Showing posts with label ATM. Show all posts
Showing posts with label ATM. Show all posts

Sunday, 24 March 2013

HEBATKAH TENTERA MALAYSIA????




RAHSIA KEHEBATAN TENTERA MALAYSIA YG MUNGKIN ANDA BELUM TAHU..!!


1 – Percaya atau tidak jika dikatakan Komando² Malaysia sentiasa diberi tugas sebagai QSR (Quick Reaction Rescue) bagi tentera NATO dalam perang BOSNIA? Suatu ketika pernah dicatatkan dalam newspaper di Amerika.. Diharapkan informasi ini dapat dikaji dan dikongsi bersama….hal ini dan diperakui oleh tentera² asing dan mengelarkan pasukan yang datang untuk garisan mati.

2 – ATM diperakui PAKAR PERANG HUTAN oleh seluruh dunia dan merupakan satu satunya pasukan yang Berjaya mengekang komunisme .

3 – VAT69 dijulang sebagai komando terbaik dunia sehinggakan pasukan ini didokumentarikan oleh ASIA CHANNEL.

4 – Perisik Malaysia sama ada PDRM atau ATM merupakan perisikan yang paling terbaik dalam dunia…percaya atau tidak? Pada 1988 seorang perisik KGB ditangkap iaitu Siddiq Ghouse kerana merisik Malaysia? Hal ini dibuktikan dengan kepantasan Malaysia membasmi Al-Maunnah,KMM, Abu Sayyaf, Jemaah Islamiah dan penganas² lain tanpa mengambil masa yang lama.

5 – ATM dianggap pakar modified dan pakar intergrasi oleh negara luar, sebagai contoh MiG29N Malaysia satu²nya pesawat tempur jenis itu yang memiliki peluru berpandu, dan ranking pertama hingga 22 pemandu pesawat tempur adalam anggota TUDM walau hanya menggunakan pesawat buruk tersebut! ATM juga telah mengubah suai SU-30KMM Malaysia menjadi lebih baik daripada pesawat tempur terbaik dunia iaitu SU-30MKI milik Tentera India !…

ATM juga mengubah suai SCORPHENE menjadi lebih senyap dan paling efisen dalam seluruh kapal selam milik angkatan tentera seluruh dunia! Bahkan percaya atau tidak jika dikatakan kapal kontena sumbangan MISC kepada ATM di ubah suai menjadi kapal seba guna dan kini ia berkhidmat dalam OPS FAJAR mengawal perairan Eden!

6 – Sebelum pasukan elit MARINIR (tentera laut Indonesia ) berjaya “TAWAN” Singapura…..pada 1980an pasukan komando udara Malaysia HANDAU telah menerobos pangkalan peluru berpandu udara milik tentera singapura yang terletak di BUKIT BATUK! Paling diingati pada kes itu Komando Malaysia meletakkan bendera MALAYSIA .!

7 – Pada lewat 1980an, sekumpulan tentera singapura ditangkap oleh askar wataniah Malaysia kerana cuba memasang radar di sebuah bukit yang terletak di johor. Tindakan ini dibalas Malaysia apabila dilimbungan kering dan basah singapura kerap berlaku letupan sabotaj yang menjejas pelancaran ekonomi Negara itu.

8 – Percaya atau tidak ? Indonesia risau apabila RELA ditubuhkan dan diperbesarkan? Ini kerana mereka tahu adanya pasukan bantuan khas dalam RELA. Ini mengingatkan pada bantahan singapura sewaktu penubuhan Pasukan Terjun Payung (briged para)

9 – Percaya atau tidak perisik dan anggota elit ATM dan PDRM,apabila bersara dikehendaki melaporkan diri di balai polis bagi waktu dan masa yang ditetapkan? Mereka juga sukar untuk memohon passport atau visa ke luar Negara.

10 – Semua anggota elit komando Malaysia (ATM) dilarang memakai motorcar ber”clutch”percaya atau tidak?

11 – Percaya atau tidak panggilan “cikgu” digunakan oleh anggota polis merujuk pada anggota ATM?

12 – ATM menjadi rebutan Amerika dan Britain.Namun ATM memilih Britain kerana ikatan persahabatan yang kian lama terjalin, namun tahukah anda ATM telah menubuhkan sekolah ketenteraan FORT BENNINGS ? Disini diperkatakan tentera terhebat adalah SAS (Britain), diikuti Malaysia (ATM) dan amerika US ARMY.

13 – Indonesia pernah mengutuk angkatan tentera Malaysia kerana sewaktu latihan , anggota tentera Malaysia membawa resin makanan! Namun ia dibalas Malaysia apabila sewaktu gempa bumi PADANG, makanan yang dihulurkan Malaysia adalah resin tersebut! Makanan inilah yang dikatakan expired padahal mereka kalah malu pada Malaysia.

14 – Bagi menghina Malaysia, Indonesia segaja mengajar angkatan tentera Kemboja. Tapi Indonesia mendapat aib apabila ATM berjaya menerobos kem tentera Kemboja tanpa disedari dan berjaya mematikan periuk api !ini amt memalukan mereka…

15 – Pasukan elit pertama Malaysia merupakan Sarawak Rangers dan ini merupakan pasukan paling awal sebagi pasukan elit dari negara2 rantau ini.@PM

Saturday, 23 March 2013

GEMPAR...MAJORITI BEKAS JENERAL PERGI KE LAHAD DATU???



Himpunan Sri Perdana, Majoriti Bekas Jeneral Berdiri Teguh

Perkembangan terkini berhubung isu pencerobohan kumpulan bersenjata di Sabah benar-benar merungsingkan dan menakutkan Anwar. Tambahan pula hampir saban hari, agensi berita antarabangsa dan media-media Filipina melaporkan mengenai penglibatannya dalam tragedi berdarah itu.

Maka tidak hairanlah, sepanjang berlangsungnya episod pencerobohan ini, Anwar cuba sedaya-upaya untuk membersihkan imej dan namanya dengan mengumumkan kemasukkan beberapa orang bekas pergawai tertinggi tentera ke dalam parti itu. Sama ada kemasukkan mereka berdasarkan semangat dan roh perjuangan (itupun kalau ada) parti atau telah dijanjikan ‘habuan’, tidaklah dapat dipastikan.

Namun apa yang pasti, kemasukkan beberapa ‘kerat’ pegawai ATM tersebut tidak akan mampu mempengaruhi atau mengubah landskap politik negara secara keseluruhan. Tambahan pula, sehingga kini Anwar masih lagi gagal untuk menjawab dengan jelas tentang semua dakwaan yang dilemparkan sebelum ini. Ia sedikit sebanyak menguatkan andaian, dia cuba berselindung dan menyembunyikan beberapa fakta dari pengetahuan umum. 

Dan semalam, bertempat di Seri Perdana telah berlangsung satu majlis santai “Sepetang Bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak” yang telah dihadiri hampir 200 orang pegawai tinggi ATM di Seri Perdana.

Di dalam program tersebut Datuk Seri Najib turun menjelaskan berhubung beberapa perkara antaranya perkembangan di Sabah dan Kawasan Keselamatan Khas Sabah (ESSCOM) sebagai langkah berkesan bagi menghadapi cabaran terkini.

Tambah menarik semua yang hadir telah melahirkan rasa terima kasih terhadap usaha yang di jalanklan oleh kerajaan serta turut memberikan sokongan penuh untuk berdiri teguh di belakang kepimpinan Perdana Menteri.

“Adalah hak individu sebagai rayat Malaysia yang mengamalkan sistem demokrasi untuk mengikut parti yang diingini. Tetapi apa yang mengecewakan apabila mereka mempersoalkan hal-hal bersangkutan pertahanan negara. Tindakan ini akan diguna pakai oleh musuh negara sebagai input dan kami menggangap mereka itu adalah pengkhianat”, tegas bekas Panglima Latihan dan Doktrin Tentera Darat, Mejar Jeneral (B) Datuk Amir Baharuddin

“Ini adalah merupakan inisiatif julung-julung kali diadakan bersama Perdana Menteri. Kebanyakkan daripada kami berasa terharu kerana langkah ini merupakan sebuah pengiktirafan terbaik daripada pucuk kepimpinan. Saya masih lagi mempunyai semangat berkobar-kobar untuk bersama-sama kepimpinan negara dalam mempertahankan kedaulatan dan keamanan negara”, kata bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Laksamana (B) Tan Sri Mohd Anuar Mohd Noor.

“Pada hari ini kami diberikan taklimat mengenai Lahad Datu, Sabah. Kita menyokong tindakan yang dilakukan oleh anggota keselamatan selama ini agar mereka dapat melaksanakan tugas dengan baik”, menurut bekas Ketua Pegawai Kesihatan ATM, Mejar Jeneral (B) Datuk Pahlawan Dr R. Mohanadas.

“Terima kasih kepada Perdana Menteri kerana menjemput pegawai atasan ATM yang telah bersara ke perjumpaan petang ini. Kami masih lagi bersama memberi dokongan kepada kerajaan semasa di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak”, ujar bekas Panglima Tentera Darat, jeneral (B) Tan Sri Mohd Azumi Mohd.

Itu hanya sebilangan kecil, komen-komen yang diberikan oleh mereka bagi melahirkan sokongan terhadap kerajaan dan semangat yang ditunjukkan jelas membuktikan keyakinan yang tinggi terhadap pendekatan dan langkah yang diambil oleh kerajaan.

Kesimpulannya, percubaan Anwar untuk mengeksploitasi beberapa kerat bekas tentera untuk dijadikan kuda tunggangan GAGAL. Ini kerana di sebalik sokongan 1-2 orang tidak mencerminkan sokongan majoriti yang terdiri daripada ribuan yang masih yakin dengan kepimpinan kerajaan.