaporkan bahawa kempen tandatangan yang dilancarkan Dong Zong nampaknya tidak mendapat sambutan. Timbalan Presiden Dong Zong, Chow Siew Hong memberi alasan bahawa ia memerlukan sedikit masa dan percaya mereka akan berjaya memperolehi sejumlah 1 juta tandatangan tidak lama lagi.

Kita percaya semakin ramai orang-orang Cina mula memahami bahawa kedegilan mereka untuk berpaut kepada Tanah Besar Cina adalah tidak wajar. Kelemahan kaum Cina berbahasa kebangsaan akhir-akhir ini membuatkan segala hujah mereka untuk mempersoalkan Hak Istimewa Melayu dapat dipatahkan dengan mudah.

Mana mungkin orang-orang Melayu mampu menerima kaum Cina sebagai setaraf dengan bumiputera jika Bahasa Kebangsaan juga lintang pukang? Bagaimana orang-orang Cina boleh dianggap sebagai warganegara yang setia jika siang malam mendabik dada menjulang sejarah, budaya dan bahasa Tanah Besar Cina?

Justeru, segala perjuangan Dong Zong untuk meletakkan kelas yang tersendiri dan berasingan bagi kaum Cina di dalam negara ini tidak menguntungkan sesiapa, termasuk kaum Cina sendiri. Bahasa Cina bukan bahasa rasmi dan juga bukan bahasa antarabangsa. Pendek kata, ia hanya untuk memuaskan hati kaum Cina dan digunakan sebagai alat mendiskriminasi kaum lain di sektor swasta.

Orang-orang Cina hidup dengan mengira untung rugi. Melihat perjuangan Dong Zong tidak membawa keuntungan, lebih-lebih lagi apabila menyedari yang kerajaan juga enggan memberi muka lagi, maka Dong Zong pun dipinggirkan perlahan-lahan.

Pastinya, ini bukan bermakna kaum Cina bersedia untuk melonggarkan sedikit sikap perkauman mereka dan menerima Malaysia sebagai negara sendiri dengan sepenuh jiwa raga. Tentulah tidak sama sekali. Kaum Cina hanya berundur setapak dengan memencilkan Dong Zong kerana ia sudah tidak relevan lagi. Percayalah, agenda perkauman mereka sudah pasti diteruskan dengan berbagai cara lain, melainkan jika PPPM 2013-2025 dapat dilaksanakan dengan jayanya iaitu dapat membentuk masyarakat Cina baru yang mampu menghayati erti sebenar menjadi warganegara Malaysia.

TONY PUA NK BUAT SEKALI LAGI PERISTIWA 13 MEI??

Tony Pua Sahkan DAP Membawa Semangat Radikal 13 Mei

Apa maksud Tony Pua menyeru ‘sertai saya berjuang dan mengubah Malaysia supaya Cina menguasai kerajaan’? (Join me to fight & change Malaysia for Chinese to Rule The Government).

Seruan ini terpampang di laman sosial miliknya dengan begitu jelas sekali. Apakah ini bermakna DAP telah mengambil keputusan untuk tidak berselindung lagi? Mungkinkah DAP kini telah bersedia menunjukkan warna sebenar, iaitu rasis dan chauvinis?

Tidak mustahil DAP sudah ‘letih’ berlakon dan melaungkan skrip kononnya ia adalah parti yang mewakili semua kaum. Lebih-lebih lagi apabila lakonan mereka telah beberapa kali terkantoi terutama apabila manipulasi pemilihan CEC terbongkar.

Hakikat bahawa DAP adalah parti ‘dari kaum Cina, untuk kaum Cina dan kerana kaum Cina’ sudah tidak boleh dinafikan lagi. Hanya Melayu dan India ahli DAP sahaja, yang sama ada pura-pura tidak faham, atau benar-benar benak tidak mampu memahaminya, yang masih menafikan hakikat ini.

Apa yang diseru Tony Pua membuktikan bahawa semangat puak radikal yang mencetuskan tragedi 13 Mei masih segar di dalam dirinya dan juga DAP. Benarlah apa yang diperkatakan selama ini bahawa DAP itu adalah komunis yang berjuang dalam bentuk parti politik yang sah.

Matlamat mereka tidak pernah berubah iaitu untuk menguasai negara ini dan memaksa perubahan mengikut acuan mereka, iaitu acuan komunis. Ini bermakna tiada Islam sebagai agama rasmi, tiada Raja-raja dan tiada Hak Istimewa Melayu.

Ini juga membuktikan bahawa DAP bukannya menentang BN kerana ia korup atau tidak telus. Tetapi, DAP menentang BN kerana ia diterajui UMNO iaitu parti yang mewakili Melayu. Sekiranya BN diterajui MCA dan bukan UMNO, maka tidak mustahil DAP sudah lama dibubarkan.

Kita menghargai sikap terus terang Tony Pua. Sekurang-kurangnya ada di kalangan DAP yang berani berjuang atas matlamat yang sebenar tanpa bersikap hipokrit. Cara ini adalah lebih ‘gentleman’ dan perlu dipuji.

Malah, kita wajar berterima kasih kepada Tony Pua kerana rakyat kini dapat membuat pilihan dengan lebih mudah. Sesiapa yang suka diperintah oleh rasis Cina boleh saja memilih DAP dan yang tidak suka, tidaklah akan terpedaya dengan slogan ‘parti untuk semua kaum’ seperti yang dilaungkan sebelum ini.

Berdasarkan bukti sifat rasis dan semangat radikal yang diwarisi dari nenek moyang mereka, wajarlah diingatkan agar masyarakat lebih berhati-hati dengan DAP. Tentu ada sebab kenapa mereka inginkan penjenayah dibebaskan melalui penghapusan Akta Pencegahan dan ada sebab kenapa mereka turut mendesak yang sama ke atas Akta Hasutan.

Ada sebab mereka terlalu takutkan Tanda Putera dan ada sebab mereka membikin filem The New Village yang menjulang komunis sebagai wira.

Jangan kita terlepas pandang akan pengajaran dari sejarah kerana mereka yang gagal belajar dari sejarah akan dihukum mengharunginya berkali-kali. Bukan kita ingin menuduh DAP sedang merancang anarki tetapi tidak salah kita mengambil sikap ‘paranoid’ terhadap DAP kerana mencegah adalah lebih baik dari tengadah.


Apa maksud Tony Pua menyeru ‘sertai saya berjuang dan mengubah Malaysia supaya Cina menguasai kerajaan’? (Join me to fight & change Malaysia for Chinese to Rule The Government).

Seruan ini terpampang di laman sosial miliknya dengan begitu jelas sekali. Apakah ini bermakna DAP telah mengambil keputusan untuk tidak berselindung lagi? Mungkinkah DAP kini telah bersedia menunjukkan warna sebenar, iaitu rasis dan chauvinis?

Tidak mustahil DAP sudah ‘letih’ berlakon dan melaungkan skrip kononnya ia adalah parti yang mewakili semua kaum. Lebih-lebih lagi apabila lakonan mereka telah beberapa kali terkantoi terutama apabila manipulasi pemilihan CEC terbongkar.

Hakikat bahawa DAP adalah parti ‘dari kaum Cina, untuk kaum Cina dan kerana kaum Cina’ sudah tidak boleh dinafikan lagi. Hanya Melayu dan India ahli DAP sahaja, yang sama ada pura-pura tidak faham, atau benar-benar benak tidak mampu memahaminya, yang masih menafikan hakikat ini.

Apa yang diseru Tony Pua membuktikan bahawa semangat puak radikal yang mencetuskan tragedi 13 Mei masih segar di dalam dirinya dan juga DAP. Benarlah apa yang diperkatakan selama ini bahawa DAP itu adalah komunis yang berjuang dalam bentuk parti politik yang sah.

Matlamat mereka tidak pernah berubah iaitu untuk menguasai negara ini dan memaksa perubahan mengikut acuan mereka, iaitu acuan komunis. Ini bermakna tiada Islam sebagai agama rasmi, tiada Raja-raja dan tiada Hak Istimewa Melayu.

Ini juga membuktikan bahawa DAP bukannya menentang BN kerana ia korup atau tidak telus. Tetapi, DAP menentang BN kerana ia diterajui UMNO iaitu parti yang mewakili Melayu. Sekiranya BN diterajui MCA dan bukan UMNO, maka tidak mustahil DAP sudah lama dibubarkan.

Kita menghargai sikap terus terang Tony Pua. Sekurang-kurangnya ada di kalangan DAP yang berani berjuang atas matlamat yang sebenar tanpa bersikap hipokrit. Cara ini adalah lebih ‘gentleman’ dan perlu dipuji.

Malah, kita wajar berterima kasih kepada Tony Pua kerana rakyat kini dapat membuat pilihan dengan lebih mudah. Sesiapa yang suka diperintah oleh rasis Cina boleh saja memilih DAP dan yang tidak suka, tidaklah akan terpedaya dengan slogan ‘parti untuk semua kaum’ seperti yang dilaungkan sebelum ini.

Berdasarkan bukti sifat rasis dan semangat radikal yang diwarisi dari nenek moyang mereka, wajarlah diingatkan agar masyarakat lebih berhati-hati dengan DAP. Tentu ada sebab kenapa mereka inginkan penjenayah dibebaskan melalui penghapusan Akta Pencegahan dan ada sebab kenapa mereka turut mendesak yang sama ke atas Akta Hasutan.

Ada sebab mereka terlalu takutkan Tanda Putera dan ada sebab mereka membikin filem The New Village yang menjulang komunis sebagai wira.

Jangan kita terlepas pandang akan pengajaran dari sejarah kerana mereka yang gagal belajar dari sejarah akan dihukum mengharunginya berkali-kali. Bukan kita ingin menuduh DAP sedang merancang anarki tetapi tidak salah kita mengambil sikap ‘paranoid’ terhadap DAP kerana mencegah adalah lebih baik dari tengadah.

Saturday, 14 September 2013

SAMSENG BERSIH KENA PENJARA....???SAMSENG TAIK KUCING....

KUALA LUMPUR 13 Sept. - Seorang lelaki dihukum penjara setahun dan denda RM5,500 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah didapati bersalah atas tiga pertuduhan termasuk mencederakan seorang wartawan stesen TV AlHijrah semasa perhimpunan Bersih 3.0, tahun lalu.

Hakim Mahmud Abdullah memutuskan demikian setelah pihak pendakwaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap Mohd. Safuan Mamat @ Nordin, 26, di akhir kes pembelaan.
Beliau memerintahkan bagi pertuduhan pertama, lelaki yang bekerja sebagai penoreh getah itu dihukum penjara setahun dan denda RM3,000 manakala pertuduhan kedua, dia dipenjara tiga bulan dan denda RM2,000. Bagi pertuduhan ketiga, tertuduh dihukum penjara sebulan dan denda RM500.

Beliau turut memerintahkan hukuman itu dilaksanakan serentak bermula hari ini dan tambahan penjara enam bulan lagi jika tertuduh gagalmembayar denda tersebut.

Mohd. Safuan didapati bersalah atas tuduhan merosakkan kenderaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggunakan kon semasa mengambil bahagian dalam rusuhan di Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini pada pukul 3.50 petang, 28 April 2012.
Dakwaan terhadapnya dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Haffiza Jemali mengikut Seksyen 440 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda.

Dia juga didapati bersalah menggunakan kekerasan dengan mendatangkan kecederaan terhadap Konstabel Mohamad Kamil Paiman ketika perhimpunan itu di tempat, masa dan tarikh yang sama. Bagi pertuduhan itu dia didakwa mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Dia turut didapati bersalah menyebabkan kecederaan terhadap wartawan stesen TV AlHijrah, Mohd. Azri Mohd. Salleh, 29, di tempat masa dan tarikh sama sama.

Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya. Dalam rayuan sebelum hukuman dijatuhkan, Mohd. Safuan yang diwakili
peguam, Dr. Zulqarnain Lokman memohon hukuman ringan atas alasan anak guamnya secara sukarela telah menyerah diri kepada pihak polis walaupun semasa kejadian banyak individu lain yang terlibat.

Katanya, anak guamnya yang hanya berpendapatan RM500 sebulan tidak pernah gagal menghadiri perbicaraan walaupun terpaksa berulang alik dari Terengganu.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan permohonan tertuduh untuk mengantung hukuman tersebut dengan menambah jumlah jaminan daripada
RM1,000 kepada RM9,000.

-utusan malaysia-

AHLI PAS KENA PENJARA,PEMIMPIN PAS LARI....????

KUALA KANGSAR 13 Sept. - Tiga belas individu termasuk seorang ibu tunggal
masing-masing dihukum penjara dua tahun dan denda RM5,000 oleh Mahkamah
Sesyen di sini setelah didapati bersalah menyertai perhimpunan haram di hadapan
Masjid Ubudiah, Bukit Chandan semasa majlis angkat sumpah Menteri Besar Perak,
lima tahun lalu.

Hakim Norsalha Hamzah yang memerintahkan hukuman tersebut berkuat kuasa
hari ini turut mengarahkan tempoh pemenjaraan kesemua tertuduh ditambah lima
bulan lagi jika gagal membayar denda.

Beliau membuat keputusan itu selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal
menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes berkenaan.
"Kes ini melibatkan kepentingan institusi diraja. Hukuman ini sebagai pengajaran
kepada masyarakat dan pada pendapat saya ia satu kesalahan serius," kata beliau.
Ketegasan Norsalha terserlah apabila beliau tidak membenarkan permohonan pihak
pembelaan untuk menggantung pelaksanaan hukuman penjara sementara
menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi.

Kesemua tertuduh termasuk ibu tunggal yang juga bekas pekerja am Masjid
Ubudiah, Suhana Abdullah, 49, dilihat tergamam dan hanya mendiamkan diri
semasa keputusan itu dibacakan ke atas mereka.

Beberapa wanita dipercayai anggota keluarga tertuduh yang berada di galeri awam
juga dilihat menangis sambil bercakap antara satu sama lain.
Sebaik sahaja prosiding selesai, kesemua tertuduh di hantar ke Penjara Tapah dekat
sini.

Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang berada di
galeri awam semasa permulaan prosiding juga dilihat meninggalkan kompleks
mahkamah sebelum keputusan perbicaraan selesai dibacakan Norsalha.

Selain Suhana, tertuduh-tertuduh lain ialah Bad Latif Mansor, 47, Meor Safizal Meor
Mohamed Amin, 38, Mohd. Faiz Mohd. Arshad, 26, Zulhaizam Zulkifli, 29, dan Isha
Riduan Ishak, 59.

Yang turut didakwa ialah Adi Hilmee Mohd. Nasir, 44, Yusoff Jaafar, 48, Idris Mohd.
Thaib, Nazir Hamid, Mohd. Hasri Ismail, dan Mohamed Ismail, 47.

Kesemua mereka didakwa menyertai perhimpunan yang menyalahi undang-undang
iaitu menentang satu proses perundangan upacara pelantikan dan mengangkat
sumpah jawatan Menteri Besar Perak di bawah Perkara XV1(2)(a) Undang-Undang
Tubuh Kerajaan Negeri Perak.

Mereka didakwa telah melakukan kesalahan tersebut selepas solat Jumaat, 6
Februari 2009 di Jalan Istana, Bukit Chandan di sini.
Dakwaan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 145 Kanun Keseksaan
(Akta 574) yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau
kedua-duanya.

Kekecohan yang berlaku di Jalan Bukit Chandan, laluan utama ke Istana Iskandariah
itu dilakukan penyokong Pakatan Rakyat dipercayai untuk menghalang kenderaan
orang kenamaan termasuk kereta dinaiki kerabat diraja Perak menghadiri majlis
angkat sumpah Menteri Besar baharu, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir yang
menggantikan Mohd. Nizar.

Timbalan Pendakwa Raya, Masri Mohd. Daud mengendalikan pendakwaan manakala kesemua tertuduh diwakili lapan peguam yang diketuai oleh Augustine Anthony.

Keadaan juga menjadi kecoh seketika sebelum dan selepas prosiding kes itu selesai
apabila kira-kira 20 penyokong yang turut hadir melaungkan takbir.

-utusan malaysia-

Friday, 13 September 2013

TUN M KENA REMAN???????

Projek IC: Tun M Buktikan Pembangkang Bohong Selama Ini

Walaupun telah lama bersara, Tun Dr. Mahathir Mohamad masih terus mencuri ruang di media massa di seluruh dunia.  Beliau kekal menjadi rujukan mereka-mereka yang ingin mencari ilmu, menjadi panduan kepada mereka-mereka yang bijaksana dan merendah diri bertanya, serta menjadi sasaran kepada yang gagal menjatuhkannya.

Oleh kerana itu, Tun Dr. Mahathir tidak mampu mengharungi persaraannya dengan tenang.  Seperti semua tokoh-tokoh hebat sepanjang zaman, Tun Mahathir mempunyai ramai penyanjung dan tak kurang juga musuh.

Apa yang dapat dilihat ialah dendam kesumat dan hasad dengki manusia mampu berkekalan selama-lamanya, mungkin sehingga ke akhirat jua.   Oleh itu, usaha-usaha untuk menjatuhkannya walaupun beliau tidak lagi berada di singgahsana terus dilakukan tanpa jemu.

Mungkin ini berlaku kerana Tun Mahathir masih menjadi tulang belakang kepada UMNO.   Mengenalpasti hakikat ini, pembangkang cuba memburukkan beliau dengan harapan akan turut memburukkan UMNO dan juga sebaliknya.  Antara usaha pembangkang yang berterusan ialah untuk mengaitkan beliau dengan isu kad pengenalan di Sabah.

Kerana isu tersebut, beliau diheret ke panel RCI sebagai saksi ke-209.

Tuesday, 10 September 2013

APA LAGI ORANG MALAYSIA NAK....?

Apa Lagi Yang Rakyat Mahu?

Setelah mengalami �kejutan� dalam PRU-13 lalu, BN terus mengharungi berbagai cabaran dalam usaha meneruskan pemerintahan.  Sejurus selepas PRU, BN perlu berhadapan dengan serangan dari pembangkang dalam bentuk demonstrasi dan fitnah yang tidak kunjung henti.  Bagaimanapun, setelah beberapa ketika, serangan pembangkang semakin reda.  Kalau adapun, ianya tidaklah sehebat mana, malah jelas terlihat seolah-olah ia hanyalah usaha untuk mengalih perhatian.

Sebaliknya, apa yang berlaku ialah BN menghadapi serangan dari pihak penyokong sendiri.

Serangan yang pada mulanya berupa persoalan, semakin hari semakin hangat sehingga mencetuskan ketegangan sama ada sesama blogger mahupun pihak atasan.  Akhir-akhir ini, serangan dari penyokong BN telah mencapai tahap tertinggi iaitu terus kepada Perdana Menteri dan mereka-mereka di sekeliling beliau.

Jika diteliti, serangan dari pihak penyokong BN ini bermula sejak barisan kabinet diumumkan lagi.  Jelas, ramai yang tidak berpuas hati dengan barisan kabinet yang menyenaraikan muka-muka yang pernah menjadi kontroversi.  Semakin hari, serangan semakin hebat sehingga hampir mengaburi segala kebaikan dan pencapaian BN sepanjang pemerintahan Dato� Seri Najib Razak.

Untuk berlaku adil, rakyat harus menilai kepimpinan tanpa terbawa-bawa dengan emosi.  Di masa yang sama, kepimpinan juga perlu berlaku adil dengan mengambilkira resah hati rakyat tanpa terbawa-bawa dengan ego dan juga kepentingan diri.

Sehingga ke hari ini, kita tidak dapat menafikan bahawa Dato� Seri Najib telah melakukan begitu banyak perubahan dan kebaikan kepada rakyat dan negara.  Antaranya: 
 
�         11 Julai 2009 � Mengumumkan penubuhan Tabung Amanah Saham 1Malaysia.
 
�         7 Jan 2010 � Menubuhkan Klinik 1Malaysia untuk golongan berpendapatan rendah menjalani rawatan dengan bayaran RM1.
 
�         31 Jan 2010 � Menubuhkan Tabung Penyelenggaraan Satu Malaysia (TP1M) dengan peruntukan RM37.6 juta.
 
�         28 Jan 2010 � Memperkenal Program 1AZAM (Akhiri Zaman Miskin) bertujuan membina keupayaan golongan ini dan mewujudkan peluang pekerjaan melalui gabungan pekerjaan dan keusahawanan.
 
�         19 Feb 2011 � Lancar Program Transformasi Kedai Runcit Kecil (Tukar) sebagai usaha memodenkan peruncit kecil dan sekaligus membantu mereka meningkatkan daya saing.
 
�         22 Jun 2011 � Membangunkan Kedai Rakyat 1Malaysia

�         7 Okt 2011 � Memperkenalkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 diberi kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan ke bawah yang kni menjadi inisiatif tahunan
 
�         4 Julai 2011 � Mengilhamkan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).
 
�         7 Julai 2011 � Menu Rakyat 1Malaysia diperkenal dengan harga siling RM2 dan juadah tengah hari pada harga RM4
�         7 Julai 2011 � Lancar projek My Rapid Transit (MRT), kaedah pengangkutan utama Malaysia ke arah memperkukuh sistem pengangkutan awam negara.
 
�         19 Dis 2011 � Lancar televisyen Internet dan mobil pertama negara, 1Malaysia TV.
 
�         18 Feb 2012 � Menubuhkan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) pertama di Gopeng, Perak dan beberapa lagi dibuka di Kelantan, Melaka dan Pahang.
 
�         23 Jun 2012 � Lancar Pusat Transformasi Bandar (UTC) pertama di Melaka dan pada 22 Sept tahun yang sama,sebuah lagi UTC dibuka di Pudu Sentral.

�         24 Jun 2012 � Lancar program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma) dengan insentif hampir RM35 juta untuk golongan pemandu teksi.
 
�         7 Julai 2012 � Memperkenal Pelan Induk Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) bagi membawa pembangunan PKS ke peringkat lebih tinggi menerusi peningkatan produktiviti.
 
�         14 Julai 2012 � Lancar Kedai Kain Rakyat 1Malaysia (KKR1M) sebagai usaha berterusan kerajaan membantu meringankan beban rakyat.
 
�         7 Ogos 2012 � Memperkenal kad �1Malaysia Privilege Card� khusus buat 241,000 anggota dan pegawai polis dan tentera.
 
�         28 Sept 2012 � Melaksanakan pemberian pusingan kedua Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan diperluas kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas.
 
�         12 Nov 2012 � Memperkenal Pusat Panggilan 1Malaysia (1MOCC) yang beroperasi 24 jam sehari bagi melonjakkan perkhidmatan awam ke tahap bitara.

�         15 Feb 2013 � Lancar Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KARISMA @Hati Rakyat) inisiatif terbaharu bagi membantu rakyat berpendapatan rendah dan miskin dengan peruntukan sebanyak RM50 juta diagihkan kepada 200,000 penerima.
 
�         16 Mac 2013 � Mini UTC pertama dibuka di Kompleks Perniagaan dan Komuniti Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur.
 
�         28 Sept 2012 � Pemberian sumbangan RM1,000 secara sekali bayar kepada bekas tentera yang bersara kurang daripada 21 tahun perkhidmatan serta tidak berpencen. Seramai 224,000 bekas tentera mendapat manfaat.
 
�         15 Dis 2012 � Memperkenal Program Pengiktirafan Veteran 1Malaysia untuk kebajikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
 
�         23 Feb 2010 � Umum peruntukan sebanyak RM3.4 bilion kepada Sarawak menerusi NKRA bagi merancakkan semua projek pembangunan di negeri itu terutamanya di kawasan luar bandar.
 
�         23 Feb 2010 � Umum peruntukan khas RM35 juta untuk tiga projek memajukan kehidupan rakyat di empat skim penempatan semula Kawasan Pemerintah Keselamatan Rajang (Rascom) di Sibu Sarawak.

�         25 Mac 2013 � Meluluskan tuntutan Dana Pencen, imbuhan tetap perumahan, pembayaran sagu hati tamat perkhidmatan dan enyelarasan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada tujuh agensi Badan Berkanun yang Diasingkan Saraan BBDS).
 
�         25 Okt 2010 � Lancar Program Transformasi Ekonomi (ETP) dengan 18 projek permulaan (EPP).
 
�         11 Jan 2011 � Umum 19 lagi EPP yang akan menjana pelaburan hampir RM67 bilion.
 
�         7 Okt 2011 � Memperuntuk bantuan tunai RM100 buat semua pelajar sekolah dan RM200 baucar buku untuk pelajar universiti.
 
Program-program yang disenaraikan di atas adalah yang melibatkan rakyat secara langsung.  Walaupun kelihatan begitu banyak sekali, tetapi entah kenapa masih terdapat rungutan di kalangan rakyat, terutama bumiputera yang merasakan diri mereka dipinggirkan oleh kerajaan. 

Rakyat, terutama bumiputera yang menyokong BN, mempersoalkan kerajaan kerana tunduk kepada desakan pembangkang untuk menghapuskan Akta Pencegahan dan Keselamatan Dalam Negeri sekali gus membebaskan tahanan terus ke dalam masyarakat.  Keputusan ini ternyata salah apabila kadar jenayah meningkat secara drastik.
 
Sikap beberapa anggota kabinet yang angkuh, samseng dan tidak beretika turut menambah keraguan rakyat terhadap kerajaan.   Apatah lagi apabila rakyat telah terlebih awal melihat perlantikan mereka sebagai satu kesilapan.   
 
Justeru, terbentuklah persepsi bahawa kerajaan tidak punya kredibiliti, takut kepada pembangkang dan tidak mendengar suara rakyat.  Akibatnya, setiap satu yang dilakukan kerajaan semuanya diragui kerana rakyat telah memutuskan bahawa kerajaan hanya mementingkan pembangkang dan minoriti selain menjaga kepentingan sendiri.  
 
Dan nampaknya, setakat ini, masih tiada penjelasan yang mampu memulihkan persepsi negatif ini.   
 
Pengumuman pengurangan subsidi minyak baru-baru ini dilihat bagaikan simbahan petrol ke atas api yang sedang membara.  Rakyat kini mula memperinci keputusan kerajaan dari segi ekonomi.  Kejatuhan ringgit, kelembapan pasaran, penurunan kadar eksport, pelaburan asing yang tidak menggalakkan dan sebagainya diambil sebagai bukti bahawa kerajaan tidak cekap. 
 
Walaupun pada dasarnya rakyat turut menyalahkan pembangkang kerana sering memburukkan Malaysia sehingga menyebabkan pelaburan asing jatuh tetapi alasan ini masih tidak mampu mengurangkan marah mereka terhadap kerajaan.  Bagi rakyat, alasan pelaburan asing semata-mata adalah tidak cukup bagi menjelaskan keadaan ekonomi Malaysia yang semakin merudum. 

Namun, apa yang benar-benar membuat rakyat marah ialah apabila mengetahui bahawa semua konsultan dan pakar-pakar, termasuk dari luar negara itu dibayar berjuta-juta ringgit dalam keadaan ekonomi semakin merosot.
 
Justeru, rakyat mula membandingkan Malaysia di kala menjadi Harimau Asia tidak memerlukan konsultan asing tetapi hanya bergantung kepada kepakaran anak Malaysia yang berpengalaman dan telah terbukti berjaya, untuk membantu kerajaan. 
 
Keadaan bertambah buruk apabila rakyat mengetahui bahawa beberapa individu yang terlibat menasihat dan membantu kerajaan, mempunyai latarbelakang yang diragui iaitu cenderung menyokong pembangkang.  Malah ada juga yang mempunyai kehidupan peribadi liar, yang tidak sepatutnya bagi seorang yang terlibat dalam rahsia negara.  Akibatnya, rakyat tidak dapat mengelak dari terus meragui kerajaan apabila membayangkan bagaimana individu seperti itu mempunyai akses kepada maklumat sulit serta strategi keselamatan negara.   Mengambil mudah persepsi rakyat adalah satu risiko yang BN tidak mampu tangani. 

Dalam era teknologi maklumat ini, tiada apa yang menjadi rahsia lagi.  Untuk pengetahuan, senario di syarikat-syarikat milik kerajaan atau GLC turut menyumbang kepada persepsi buruk rakyat terhadap kerajaan.  Apa yang berlaku dengan MAS-Air Asia sehingga kedua-duanya perlu membayar denda RM10 juta menguatkan persepsi ini.   Malah, di laman-laman sosial, rungutan dari mereka yang berkait dengan GLC cukup lantang memperkatakan tentang permainan halus untuk menyingkir para nasionalis dari jawatan atasan.  Rakyat kini memerhatikan apa yang berlaku di Petronas dengan dekat. 
 
Tindakan kerajaan melantik personaliti yang mempunyai imej buruk di mata rakyat sebagai peneraju syarikat-syarikat yang berkait dengan kerajaan pula seolah-olah ingin membuktikan bahawa semua persepsi rakyat itu benar belaka. 
 
Kecenderungan tunduk pada desakan pembangkang, keputusan yang berunsur liberalis iaitu mementingkan keterbukaan pasaran yang keuntungan golongan kaya, memujuk golongan miskin dengan BR1M yang tidak memberi apa-apa makna dalam persaingan ekonomi yang semakin sengit, perlantikan personaliti kontroversi ke kabinet dan GLC serta ketiadaan projek yang signifikan untuk menjana pendapatan menjadikan rakyat memandang kerajaan dengan pandangan yang sinis sekali.  Pengurangan subsidi hanyalah �alat kawalan jauh� bagi sebuah bom jangka. 

Perit untuk diakui bahawa segala konsultan untuk membina dan memulihkan imej, memperkenalkan slogan, �branding� atau �rebranding� yang bernilai berjuta-juta, telah akhirnya memburukkan lagi imej kerajaan. 
 
Walaupun kerajaan berjanji tidak akan meminggirkan bumiputera biar apapun berlaku, namun persoalannya, bagaimanakah kerajaan mengatasi persepsi buruk yang telah terpahat kuat ini?  Rakyat inginkan bukti, bukan janji. Rakyat ingin melihat hasil, bukan persembahan �powerpoint� yang hebat.  Rakyat ingin melihat �kerja� bukan �politik�.  Hentikan tindakan melantik seseorang atau berbuat sesuatu atas alasan politik.  Kita ingin melihat BN memerintah selama-lamanya, bukan sehingga PRU-14 sahaja.
 
Akhir sekali, inilah diingatkan bahawa jika subsidi dikurangkan lagi tanpa terlebih dahulu  mengatasi persepsi buruk ini, maka BN pasti akan mengalami mimpi ngeri.