Monday, 8 April 2013

ANWAR DAN WAN AZIZAH BERCERAI ????



PANAS BERAPI! PEPERANGAN ANWAR DAN WAN AZIZAH YANG SEMAKIN MERUNCING! WAJIB BACA

Wan Azizah sudah tidak ikut Anwar dengan Jelajah Merdeka Rakyat tour dia. Kalau kita tanya ANWAR mana Wan Azizah nanti dia boleh cakap Kak Wan tak sihat perlu rehat di rumah. Biasa la Anwar kan dengan macam-macam alasan. Kalau kita tanya banyak nanti dia kata "U ULANG I SAMAN".

Secara logiknya, takkan la Presiden Parti ni tak ikut sama kan? Korang nak tau apa yang terjadi sebenarnya? Aku diberitahu dari orang yang rapat dengan Anwar atau lebih tepat lagi 'inner circle' Anwar bahawa mereka tiga beranak ni sedang ada masalah. Mereka sedang berperang. Anwar vs team Izzah dan Azizah.

Menurut member aku ni, Nurul Izzah dan Wan Azizah mahukan PKR menjadi sebuah parti politik yang sebenar yang menjadi pihak ketiga dalam memantau ketelusan kerajaan, dan mereka berdua tak nak PKR hidup dalam bayang-bayang Anwar Ibrahim. Senang cerita Izzah dan Azizah tau Pakatan tak boleh menang jadi mereka mahu menjadi pembangkang yang boleh pantau kerajaan la.

So, Izzah dan Kak Jijah tidak suka kepada imej Anwar yang banyak konflik dan masalah moral yang menjadi liabiliti kepada PKR dan mereka cuba nak ketepikan Anwar., tetapi mengenali Anwar ni, dia tak mahu berganjak dari PKR. Dia tetap mahu berada disana walau dia tahu semua ahlul PKR menyampah dengan dia kerana kena pertahankan nafsu buas dia.

Azmin Ali pula bila mendengar rancangan Izzah dan Azizah ni, dia bercadang untuk menjadi presiden PKR. Maka bermulalah konflik yang maha hebat lagi. Kita semua dah tahu Azmin punya team nak rampas kuasa dalam PKR dari dulu lagi, tak berpeluang.

Kali ini Azmin ambik kesempatan dari konflik Anwar, Izzah dan Azizah. Sebab Azmin and the gang nampak permasalahaan ini sudah terlampau serius. Dia sedang cuba habis-habisan untuk merampas kuasa sebelum hari pengundian. Dia akan lakukan apa saja supaya Izzah dan Azizah ditendag keluar dari PKR.

Tetapi, Azmin dah lupa pengaruh Izzah dan Azizah tak kurang hebatnya, mereka tidak suka Azmin Ali sebab moral dia pun adalah liabiliti kepada PKR. Aku percaya korang semua dah tahu betapa bencinya Azizah pada Shamsidar kan? Azizah memang tak boleh terima Azmin namun dia terpaksa kena hadap jga sebab suami ANUGERAH TUHANnya sayangkan Azmin lebih dari dia.

Keadaan bertambah parah bilamana Izzah dan Azizah telah mendapat 'feedback dari grassrot tentang hal ini, so lagi dekat nak PRU ni lagi la mereka pening kepala kerana grassroot tidak mahu campurtangan Anwar yang boleh membawa kekalahan kepada perjuangan mereka. ANWAR SUDAH MENJADI LIABILITI kata mereka.

Suka atau tidak inilah hakikat yang sedang berlaku sekarang ini, malah khabarnya pertengkaran demi pertengakaran juga selalu berlaku diantara Anwar dan Azizah. Nampaknya jiwa Azizah sudah tak boleh nak terima lagi segala macam perbuatan Anwar yang terlampau ini. Tapi wayang perlu diteruskan juga dihadapan rakyat. Takat mana Azizah boleh bertahan kita tak tau.

Wahai rakyat Malaysia, adakah kamu mahu pemimpin sebegini atau lebih tepat lagi parti sebegini menjadi pemerintah kamu? Keluarga sendiri sudah hancur, cuma berlakon nampak ok depan rakyat tetapi pada hakikatnya dibelakang retak menunggu belah je ni. Anytime boleh meletop ni!

Esok kalau depa perintah, kita kena lihat mereka berbalah sama sendiri sampai terencat la segala macam keperluan rakyat! Jangan dilupa apa isi kandungan surat Wan Azizah kepada Tun M hinggakan Tun M kata terlalu peribadi untuk dia dedahkan isi kandungan surat tu. Walau Anwar dan penyokong dia hina macam-macam kat Tun, orang tua tu tetap tutup aib Anwar ni.

Hati-hati pembaca sekalian, aku dapat info ini dari orang dalaman, mereka sendiri dah semakin meluat dan menyampah dengan perbalahan anak beranak ini sebenarnya, mereka ni pun bukanlah nak simpati sangat kat Wan Azizah tu sebab mereka kata kalau dari dulu Azizah tak bagi muka kat Anwar maka takde la Anwar nak jadi gila macam ni.

Jangan la korang simpati dengan Wan Azizah mahupun Nurul Izzah ni, sebab kalau mereka betul sayangkan negara maka mereka sepatutnya tampil kehadapan dan selamatkan negara dari dimusnahkan oleh manusia yang gilakan jawatan PM ini. So berhati-hatilah dengan muka cari makan mereka ni ok.

Samada korang nak percaya atau tidak itu terserah, aku dah sampaikan tanggungjawab aku. Ada akal fikir dan janganlah menjadi pencacai yang ikut sahaja dan halalkan segala perbuatan yang salah ok

No comments:

Post a Comment