Khalid Di
Desak Beri Penjelasan Berhubung Rasional Pemecatan Azmin
Isu pemecatan Timbalan Presiden PKR, Azmin
Ali sebagai ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) adalah merupakan antara isu penting
yang dibincangkan melalui Mesyuarat Pimpinan PKR Negeri Selangor.
Menurut Ketua Wanita PKR,
Zuraida Kamaruddin mesyuarat yang
diadakan adalah untuk mendesak Menteri Besar Selangor, Abdul
Khalid Ibrahim supaya menyatakan rasional di sebalik keputusan yang
dilakukan untuk meyakinkan pimpinan parti itu.
"Itu isu yang
kita bincangkan sebab kita tak dapat maklumat langsung tentang 'u-turn' itu.Itu
yang kita nak penjelasan.Saya harap mereka (Khalid) beri penjelasan nanti,"
katanya.
Ini kerana, melalui Kongres PKR yang
berlangsung Oktober lalu telah menetapkan sebarang urusan politik yang
ditetapkan negeri perlu mendapat pengesahan parti,
sekaligus dimaklumkan kepada Presidennya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.
Walaubagaimanapun,
sehingga kini masih tiada sebarang pengesahan samaada kontrak perkhidmatan Azmin sebagai ahli Lembaga Pengarah ditamatkan,
tidak diperbaharui atau dipecat oleh PKNS atas arahan Khalid.
Azmin yang juga merupakan Ketua PKR Selangor
semalam, mengesahkan telah menerima surat makluman berhubung perkara itu.
Dia walaubagaimanapun enggan memberikan sebarang komen berhubung perkara itu, sebaliknya menyatakan akan membuat pengumuman mengenainya pada mesyuarat lembaga pengarah
PKNS yang akan dipengerusikan oleh Khalid, 20 Januari ini.
Isu mengenai pemecatan Azmin ini,
telah menimbulkan kemarahan di kalangan para penyokongnya yang
menyifatkan ia sebagai satu tindakan membalas dendam. Ia ekoran dari kritikan-kritikan
yang dilemparkan oleh Azmin terhadap pelbagai keputusan yang dibuat oleh pentadbiran
Khalid sebelum ini.
Antaranya berhubung keputusan kerajaan negeri untuk memberikan kenaikan mendadak terhadap gaji dan elaun anggota pentadbiran
Selangor sehingga 373 peratus.Selain daripada itu,
Azmin juga dilaporkan telah bertindak untuk mengemukakan memorandum kepada Khalid
ekoran tidak berpuashati dengan pengurangan peruntukan pembangunan oleh kerajaan negeri pada
7 Oktober lalu.
Mengulas lanjut, Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang memberitahu
Khalid tidak hadir ke mesyuarat yang
diadakan malam tadi walaupun sudah diberitahu.Malah, wakil daripada pihak Khalid
juga tidak hadir.
"Dia (Khalid) tak datang.Dalam
(mesyuarat) Majlis PKR Negeri, semua ketua-ketua cabang adalah anggota majlis negeri.Beliau
(Khalid) sebagai Ketua Cabang Kuala Selangor dijemput untuk hadir,"
katanya lagi.
Sebelum ini,
pelbagai gesaan sudah disuarakan kepada Khalid
untuk menilai kembali komitmennya terhadap perjuangan PKR.Ia ekoran Khalid
sering tidak hadir ke mesyuarat parti dan hanya menghantar wakilnya sahaja.
-blue bear-
No comments:
Post a Comment