Showing posts with label ISLAM. Show all posts
Showing posts with label ISLAM. Show all posts

Wednesday, 15 January 2014

COMANGO MAIN KOTOR???


COMANGO Bermain Kotor?


Entah kenapa kita tidak terkejut dengan pendedahan Ustaz Nasharuddin yang dimuatnaik oleh blog the Unspinners mengenai taktik kotor COMANGO untuk memerangkap gabungan NGO Islam ketika di Geneva.   

Menurut Ustaz Nasha, kumpulan NGO Islam telah di beri amaran oleh pegawai kerajaan di sana agar berhati-hati kerana COMANGO telah terlebih dahulu menyebarkan khabar di kalangan kedutaan asing bahawa gabungan NGO Islam itu adalah pengganas.  Mungkin, niat COMANGO adalah untuk membiarkan wakil NGO Islam ditangkap agar mereka boleh mengemukakan tuntutan tanpa halangan. 

Nampaknya, para peneraju COMANGO bukanlah terdiri dari manusia-manusia yang punya integriti.  Mereka sanggup berbuat apa saja untuk mencapai matlamat serta enggan akur kepada peraturan. 

Mungkin bermain kotor juga merupakan antara ‘hak asasi’ yang diperjuangkan mereka.   Mungkin bagi COMANGO, undang-undang dan peraturan serta perdebatan ilmiah yang berfakta adalah menyusahkan.  Ini kerana bagi mereka, manusia tidak harus menggunakan akal, tetapi hanya menggunakan nafsu untuk menentukan cara hidup masing-masing.  Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh COMANGO sebagai ‘hak asasi’ manusia. 

Sikap COMANGO bermain kotor menunjukkan yang mereka sebenarnya takut berhadapan dengan pihak NGO Islam.  Sekaligus membuktikan bahawa mereka cukup sedar bahawa mereka tidak mampu berdiri atas hujah yang bernas dalam menuntut perkara-perkara yang bertentangan dengan Islam dan undang-undang negara ini. 

Sepatutnya, COMANGO berhadapan dengan NGO Islam secara baik dengan mengemukakan hujah masing-masing secara rasional.  Tindakan memburukkan imej dan cuba mengenakan NGO Islam di Geneva, dengan sendirinya menyerlahkan kejahatan COMANGO. 

Tidak kira apa jua perjuangan kita, pada ketika kita terpaksa bermain kotor untuk mencapai matlamat maka kita wajar mempersoalkan kembali apakah kita di pihak yang benar atau salah. 

Apatah lagi bagi gabungan seperti COMANGO yang kononnya berdiri atas niat yang murni demi keadilan sejagat dan hak asasi manusia, maka tentulah ia perlu berjuang dengan jalan yang bersih dan berlandaskan undang-undang. 

Lebih-lebih lagi apabila gabungan itu menganggap penentangnya, iaitu NGO Islam sebagai pihak yang kolot, bodoh dan ketinggalan dan mereka pula sebagai pihak yang maju dan bertamadun. 

Namun, apa yang berlaku menunjukkan bahawa COMANGO hanyalah terdiri dari manusia gasar yang tidak mahu mengikut undang-undang.  Sudahlah memperjuangkan perkara yang haram, pertubuhan itu sendiri juga haram dan kini terbukti pula suka bermain kotor. 

Ini memberikan kita alasan yang lebih kukuh untuk menolak COMANGO kerana jelas gabungan itu membawa fahaman, budaya dan pemikiran jahiliah yang tidak sesuai bagi manusia moden. 

-blue bear-

Tuesday, 10 September 2013

ISLAM NAK DIHAPUSKAN DI MALAYSIA INI...?

Matlamat COMANGO Untuk Hapus Islam Sebagai Agama Rasmi

Gabungan NGO Malaysia telah mengadakan satu taklimat pada 11 Julai 2013 yang lalu bagi Proses UPR (COMANGO).  Ia dipengerusikan oleh Tian Chua dan dihadiri oleh wakil-wakil NGO, antaranya Hak Asasi Manusia, Majlis Peguam, SOGI atau Sexual Orientation and Gender Identity yang memperjuangkan LGBT, dan lain-lain lagi.

Malaysia bakal menjalani proses Semakan Berpenggal Sejagat (UPR) Majlis hak Asasi Manusia PBB pada 24 Oktober 2013 di Geneva, Switzerland.  Proses ini akan menentukan tahap komitmen Malaysia terhadap Hak Asasi Manusia mengikut syor yang dikemukakan oleh Negara-negara PBB pada UPR pertama pada tahun 2009.

Secara dasarnya, Malaysia adalah sebuah negara yang meletakkan hak asasi manusia di tempat yang cukup tinggi.   Hanya di Malaysia kita melihat semua agama mendapat ruang yang cukup besar dari segi pembangunan tempat ibadah.  Hanya di Malaysia, kita melihat kaum minoriti diberi hak ke atas sekolah berasingan serta bebas mempunyai akhbar sendiri, mengamalkan bahasa ibunda masing-masing sehingga mengabaikan Bahasa Kebangsaan.

Hanya di Malaysia juga, kita melihat kaum minoriti ‘berkuasa’ menekan dan mencabar kaum majoriti, malah mengejek dan mempersenda kerajaan dan Raja-raja secara terbuka tanpa dikenakan apa-apa tindakan.

Di Malaysia, masalah hak asasi sebenar seperti buruh kanak-kanak atau diskriminasi wanita dalam pendidikan dan pekerjaan, tidak menjadi isu langsung.  Pendek kata, semua manusia ‘normal’ di Malaysia bebas mengamalkan hak masing-masing dengan batas-batas tertentu agar tidak melanggar perlembagaan dan juga hak asasi orang lain sesuai dengan ketamadunan manusia.

Justeru, meletakkan Malaysia di bawah pemantauan COMANGO merupakan sesuatu yang meragukan.   Dan keraguan ini terjawab apabila melihat isu-isu yang ditimbulkan di dalam Deraf Laporan COMANGO.

Antara isu yang menjadi perhatian COMANGO ialah isu LGBT atau SOGI.  COMANGO menuntut penghapusan seksyen 377A Kanun Kesiksaan dalam undang-undang Malaysia berhubung salah laku liwat serta menuntut hak dan kebebasan kepada golongan LGBTIQ.

COMANGO juga menuntut penghapusan peruntukan-peruntukan berkaitan kesalahan mengikut undang-undang syariah yang memberi rujukan negatif terhadap permasalahan moral yang dilihat sebagai ‘hak peribadi’ (Perkara 9.1 dan 9.5 DLC) yang timbul dari kedudukan Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan yang memposisikan Islam sebagai Agama Persekutuan dan Enakmen-enakmen berkaitan kesalahan-kesalahan Syariah.

Wednesday, 10 April 2013

LAGI KISAH TENTANG RONALDO...PEJUANG AGAMA ISLAM????



Bukti Cinta Ronaldo kepada Islam |

Cristiano Ronaldo Kagumi Al-Quran, Hafal Al-Fatihah & Senang Berwudhu,Cristiano Ronaldo Sumbang Kasut Emas 1.5 Juta Euro, Untuk Anak Palestin.


CRISTIANO Ronaldo lahir di Madeira, Portugal, anak dari Maria Dolores dos Santos Aveiro dan José Dinis Aveiro. Dia mempunyai  abang bernama Hugo, dan dua kakak perempuan, Elma dan Liliana CATIA.


Pemain terbaik Real Madrid dan team Portugal ini selalu membela kepentingan Islam, meski ia beragama Katolik yang taat. Khabar angin di media Sepanyol dan Portugal yang memberitakan jika CR7 akan menjadi seorang Muallaf.

Namun, hingga berita ini diturunkan, Ronaldo belum menyatakan, mengucapkan 2 kalimat Syahadah sebagai bukti ia telah masuk Islam, meski segala perbuatannya selalu menyokong Islam.

Berikut bukti dan fakta tentang CR7 tentang cintanya kepada Islam:

1. Cristiano Ronaldo bersimpati dengan Palestin, hal ini dibuktikannya dengan melelong kasut emasnya untuk disumbangkan kepada anak-anak Palestin.

Cristiano Ronaldo, bintang 'Seleccao' yang dilabelkan media barat memiliki sifat sombong tersebut ternyata mempunyai hati mulia. Bekas penggawa Manchester United (MU) itu dengan penuh keikhlasan memberikan kasut emas yang diraihnya musim 2011 kepada lembaga amal kelabnya. Hal itu dilakukan pemain berjuluk CR7 itu untuk membantu anak-anak Palestin.

Laman Qodsna pada akhir tahun lalu mengkhabarkan, lembaga amal Real Madrid melelong kasut emas milik Ronaldo itu hingga 1.4 juta Euro (atau Rp16, 77 Bilion). Wang hasil lelongan itu disumbangkan untuk membina beberapa sekolah yang hancur di Gaza.

2. Pada perlawanan Pra Piala Dunia, antara Portugal vs 'Zionis' Israel, selepas perlawanan yang berakhir dengan skor imbang 3-3, CR7 menolak bertukar jersey dengan pemain Israel, meski sudah banyak yang mengajaknya.

3. Tidak mahu menyebut negara Israel. Menurut laporan Shabestan, wartawan televisyen Aljazeera sempat bertanya kepada Ronaldo, anda saat ini berada di tanah Israel atau Palestin? Bintang dunia asal Portugal ini menjawab, "Saya berada di bumi Palestin."

Padahal diketahui, Portugal bertanding melawan Israel, di kandang Israel, pada Jumaat (22/03) di perlawanan kelayakan Piala Dunia Kumpulan F.

4. Ronaldo kembali menyumbangkan wang bernilai 100 ribu Euro (atau Rp1, 39 Miliar) kepada korban perang Afghanistan pada Rabu (13/2). Seperti dikutip Reuters, Ronaldo menyumbangkan wang sebanyak itu dengan mengatasnamakan UEFA dan diserahkan melalui International Commitee of the Red Cross (ICRC).

Wang itu nantinya akan digunakan untuk membantu memulihkan warga Afghanistan yang kehilangan tubuh, kerana terkena letupan ranjau darat di negeri yang kerap terjadi peperangan tersebut. Aksi keprihatinan ini merupakan kali kedua bagi pemain yang dipanggil CR7.

5. Tertulis Lafaz Allah di Kepalanya Cristiano Ronaldo tanda ia mahu masuk Islam. Kejadian menarik ini bermula dari siku David Navarro yang mengenai dahi Cristiano Ronaldo. Kejadian itu berlaku pada minit ketiga hingga menyebabkan CR7 perlu mendapat rawatan yang cukup serius kerana dahinya mengeluarkan darah yang cukup banyak. Pasukan perubatan Real Madrid yang melihat kejadian tersebut tentunya tak tinggal diam.

Untuk memberikan rawatan demi menghentikan darah pemain berdarah Portugal tersebut, pasukan perubatan pun membawa Ronaldo ke pinggir lapangan. Yang menarik, kamera televisyen Aljazeera yang menyiarkan pertandingan itu mengetengahkan gaya model rambut Ronaldo ketika tengah menjalani rawatan di pinggir lapangan. Dan entah sengaja atau tidak, kamera televisyen seketika langsung menonjolkan potongan rambut Pemain Terbaik Dunia itu di mana dijumpai tulisan berlafazkan Allah SWT.

6. Sokong Palestin, Cristiano Ronaldo Dikecam Israel. Berbeza dengan Barcelona yang memiliki kedekatan dengan Israel, Real Madrid malah memilih menghampiri dengan Palestin. Tidak hanya ditunjukkan dasar kelab, sikap pemain Los Blancos juga demikian.

7. Aksi Ronaldo sebagai bentuk kemanusiaan. Ia menunjukkan kepedulian dan solidaritinya terhadap krisis Palestin dan warga Jalur Gaza. Ronaldo dikhabarkan pernah langsung berkunjung ke tanah pendudukan Palestin pada 2007 dan 2005.

Disana dia disambut suka cita oleh warga Palestin dan mendapat pengawalan ketat. Namun, Ronaldo dikecam media yang pemiliknya, MU menyokong dasar kerajaan 'Zionis'. Seperti diketahui, saat itu CR7 masih berseragam Manchester United.

Lagi kisah Ronaldo,klik DI SINI

Tuesday, 9 April 2013

KISAH NABI DI TEGUR ALLAH....


Kita semua sudah sering membaca bahwa Nabi Adam telah melakukan kesalahan. Ia melanggar larangan Allah.  Makanya, ia dihukum begitu lama berpisah dengan isterinya, Hawa meskipun Adam dan Hawa segera menyadari kesalahannya dan memohon ampun. Allah kemudian mengampuninya. Nabi Yunus juga dihukum oleh Allah dikarenakan tidak sabar kepada kaumnya sehingga ia pergi meninggalkan kaumnya.
Dalam Al Qur’an Rasulullah pun pernah mendapat teguran dari Allah. Sejauh pengetahuan saya, paling tidak ada tiga ayat yang menegur Rasulullah.
1) Ketika Rasulullah sedang berdakwah kepada para pemimpin Quraisy, datanglah seorang biasa yang meminta pelajaran agama Islam. Namun, karena Rasulullah sedang berdakwah kepada pemimpin Quraisy maka Rasulullah kurang begitu memperhatikannya. Maka turunlah ayat yang menegur sikap Rasulullah tersebut.
2. Ada suatu peristiwa dimana Rasulullah ditanya tentang suatu persoalan. Oleh karena belum ada wahyu tentang hal itu maka Rasulullah berjanji dengan pasti bahwa beliau akan menjawabnya besok. Namun, setelah ditunggu berhari-hari tidak juga datang wahyu untuk menjawab persoalan itu. Lalu kemudian turunlah ayat yang memerintahkan Rasulullah jika berjanji atau menyatakan sesuatu, harus dibarengi dengan kata “Insya Allah”, karena sesungguhnya manusia itu tidak tahu pasti apa yang akan terjadi nanti atau besok ataupun kapanpun.
3. Pada zaman Rasulullah hidup, dalam budaya Arab saat itu bahwa anak angkat sama dengan anak kandung. Oleh sebab itu, anak angkat atau mantan isterinya tidak boleh dinikahi oleh ayah angkatnya. Sebelum wahyu turun sebenarnya Rasulullah sudah mengetahui bahwa beliau akan dijadikan model untuk mengikis budaya tersebut. Namun, ketika anak angkatnya ingin bercerai dengan isterinya  karena sudah tidak ada kecocokan, Rasulullah tetap menganjurkan agar anak angkatnya tetap mempertahankan bahtera rumah tangganya. Setelah begitu lama, turunlah wahyu yang menegur Rasulullan. Dalam Islam, kedudukan anak angkat itu berbeda dengan anak kandung. Oleh sebab itu, setiap orangua angkat harus memberitahu kepada anak angkatnya siapa orangua kandung anak tersebut. Oleh karena tidak ada hubungan darah, maka anak angkat boleh menikah dengan orangtua angkatnya. Selain itu anak angkat bukan ahli waris orangtua angkat.
P/S:TOK GURU JANGAN BERSIFAT MAKSUM LA PULAK...

Tuesday, 2 April 2013

BULU MATA MENJADI SAKSI????BIAR BETUL....



OUT FROM POLITIC.....

Diceritakan di Hari Pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Ia dituduh bersalah, menyia-nyiakan umurnya di dunia untuk berbuat maksiat. Tetapi ia berkeras membantah. "Tidak! Demi langit dan bumi sungguh tidak benar. Saya tidak melakukan semua itu." "Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa," jawab malaikat. Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu ke segenap penjuru. Tetapi anehnya, ia tidak menjumpai seorang saksi pun yang sedang berdiri.

Di situ hanya ada dia sendirian. Makanya ia pun menyanggah, "Manakah saksi-saksi yang kau maksudkan? Di sini tidak ada siapa kecuali aku dan suaramu." "Inilah saksi-saksi itu," ujar malaikat. Tiba-tiba mata hamba Allah tersebut bicara, "Saya yang memandangi." Disusul oleh telinga, "Saya yang mendengarkan." Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yang mencium." 

Bibir mengaku, "Saya yang merayu." Lidah menambah, "Saya yang mengisap." Tangan meneruskan, "Saya yang meraba dan meramas." Kaki menyusul, "Saya yang dipakai lari ketika diketahui orang akan maksiat tersebut."


"Nah! Kalau kubiarkan, seluruh anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu itu", ucap malaikat. Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahannya lagi. Ia putus asa dan amat berduka, sebab sebentar lagi bakal dihumbankan ke dalam Neraka Jahanam. Padahal, rasa-rasanya ia telah terbebas dari tuduhan dosa itu. Tatkala ia sedang dilanda kesedihan itu, tiba-tiba terdengar suara yang amat lembut dari selembar bulu matanya: "Saya pun ingin juga mengangkat sumpah sebagai saksi."


"Silakan", kata malaikat. "Terus terang saja, menjelang ajalnya, pada suatu tengah malam yang lengang, aku pernah dibasahinya dengan air mata ketika ia sedang menangis menyesali perbuatan buruknya. Bukankah nabinya pernah berjanji, bahawa apabila ada seorang hamba kemudian bertaubat, walaupun selembar bulu matanya saja yang terbasahi air matanya, namun sudah diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka saya, selembar bulu matanya, berani tampil sebagai saksi bahawa ia telah melakukan taubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan."

Dengan kesaksian selembar bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan dihantarkan ke syurga. Sampai terdengar suara bergaung kepada para penghuni syurga: "Lihatlah, Hamba Allah ini masuk surga kerana pertolongan sehelai bulu mata."

* Taubatlah dengan sebenar-benar taubat yang penuh penyesalan dan keikhlasan sebelum terlambat.. Allah itu Maha Pengampun..