KUALA LUMPUR 11 April - Manifesto Barisan Nasional (BN) memberi lebih banyak manfaat kepada kaum India berbanding dari apa yang ditawarkan oleh pembangkang dan ianya disokong oleh tujuh pemimpin kanan DAP di Perak.
Manifesto yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kata Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi David Dass, menunjukkan bahawa BN komited dalam memperjuangkan nasib kaum India.
"Kita dapat lihat manifesto pakatan pada PRU 2008 di Selangor, tapi (selepas gagal menunaikannya) mereka kata manifesto itu bukan janji dan ini berbeza dengan aku janji yang dibuat BN kali ini," katanya kepada media di Ladang Renjat, Gemencheh, semalam.
Najib dalam ucapannya Sabtu lalu menjelaskan akan menerbitkan amanah saham bagi meningkatkan pegangan ekuiti kaum India sebanyak RM 500 juta selain Unit Khas bagi memastikan kelancaran dasar bagi memajukan kaum tersebut.
Sokongan tersebut turut disuarakan oleh Pengerusi DAP Cawangan Desa Dahlia Richard Francis, Naib Pengerusi DAP cawangan Desa Dahlia Jesu Dason, Setiausaha DAP cawangan Desa Dahlia S. Karthiyaini, Setiausaha DAP cawangan Ladang Paroi Rajent Chelvam Katham, Naib Pengerusi DAP cawangan Ladang Paroi Rajent M. Subramaniam dan Setiausaha DAP cawangan Ladang Paroi K. Mahendran.
Dass dalam pada itu membidas pimpinan tertinggi DAP terutama penasihat parti Lim Kit Siang, Setiausaha Agung Lim Guan Eng dan Pengerusinya Karpal Singh yang jelas lebih mementingkan diri sendiri dan tidak mengambil berat kepentingan dan hak kaum India sepertimana yang terjadi dalam pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP.
"Kami menggesa Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) menyatakan kepada kami status aduan mengenai perkara itu yang telah dibuat dan kami mahu tahu secepat mungkin," katanya.
Beliau kemudiannya berkata akan bertindak keluar parti dan bersamanya sejumlah ahli DAP peringkat cawangan yang akan turut sama ekoran parti tersebut bukan lagi demokratik sebaliknya penuh dramatik.
SUMBER:KL POS
No comments:
Post a Comment