Saturday, 2 March 2013

HADI,KIT SIANG BAKAL TPM...ANUAR BAKAL....?


Dua hari lepas Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dalam wawancaranya dengan akhbar Cina, Sin Chew Daily telah menamakan Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan presiden PAS, Abdul Hadi Awang sebagai bakal TPM sekiranya Pakatan rakyat (PR) berjaya mengambil alih Kerajaan Pusat dalam PRU 13.

Dalam pada itu Anwar juga mengakui tiada perbincangan serius di kalangan parti-parti pembangkang berhubung perkara tersebut. Maksudnya belum ada keputusan muktamad yang telah dicapai, tapi peliknya Anwar sudah memandai-mandai membuat pengumuman sebelah pihak.

Tentu ada udang di sebalik batu. Memang pun kenyataan Anwar itu ada matlamat tersiratnya.

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini kecoh di kalangan pemimpin dan penyokong PR mengenai pendirian rasmi Majlis Syura Ulama PAS yang secara jelas menolak idea untuk melantik Anwar sebagai PM. Salah satu alasan penolakannya kerana Majlis Syura agak meragui kelayakan Anwar dari segi moral dan akhlaknya untuk menjadi pemimpin utama negara.

Keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang bermesyuarat tanpa kehadiran Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat itu memang mengecewakan Anwar, lebih-lebih lagi bila mengetahui badan tertinggi PAS itu juga telah muktamad untuk melihat Hadi Awang sebagai calon rasmi PR bagi jawatan PM.

Menyedari polemik jawatan PM ini bakal menyebabkan kewibawaannya makin terancam dan menjejaskan sokongan pengundi kepada PR, sebab itulah Anwar tiba-tiba sahaja membuat pengumuman sebelah pihak tanpa terlebih dahulu menunggu keputusan bersama Majlis Pimpinan PR.

Anwar juga tidak menyebut secara langsung yang dirinya adalah bakal PM kerana tahu tindakan tersebut akan mengundang reaksi balas dari majlis Syura Ulama PAS. Lantaran itu, dengan membuat pengumuman nama calon TPM, ia akan mencipta persepsi umum bahawa Anwar adalah satu-satunya calon PR untuk jawatan PM.

Dengan berbuat demikian juga Anwar mengharapkan PAS akan kembali menyokongnya sebagai satu-satunya calon PR bagi jawatan PM seandainya PRU 13 nanti memihak kepada gabungan longgar yang tidak berdaftar dengan ROS itu. Di masa yang sama Anwar cuba mengukuhkan kedudukannya dikalangan pengundi Cina apabila nama Kit Siang turut dinamakan sebagai TPM.

Strategi Anwar mungkin kelihatan bijak dalam mencipta persepsi , namun ia tidak dapat menafikan hakikat bahawa selagi polemik isu siapa sebenarnya calon rasmi PR sebagai PM terus berpanjangan dan tiada kata sepakat yang muktamad diputuskan, natijahnya tentu sahaja akan semakin menjejaskan prestasi PR dalam PRU 13 kelak. 

CREDIT TO:BB

GEMPAR...MALAYSIA DISERANG LANUN SULU??


Penulis tidak pasti adakah benar atau rekaan semata-mata tentang perkara ini.Apa yang diharapkan adalah rekaan semata-mata.

Cerita selanjutnya,klik DI SINI

GEMPAR!!!KES TABUNG MEMALI BERULANG...


Ingat tabung,ingat PAS....

Belum pun keadaan reda di Lahad Datu,Dewan Pemuda PAS telah melancarkan TABUNG PARAJURIT TRAGEDI LAHAD DATU....

Mungkinkah kes seperti Tabung Memali kembali berulang????

Cerita selanjutnya,klik DI SINI 

GEMPAR....WIKIPEDIA DAKWA BALA CURU DUIT ALTANTUYA???



Sehari dua ini, dunia politik tanahair sedikit heboh dengan kemunculan semula bekas penyiasat persendirian P. Balasundramaniam yang digunakan sebagai modal baru pakatan pembangkang dalam menarik simpati pengundi. Pelbagai program jelajah telah dirancang dan diadakan demi memastikan rakyat terus tertipu dengan kenyataan bersumpahnya yang menurut Zulkifli Nordin hanya bernilai RM4.00.

Namun apa yang menariknya ialah, ketika Bala begitu ghairah dijadikan sebagai kuda tunggangan baru puak pakatan bagi memburukkan dan menjatuhkan kerajaan dengan cerita tipu dan fitnahnya, laman wikipedia telah mendedahkan mengenai satu penipuan yang dilakukannya terhadap model Altantuya Shaariibuu. Dan penipuan tersebut, akhirnya telah menyebabkan tercetusnya beberapa rentetan peristiwa sehingga menyebabkan kepada kematian Altantuya.

Laman yang merupakan sebuah portal ensiklopedia bebas itu mendedahkan, sebelum kematian  Altantuya, Abdul Razak baginda telah melakukan satu pengeluaran wang tunai berjumlah RM50,000.00. Wang tersebut akhirnya diberikan kepada Bala untuk diserahkan kepada Altantuya. 

Namun mungkin kerana sikap tamak dan ‘gelap mata’, Bala bukan sahaja tidak menyerahkan bayaran tersebut, malah telah mencuri wang yang sepatutnya digunakan sebagai kos pembiayaan pulang Altantuya ke negaranya.

Menurut sumber yang dikeluarkan oleh Wikipedia itu juga, wang tersebut adalah merupakan bayaran untuk kerja-kerja yang dilakukan oleh Altantuya sepanjang berkhidmat dengan Razak Baginda. Kegagalan Altantuya untuk menerima pembayaran tersebut, telah menyebabkannya gagal untuk pulang ke negaranya. Yang mana telah menyebabkan berlaku satu tragedi yang akhirnya membawa kepada kematian beliau.

Yang lebih menghairankan, semua kenyataan Bala sebelum ini, yang kononnya bertujuan untuk mendedahkan satu kebenaran, langsung tidak menyebut mengenai kehilangan wang RM50,000 ini. Apakah dia terlupa atau sengaja menyembunyikan fakta sebenar berhubung kehilangan wang tersebut.

Zulkifli Nordin yang juga merupakan bekas peguam bela kes Altantuya sebelum ini juga, pernah mebangkitkan mengenai transaksi wang tersebut. Namun sehingga kini, masih lagi tiada sebarang kenyataan dari Bala berhubung isu yang dibangkitkan ini.

Kegagalan dan keengganan Bala untuk menjelaskan mengenainya, seolah-olah membuktikan bahawa semua dakwaan yang dilemparkan ini mempunyai asas kebenarannya. 

Kesimpulannya, bagi mengelakkan masyarakat terus ditipu dengan dakyah dan cerita rekaan pembangkang ini, ada baiknya pihak berkuasa memulakan siasatan berhubung kehilangan wang RM50,000 milik Altantuya yang dipercayai telah dicuri oleh Bala.

CREDIT TO:BB

JENAZAH DUA ANGGOTA KOMANDO DITERBANGKAN DARI LAPANGAN TERBANG TAWAU



Lahad Datu, 2 Mac - Jenazah dua anggota komando polis komando VAT 69 yang terkorban semalam dalam insiden tembakan membabitkan kumpulan penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina di Kampung Tanduo di sini diterbangkan ke ibu negara awal hari ini. 

Penerbangan itu pada asalnya dijadual tiba lewat malam tadi. Jenazah kedua-dua anggota itu diterbangkan ke Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang dari Lapangan Terbang Tawau pada pukul 7.55 pagi dengan pesawat Charlie.

Anggota yang terkorban dari Kem Ulu Kinta itu ialah Insp Zulkifli Mamat, 29, dan Kpl Sabarudin Daud, 46. Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam TUDM Mejar Kamarulzaman Ali memberitahu Bernama, jenazah Zulkifli akan diterbangkan ke Pangkalan Udara TUDM Gong Kedak, Kelantan untuk dikebumikan di kampung halamannya di Kampung Kubang Ikan, Besut, Terengganu.

Jenazah Zulkifli yang akan diterbangkan dengan menaiki pesawat CN235 dari Subang akan diiringi balunya, Noraziah Noor dan dua anak lelaki, katanya.

Sementara jenazah Sabarudin pula akan dikebumikan di kampungnya di Sungai Lias, Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor. Allahyarham meninggalkan balu, Nurunisa Abu Bakar dan tiga anak (dua lelaki dan seorang perempuan).

Jenazah kedua-dua anggota polis komando itu disembahyangkan di Masjid Batalion 17 Pasukan Gerakan Am di sini lewat malam tadi sebelum diterbangkan ke Subang. Dalam kejadian tembakan semalam, tiga anggota komando turut cedera iaitu Kpl Mohd Tarmizi Hashim, 32, Kpl Azman Ampong, 39, dan Konstabel Mohamad Qaiyum'aiqal Zolkifli, 22


SUMBER:BERNAMA

TERBARU....FATWA TERBARU BOB LOKMAN???


Terkejut penulis apabila Ustaz Segera,Bob Lokman mengeluarkan FATWA terbaru yang MENYIFATKAN ORANG MENEPATI JANJI SAMALAH DENGAN IBLIS UNTUK MENYESATKAN KAUM ADAM.....

Bila penulis terfikir,patutlah Ustaz Bob Lokman tidak menghemtam MB Selangor yang mengatakan manifesto bukan satu janji.

Untuk Cerita selanjutnya,klik DI SINI

HANGAT...CERITA KOMANDO MALAYSIA..

                                                        GAMBAR HIASAN

Rakyat Malaysia dikejutkan peristiwa berdarah di Lahad Datu,Sabah yang mengorbankan 2 nyawa bagi pihak keselamatan negara Malaysia.

Dalam kesedihan itu,ada pemimpin pembangkang yang bebal berkata semua itu adalah perancangan UMNO....

Cerita selanjutnya,klik DI SINI

Friday, 1 March 2013

GEMPAR...LAGI MENGENAI LAHAD DATU


Laporan setakat jam 1800hrs.
Senarai nama peg/ang 69 komando terkorban/cedera akibat serangan mortar dlm krisis di Lahad Datu:
1. Insp G/17992 Zulkifli bin Mamat - terkorban.
2. Kpl 113088 Sabaruddin bin Daud - terkorban.
3. Kpl 135383 Azman bin Ampong - terkorban
4. Kpl 152133 Mohd Tarmizi bin Hashim - cedera di tangan dan kaki berada di Hospital Lahad Datu.

5. Kpl 176533 Mohd Qaiyum'aiqal bin Zolkifli - cedera di bahu kanan dan kedua2 kaki berada di Hospital Sandakan.

GEMPAR...MALAYSIA DISERANG?


Laporan terbaru yang dipetik dari laman portal berita Filipina, Philstar.com menyebut kini sedang berlaku insiden berbalas tembakan di Lahad Datu antara tentera Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram III dengan pasukan keselamatan Malaysia di sekitar bandar di timur Sabah itu.

Dilaporkan juga ada mangsa yang cedera namun bilangannya belum dapat dipastikan.

Suasana di sana dikatakan tegang dengan polis dan tentera dikerah mengawal keadaan yang berbahaya sejak jam 6 pagi waktu tempatan.

Tentera Kiram yang didokong Sultan Sulu itu juga meningkatkan serangan terhadap barisan pertahanan yang dibina pasukan keselamatan Malaysia menyebabkan insiden tersebut meletus dalam serangan yang sudah memasuki hari ke-20 itu.

Setakat ini Manila belum memutuskan tindakan terbaru susulan dari insiden tersebut tetapi pentadbiran presiden Aquino kini dalam keadaan bersiap sedia untuk mengerahkan anggota tenteranya ke sempadan laut di Laut Sulu manakala Putrajaya dipercayai sudah membuka bilik situasi (situation room) bagi merencana pelan tindakan seterusnya.

Terdapat kira-kira 800,000 pendatang asing negara itu di negeri ini yang memungkinkan tahap keselamatan untuk penduduk tempatan diragui.

Sultan Kiram III masih tidak berganjak dengan keputusannya untuk terus menakluk Lahad Datu walaupun Manila sudah mengarahkan tentera sultan itu meninggalkan Sabah secepat mungkin seperti yang dimaklum Putrajaya kepada Manila beberapa jam lalu.

Wartawan asing yang berada di lokasi kejadian dipercayai bersembunyi akibat khuatir keselamatan mereka terancam sekiranya melaporkan kejadian itu kepada agensi berita masing-masing dan ditahan pihak berkuasa.

Sementara itu, Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Yong Teck Lee dalam satu mesej di Twitter sebentar tadi menyebut pasukan keselamatan mengarahkan penduduk sekitar bandar itu agar mengunci pintu rumah masing-masing.

Deretan kedai dan pasaraya di bandar itu sudah ditutup sejak perintah tersebut berkuat kuasa sehingga sekarang.

Kawalan keselamatan secara keseluruhannya masih berada di dalam kekuasaan pasukan keselamatan Malaysia yang bertugas dalam lingkungan radius 25 kilometer dari pusat bandar.

Beliau juga memaklumkan kesemua perkhidmatan penerbangan MASWings ke Lahad Datu dibatalkan dan beberapa pesawat milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sudah mendarat di bandar itu awal pagi tadi.

Bilangan anggota tentera yang tiba belum dapat dipastikan tetapi jumlahnya dikatakan cukup untuk memusnahkan ketumbukan tentera Sultan Sulu itu dalam tempoh kurang dari tiga hari.

Tuesday, 26 February 2013

BEKAS PEMUDA PAS BANTAI PAS???


Kesian Parti PAS ni....kene bantai oleh ex-Pemuda Pas di daerah Besut.

EX-Pemuda PAS mendakwa PAS tidak bersungguh-sunggguh dalam memperjuangkan ISLAM di Malaysia.Hanyalah gimik semata-semata.

Beliau bercerita, setelah PAS menang di Terengganu tahun 1999,berlaku peristiwa di mana seorang Pemimpin Besar PAS telah menghalalkan kepada ahli PAS untuk solat di MASJID KERAJAAN kerana sebelum pada itu,mereka hanya di bolehkan untuk mendirikan solat di MASJID PAS SAHAJA dan HARAM solat di Masjid Kerajaan.

Ini menimbulkan satu kepelikkan kepada ahli-ahli PAS di kawasan itu lalu beliau berjumpa sendiri dengan pemimpin PAS berkenaan untuk bertanya.kenapa DULU HARAN DAN KINI HALAL.....Lalu pemimpin PAS itu menjawab.....

"MAINAN POLITIK"

Astaghfirullah....Masya Allah....................kepada pembaca,renunglah...adakah PARTI ini yang anda hendak pilih????MEMPERMAINKAN AGAMA demi politik.... 

p/s:cerita ini diceritakan sendiri kepada penulis..penulis hanya menyampaikan sahaja.

GEMPAR!!!ASRAMA RUSILA TERBAKAR LAGI....

                                                          GAMBAR HIASAN

Perh...terkejut penulis...ingatkan tipu...tapi memang betul,asrama di rusila terbakar lagi

Penulis tertunggu-tunggu juga cai-cai PAS untuk mengesahkan dalam fb.tapi tiada.

Penulis merasakan itu adalah bala akibat T0k Guru Hadi Awang.

Untuk cerita selanjutnya,klik DI SINI 

Sunday, 24 February 2013

MANGSA PENIPUAN KENA SAMAN OLEH EX Y.B ??

                                                                          GAMBAR HIASAN
Sedih...kecewa...itulah yang penulis dapat rasakan oleh peneroka Felda Ketengah Jaya yang menjadi mangsa akibat fulus mereka dirembat dan tidak diketahui mana perginya fulus mereka itu....

Dan apa yang menyedihkan lagi adalah mereka diugut oleh seorang cai pro-PAS ni atas dasar mempertahankan EX-Y.B dan untuk menjaga nama PAS.

Untuk cerita selanjutnya,klik DI SINI.......

LAGI CERITA TENTANG FULUS PENEROKA DI REMBAT




Cerita ini adalah sambungan daripada cerita sebelumnya....

Bayangkan perasaan peneroka apabila tanah yang diimpi-impikan tidak dapat...ibarat menunggu kucing bertanduk.

Tidak cukup dengan itu,peneroka yang terbabit telah membuat report polis.Peneroka mendakwa Tuan Guru Hadi Awang sendiri yang memberi nombor lot tanah itu kepada mereka.

Akibat daripada pendedahan oleh peneroka itu,EX YB PAKA mengAMUK dengan menafikan perkara itu berlaku dan mahu saman pihak yang berkenaan.

Untuk cerita selanjut,klik DI SINI


'JANJI DI TEPATI" TIDAK MENDAPAT SAMBUTAN DI KUALA TERENGGANU??



Semalam berlangsungnya program JANJI DI TEPATI yang di hadiri oleh Perdana Menteri Malaysia,DS Mohd Najib Tun Abd Razak.

Malangnya program tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan daripada rakyat negeri Terengganu.

Hehehehe.....Tetapi apa yang penulis nak gelakkan adalah ada segelintir kecil budak-budak hingusan belaan PAS agaknya yang muncul dengan memakai baju berlogo "R".Mungkin "R" tu untuk RESIGN HADI AWANG & NIK AZIZ....

Kalau para pembaca tidak percaya program itu tidak mendapat sambutan,klik DI SINI

GEMBAR!!!!!RAJA NAZRIN SOKONG PAS????




Ala baler....tu je yang penulis katakan kepada puak-puak PAS ni...sanggup gunakan RAJA demi politik kotor mereka.

Tetapi Allah Maha Kaya...Allah Maha Mengetahui yang mana HAQ dan yang mana BATIL..

Kepada puak-puak yang minum air kolah cap HADI AWANG,insaflah...jangan terdesak sebab nakkan PUTRAJAYA,sanggup guna apa sahaja sehingga melibatkan TUANKU PEMANGKU RAJA.

Untuk cerita selanjutnya,klik DI SINI

TQ AAKJ..

PEMIMPIN PAS KULUM " BALAK"????


Adui...penulis tidak mahu mengaibkan pemimpin-pemimpin PAS ni sebenarnya...tetapi keadaan memaksa penulis untuk membongkar kegiatan sundal pemimpin-pemimpin PAS di Terenggganu ini...mereka bercakap tentang ISLAM tetapi perangai mereka setan.....adakah pemimpin-pemimpin seperti ini kita mahu jadikan sebagai PEMIMPIN??????

Kenapa pemimpin PAS kulum "BALAK"????klik DI SINI


NIK AZIZ TENAT AKIBAT TERCEKIK DAGING LEMBU DAN AYAM??




Penulis terkejut apabila nik ajiz, seorang tokoh ulamak (konon-konon ulamak la) berkata penerima BR1M di umpamakan seperti AYAM dan LEMBU.

Yang menghairankan penulis kenapa pengikut-pengikut nik ajis tidak meroyan sedangkan mereka juga menerima BR1M.Adakah mereka mengiyakan yang mereka itu AYAM dan LEMBU.Kalau mereka mengiyakan mereka itu AYAM dan LEMBU penulis tidak hairan kenapa mereka sanggup menyokong pemimpin-pemimpin yang ada sejarah PENIPU,LIWAT,ZINA dan KHALWAT semata-mata untuk ke PUTRAJAYA kerana mereka ada otak tetapi tidak ada akal.

Penulis tidak mahu menulis panjang-panjang kerana pembaca mempunyai otak dan akal,tidak seperti pengikut nik ajis yang ada otak tetapi tidak ada akal.Untuk cerita selanjutnya KLIK DI SINI.

p/s:AZHAR IDRUS XNAK KOMEN KE GAMBAR DIBAWAH???