Friday, 27 September 2013

BN TIDAK AKAN BERTANDING?????

PRK Sungai Limau : Peluang Mukhriz untuk buktikan kemampuannya

PULANGNYA Tan Sri Azizan Razak ke rahmatullah semalam, bermaksud berlakunya kekosongan bagi DUN Sungai Limau - kekosongan kedua sejak PRU13 berakhir, selepas DUN Kuala Besut yang kosong selepas kematiannya penyandangnya, berjaya dipertahankan BN Ogos lepas.

Menarik dalam PRK Sungai Limau nanti, Pengerusi Perhubungan BN Kedah yang baru, merangkap Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir akan turut memimpin BN buat pertama kalinya sebagai Jeneral dalam kempen pilihanraya kecil yang dijangka sengit itu nanti.

BN sudah pasti mahu melengkapkan penguasaan di Parlimen Jerai dengan merampas DUN Sungai Limau dari PAS setelah kawasan parlimen itu sendiri berjaya dirampas melalui calonnya Datuk Seri Jamil Khir Baharom dalam PRU13 yang lepas, selain BN berjaya mengekalkan 2 kerusi DUN yang lain (Gurun dan Guar Cempedak).

Kejayaan ataupun kegagalan BN dalam kempen tersebut nanti, pasti memberi kesan kepada peluang Mukhriz dalam persaingannya untuk merebut salah satu jawatan Naib Presiden UMNO dalam pemilihan parti yang bakal diadakan bulan depan.

Ini adalah hakikat yang tidak boleh dielak kerana, walaupun dilantik sebagai Menteri Besar sebaik BN diumumkan berjaya kembali berkuasa di Kedah Mei lepas, Mukhriz bukanlah yang mengetuai jentera kempen BN di Kedah pada waktu itu, sebaliknya Pengerusi Perhubungan BN sebelum beliau, Datuk Ahmad Bashah.

Walaupun dalam masa yang sama, tidak dapat dinafikan faktor pencalonan beliau sebagai Menteri Besar Kedah yang baru sebelum itu, turut memainkan peranan yang tidak kurang besar dalam mencapai kejayaan tersebut.

Tapi kali ini situasinya jelas berbeza,mahu tidak mahu Mukhriz perlu menerima hakikat bahawa corak pentadbirannya berbanding dengan yang lama sudah boleh dilihat dan dinilai rakyat Kedah amnya dan pengundi Sungai Limau khasnya.

Disamping itu, kali ini Mukhriz akan turut berhadapan dengan isu-isu nasional seperti kenaikan harga minyak baru-baru ini yang pasti akan dimanipulasi sehabis mungkin oleh pembangkang, seolah-olahnya kalau PAS berjaya mengekalkan kuasa di DUN Sungai Limau dalam kempen PRK itu nanti, harga minyak akan diturunkan serta merta seperti mana janji Anwar Ibrahim dalam buku Jingga.

Tidak juga, tapi pembangkang peduli apa, yang penting pada mereka ialah menang pilihanraya dan mengekalkan kuasa.

Mungkin kalau ada yang boleh membantu sedikit sebanyak ialah sikap terpuji Mukhriz yang tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda permusuhan dengan Allahyarham Azizan apabila sering kali kelihatan melawat bekas Menteri Besar tersebut sejak Allahyarham mula jatuh sakit. Malah pentadbiran Mukhriz juga secara terbuka mengumumkan akan membantu Azizan sepanjang menjalani rawatan, sesuai dengan kedudukkannya sebagai bekas Menteri Besar.

Pendekatan mulia yang dipilih Mukhriz ini mungkin sedikit sebanyak boleh membantu kempen BN nanti, disamping faktor calon dan isu-isu nasional yang lain seperti yang dijelaskan di atas.

Justeru, yang nyata PRK Sungai Limau nanti pasti akan menjadi medan tempur politik yang menarik selepas PRU13. Kempen kali ini bukan setakat persaingan mencari pengganti Allahyarham sebagai ADUN, tapi juga untuk Mukhriz membuktikan kebolehannya sebagai pencatur politik yang berjaya dan tidak setakat bergantung kepada populariti bapanya, Tun Mahathir Mohamad semata-mata.

Pendek kata, Mukhriz ada terlalu banyak yang nak dibuktikan, kepada rakyat Kedah dan pengundi Sungai Limau terutamanya, selain ahli-ahli UMNO sendiri.

MAT SABU CALON SUNGAI LIMAU????

PRK Sungai Limau : Penentang Azizan jadi calon PAS

TIDAK ramai pemimpin utama Pakatan Rakyat yang hadir ke majlis pengebumian bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Razak semalam. Media rasmi PAS, Harakah sendiri pun menyenaraikan lebih banyak nama pemimpin-pemimpin UMNO hadir bagi memberikan penghormatan terakhir berbanding pemimpin PAS, PKR dan DAP.

Seolah-olah ada boikot besar-besaran bagi menunjukkan rasa ketidak puasan hati masing-masing terhadap Azizan.

Bukanlah satu rahsia, majoriti pemimpin DAP dan PKR termasuk PAS sendiri, menyalahkan Azizan atas tumbangnya kerajaan Kedah pimpinan PAS dalam PRU13 yang lepas. Sikap mesra yang ditunjukkan Azizan kepada semua orang tanpa mengira faham politik, termasuk tidak teragak-agak menyerahkan projek kerajaan negeri kepada pemimpin UMNO, dianggap sebagai kelemahan utama pentadbiran Azizan yang menerbitkan semua rasa tidak puas hati ini.

Cakap pasal DAP, tidak seorang pun pembesar DAP yang kelihatan, tak kiralah yang memang Cina, Cina atau yang Cina nama Melayu, bayang pun tak nampak, walaupun sarang mereka di Pulau Pinang, bersempadanan dengan Kedah. Begitu juga pemimpin utama PKR macam Anwar Ibrahim dan Azmin Ali, turut tidak nampak bayang.

Sedangkan Chin Peng mati di Thailand pemimpin utama DAP & PKR boleh pergi melawat, takkanlah arwah Azizan yang menghembuskan nafas terakhir di Kedah, tidak boleh nak menjengok? Sudah tentu ada yang tidak kena

Apa pun tinggalkanlah cerita itu dulu untuk perbincangan di lain masa.

Hari ini penulis nak menumpukan kepada kecoh-kecoh siapa yang bakal dicalonkan PAS Kedah untuk mengisi kekosongan yang ditinggal Allahyarham di DUN Sungai Limau dalam pilihanraya kecil yang bakal diadakan nanti. Walaupun arwah baru sahaja dikebumikan semalam, itu tidak menghalang segelintir pemimpin PAS negeri dari membangkitkan soal tersebut tanpa rasa bersalah sedikit pun terhadap keluarga Allahyarham.

Ini sendiri pun satu tanda penghinaan ke atas Allahyarham juga, setanding dengan penghinaan serupa yang ditunjukkan pemimpin DAP dan PKR yang memboikot majlis pengebumian Allahyarham semalam.

Kalau ia pun kemaruk berpolitik, sekurang-kurangnya tunggulah sampai beberapa hari selepas Allahyarham selesai dikebumikan dulu. Ini tidak, kubur baru siap gali, masing-masing dah sibuk-sibuk cerita pasal pilihanraya kecil, siap nama bakal calon yang akan diketengahkan pihak-pihak ini nanti.

Betul-betul mentaliti kelas ketiga.

Tapi kalau nak dibahaskan juga, nama bakal calon yang banyak disebut itu pulak, khabarnya ialah salah seorang pemimpin PAS negeri yang diketahui sangat tidak senang dengan Allahyarham sewaktu menjadi Menteri Besar dulu.

Pelik juga, kenapa nama orang yang semacam ini nak diketengahkan sedangkan DUN Sungai Limau bukan setakat kawasan yang diwakili Azizan sejak 1995, malah Allahyarham turut dilahir dan dibesarkan disini.

Adakah ini usaha berterusan pihak-pihak tertentu dalam PAS Negeri yang mahu terus mencemarkan imej Allahyarham, walaupun setelah kematiannya dengan mencalonkan penentang Azizan sebagai calon di kawasan tersebut?

Memanglah dari segi peraturannya tidak salah, tapi politik bukan sekadar mengenai peraturan, tapi rasa hormat dan mengenang jasa bekas pemimpin. Allahyarham mungkin faktor terbesar yang menjadi punca kekalahan PAS dalam PRU13 yang lepas, tapi jangan lupa, kerana beliau jugalah PAS menang buat pertama kali di Kedah pada 2008.

Kalau itu bukan jasa yang layak dikenang dan diberi penghormatan yang sewajarnya, penulis tidak tahu nak kata apa lagi.

Nampaknya benarlah kata Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu semalam yang politik PAS semakin teruk berbanding semasa dia mula menyertai parti tersebut lebih 35 tahun dulu dan persoalan mengenai siapa yang bakal menggantikan Azizan di Sungai Limau - dibangkitkan ketika arwah belum pun dikebu