COMANGO Bermain Kotor?
Entah kenapa kita tidak terkejut dengan pendedahan Ustaz Nasharuddin yang
dimuatnaik oleh blog the Unspinners mengenai taktik kotor COMANGO
untuk memerangkap gabungan NGO Islam ketika di Geneva.
Menurut Ustaz Nasha, kumpulan NGO Islam telah di beri amaran oleh pegawai kerajaan
di sana agar berhati-hati kerana COMANGO telah terlebih dahulu menyebarkan khabar di
kalangan kedutaan asing bahawa gabungan NGO Islam itu adalah pengganas. Mungkin, niat COMANGO
adalah untuk membiarkan wakil NGO Islam ditangkap agar mereka boleh mengemukakan tuntutan tanpa halangan.
Nampaknya, para peneraju COMANGO bukanlah terdiri dari manusia-manusia
yang punya integriti. Mereka sanggup berbuat apa saja untuk mencapai matlamat serta enggan akur kepada peraturan.
Mungkin bermain kotor juga merupakan antara ‘hak asasi’ yang
diperjuangkan mereka. Mungkin bagi
COMANGO, undang-undang dan peraturan serta perdebatan ilmiah yang
berfakta adalah menyusahkan. Ini kerana bagi mereka,
manusia tidak harus menggunakan akal,
tetapi hanya menggunakan nafsu untuk menentukan cara hidup masing-masing. Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh
COMANGO sebagai ‘hak asasi’ manusia.
Sikap COMANGO bermain kotor menunjukkan yang
mereka sebenarnya takut berhadapan dengan pihak NGO Islam. Sekaligus membuktikan bahawa mereka cukup sedar bahawa mereka tidak mampu berdiri atas hujah
yang bernas dalam menuntut perkara-perkara yang bertentangan dengan Islam
dan undang-undang negara ini.
Sepatutnya, COMANGO berhadapan dengan NGO Islam
secara baik dengan mengemukakan hujah masing-masing secara rasional. Tindakan memburukkan imej dan cuba mengenakan
NGO Islam di Geneva, dengan sendirinya menyerlahkan kejahatan COMANGO.
Tidak kira apa jua perjuangan kita,
pada ketika kita terpaksa bermain kotor untuk mencapai matlamat maka kita wajar mempersoalkan kembali apakah kita
di pihak yang benar atau salah.
Apatah lagi bagi gabungan seperti COMANGO yang kononnya berdiri atas niat
yang murni demi keadilan sejagat dan hak asasi manusia,
maka tentulah ia perlu berjuang dengan jalan yang
bersih dan berlandaskan undang-undang.
Lebih-lebih lagi apabila gabungan itu menganggap penentangnya, iaitu NGO
Islam sebagai pihak yang kolot, bodoh dan ketinggalan dan mereka pula sebagai pihak
yang maju dan bertamadun.
Namun, apa yang berlaku menunjukkan bahawa COMANGO
hanyalah terdiri dari manusia gasar yang tidak mahu mengikut undang-undang. Sudahlah memperjuangkan perkara yang
haram, pertubuhan itu sendiri juga haram dan kini terbukti pula
suka bermain kotor.
Ini memberikan kita alasan yang lebih kukuh untuk menolak COMANGO
kerana jelas gabungan itu membawa fahaman, budaya dan pemikiran jahiliah yang
tidak sesuai bagi manusia moden.
-blue bear-
No comments:
Post a Comment