Showing posts with label SELANGOR. Show all posts

Tuesday, 23 September 2014

MB BARU SELANGOR BAKAL DISERANG????

Skandal Rasuah Azmin Ali Dan Shamsidar Didedahkan

KENYATAAN ASAL OLEH BEKAS PEGAWAI KANAN BPR (SPRM)
————————–
Saya adalah seorang bekas pegawai kanan BPR yang terlibat di dalam penyiasatan kes terhadap Azmin Ali dan isterinya Shamsidar pada tahun 1995. Saya rasa terpanggil untuk mendedahkan bagaimana ‘corrupt’ seorang bernama Anwar Ibrahim dan Azmin Ali di mana kedua-duanya kaya raya dan malah cerita Shamsidar merupakan gundik Anwar pada saya bukanlah suatu yang mengejutkan kerana telah lama perkara ini berlaku.

Hanya orang yang pekak, buta dan tuli sahaja yang sengaja mengatakan segala cerita ‘corrupt’ dan juga skandal seks mereka sebagai suatu cerita rekaan atau konspirasi.

Disini saya hendak menunjukkan contoh bagaimana seorang Ketua Pengarah BPR ketika itu, iaitu Datuk Shafee Yahaya kononnya seorang yang baik, berintegriti, pernah mendedahkan kononnya Dr Mahatir menengkingnya dalam kes Hassan Abul (Pegawai BNM) dan kemudian buat buku pula yan menunjukkan bagaimana baiknya dia.

Tapi dalam diam dan ramai orang BPR tahu dia telah menghentikan siasatan kes Azmin Ali setelah mendapat arahan Anwar. Kalau Datuk Shafee betul-betul bersih saya tabiklah. Tapi nak saya bongkarkan ke kisah Datuk sebelum Datuk jadi KP BPR? Maka Datuk Shafee tolonglah jangan nak komen apa-apa selepas pendedahan ini.

KRONOLOGI KES
Siasatan kes ini bermula daripada satu maklumat (yang di tandakan sebagai Lampiran A). Pemberi maklumat menyatakan dengan jelas pemilikan harta Azmin Ali yang ketika itu 1995 hanyalah Setiausaha Sulit (SUS) Anwar yang bergaji lebih kurang RM2400/=. Kalau sekarang beliau hanyalah gred 41 sahaja di dalam Perkhidmatan Awam.

Ekoran daripada itu, satu report polis telah dibuat bagi membolehkan BPR menjalankan siasatan (lihat Salinan Repot yang ditandakan sebagai Lampiran B). Repot yang dibuat adalah bertarikh 24.5.1995.

Ekoran itu, satu minit ringkas dikemukakan oleh Allahyarham Basri bin Idris sepertimana Lapiran C berkembar. Ia menunjukkan pemilikan harta Azmin sejak 1991 – 1995, antara lain memiliki sebuah BMW 325i, Proton Wira 1.6 Xli, Proton Satria 1.6 Xli. Proton Perdana 2.0 SE, 1000 saha,m Hicom, sebuah rumah No. 23, Jalan 1/4D Bukit Mas, Taman Melawati seluas 8500 sqft. Hebatkan? BPR siasat ke?

Atas arahan Datuk Shafee (lihat minit no. 2), pegawai penyiasat diarahkan supaya tidak memohon Notis Pengisytiharan Harta yang sepatutnya di keluarkan di bawah seksyen 23 Akta Pencegahan Rasuah 1961 kepada Azmin Ali.

Tuan-tuan semua tahu, kalau dalam keadaan biasa, bukan setakat notis, tetapi Azmin sudah tentu akan ditahan untuk siasatan BPR. Knowing how BPR’s style of work. Besar atau tidak pangkatnya Azmin yang hanya gred biasa dalam perkhidmatan awam ketika itu, Pengarah Siasatan diarah oleh Datuk Shafee supaya berjumpa sendiri Azmin di pejabat TPM (siapa lagi kalu bukan Anwar Ibrahim) dan meminta Azmin mengemukakan pengisytiharan secara sukarela.

Now, what is the legal implication when Azmin voluntarily declare his asset? Meaning to say he is not bound for any criminal prosecution under Prevention Corruption Act and Penal Code if the Public Prosecutor satisfy as to how Azmin having an unexplain excessive property.

Diketika itu, kami yang terlibat di dalam penyiasatan merasakan amat pelik dan juga frustrated dengan arahan yang dikeluarkan oleh Datuk Shafee.

Namun saya amat merasakan bagaimana Arwah Basri Idris meneruskan usahanya bagi memperoleh Notis Pengisytiharan Harta itu (limat minit No. 2 bertarikh 20/6/1995) bagi membolehkan siasatan diteruskan untuk memeriksa pengaliran wang dalam akaun-akaun Azmin Ali (quoted as YDS at para 6 of the minutes).
Usaha mendapatkan Notis Berjaya dan lihat Minit-Minit bil 4 – 9 dan Kertas Siasatan dirujuk kepada Datuk Shafee pada 8 Mei 1996.
Rujuk minit 10, lihat bagaimana Datuk Shafee mahu kes ini dirujuk kepada TPM dengan minitnya bertarikh 9/5/1995. Apakah integrity BPR ketika itu di bawah pimpinan beliau yang mana Datuk Shafee sering menekankan integrity di kalangan kami. Akhirnya lihatlah minit bil 15, Kertas Siasatan dikemukakan kepada Datuk Shafee bertarikh 12/9/1996 oleh Dato’ Mohd Zawawi Nordin, Timbalan Ketua Pengarah BPR ketika itu. Beliau secara jelas memberitahu harta Azmin adalah diluar kemampuannya.

Dramatiknya selepas itu, Kertas Siasatan ini terpendam atau dipendam macam jeruk oleh Datuk Shafee atas arahan Anwar Ibrahim.

Sehinggalah pada 23/9/1997 (setahun lebih), tiba-tiba Datuk Shafee has violated a law when personally instructed this investigation to be closed. Minit beliau berbunyi (rujuk minit 16) “Telah maklumkan kepada YAB TP” dan beliau menulis “KUS”. Perkataan KUS bermakna Kemas Untuk Simpan. Ia adalah terminology yang digunakan oleh BPR dan Polis apabila suatu siasatan itu telah siap dan tiada tindakan lanjut.

Perbuatan Datuk Shafee ini melanggar undang-undang jenayah di bawah Kanun Tatacara Jenayah dan juga Perlembagaan Persekutuan kerana beliau tiada hak untuk mengarah suatu siasatan dihentikan melainkan arahan Pendakwaraya. Namun oleh kerana terlalu taksub kepada Anwar Ibrahin he has betray his own agency dan terutamanya Rakyat Malaysia.

Di bawah ini tuan-tuan bolehlah tatapi pengisytihatan harta secara sukarela Azmin Ali dan di dalam fail siasatan BPR bernombor 15/5/1995. Datuk Shafee telah hilangkan Notis Pengisytiharan Harta dan juga pengisytiharan harta Azmin Ali.

Pengisytiharan harta secara secara sukarela Azmin Ali dapat tuan-tuan baca daripada fakta kes Pegawai Penyiasat yang saya tandakan Lampiran D. Jangan tuan-tuan buta, cek-cek yang masuk dalam akaun Shamsidar sahaja ketika itu sudah melampaui RM7 juta lebih. Seorang suri rumahtangga amat kaya dan dikayakan oleh Anwar.

Sebab itu apabila Anuar Shaari memberi dokumen-dokumen pemilikan saham Shamsidar dan Azmin untuk siasatan lanjut, apakah masyarakat buta? Saya dapat download dokumen-dokumen itu melalui website dan silalah baca sendiri.

Orang seperti Datuk Shafee telah merendahkan martabat BPR dan lihat penyamun yang diselamatkannya ketika itu menjadi penderhaka kepada Negara. Banyak kerosakan telah dilakukannya. I need not to explain more about this. Hanya orang yang buta, pekak dan tuli akan jadi bahalol dunia seperti Datuk Shafee.
Kes ini melibatkan satu siasatan oleh BPR ke atas Azmin Ali Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar dan isteri Azmin, Shamsidar (hanyalah seorang surirumah) pada tahun1995.

Siasatan dibuat ke atas Azmin kerana dikatakan mempunyai harta peribadi yang banyak hasil daripada perlakuan rasuah yang dilakukan semasa memegang jawatan Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar pada waktu tersebut. Ketika Anwar adalah Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan Malaysia.

Berdasarkan maklumat dan repot polis yang diterima, satu Kertas Siasatan telah dibuka bernombor BPR/KS: Semasa siasatan dibuat mendapati gaji Azmin hanya RM2,442.00 sebulan tetapi mampu untuk membeli 2 buah rumah iaitu;

Rumah pertama: double storey banglow di Setapak harga RM284,118 dengan deposit sebanyak RM14,181 dan bayaran bulanan sebanyak RM3,376.75.

Manakala rumah kedua: rumah berkembar di Taman Melawati harga RM210,000 dengan deposit sebanyak RM60,000 dan bayaran bulanan sebanyak RM1,110.35.

Jika dicampurkan kedua bayaran bulanan ialah sebanyak lebih kurang RM4,500.00. Ini sahaja dah menunjukkan hutang Azmin melebihi sekali ganda gaji bulanan beliau. Di mana Azmin mendapat wang tambahan untuk menampung bayaran hutang ini?
Bukan itu saja, tak mungkin semua gaji Azmin di gunakan untuk membayar hutang rumah? Bukankah ini sahaja dah mencukupi menunjukkan Azmin mempunyai pendapatan yang lain. Itu tidak diambil kira lagi dimana Azmin mendapat wang untuk membayar wang deposit rumah-rumah tersebut.

Siasatan yang dijalankan oleh BPR juga membuktikan Azmin memiliki 2 buah kenderaan iaitu;
BMW no plat BBN 3 berharga RM160,529.85.81 dimana bayaran deposit sebanyak RM120,529 dan bayaran bulanan pula sebanyak RM875 sebulan.

Kereta kedua pula Proton Perdana no plat WDU 64 berharga RM80,767.81 dengan ansuran bulanan sebanyak RM700.
Jika kita lihat komitmen bulanan bagi kedua kereta ini ialah lebih kurang RM1,700. RM1,700 pada ketika itu nilai yang besar. Mana tak nya kalau dilihat gaji setiausaha sulit TPM pun pada masa tu baru RM2 ribu lebih.

Saham yang dimilik oleh Azmin dan isterinya juga umpama seorang bisness man. Cuba kita lihat bagaimana isteri seorang penjawat awam mempunyai saham di dalam pasaran saham dengan nilai keseluruhan melebihi setengah juta.

Itu tak termasuk baki-baki didalam akaun bank yang pernah satu ketika mencecah RM300 ribu lebih. Cuba lihat keadaan yang saya nyatakan di atas. Adakah kita mempercayai penjawat awam boleh hidup dengan sedemikian?

Tetapi perkara yang paling membingungkan saya apabila BPR menutup kes ini? Sedangkan memang jelas Azmin dan isterinya mempunyai harta yangberlebihan yang tidak setimpal dengan pendapatannya.

MENGAPA SIASATAN BPR DIHENTIKAN? SIAPA YANG MEMPUNYAI KUASA UNTUK MEMBERHENTIKAN SIASATAN INI?ADAKAH ORANG YANG MEMBERHENTIKAN SIASATAN INI BERSENGKOKOL DENGAN AZMIN ATAUPUN TAKUT KEPADA PEMIMPIN PADA MASA TERSEBUT?

Untuk makluman, pada waktu itu Ketua Pengarah BPR adalah Dato Shafee Yahya. Dengan nyata skali KP BPR telah membuat satu keputusan yang tak relevan bilamana menghentikan siasatan ini. Apa sebenarnya yang berlaku? Jika kita tunjukkan perkara ini kepada budak sekolah pun mereka dapat menilai bahawa tak mungkin dengan gaji RM 2 ribu lebih sebulan mampu mempunyai gaya hidup mewah seperti Azmin.

TETAPI kenapa Dato Shafee menghentikan siasatan ini? ADAKAH kerana bersengkongkol? Favouritism? Mengikut telunjuk pemimpin seperti kerbau dicucuk hidung? Ataupun samada dah NYANYUK?
Kite cuba renung-renungkan kembali berkaitan dengan perkara ini dan lihatlah lampiran-lampiran yang diupload besama. Ingatlah hidup ini hanya perjalanan yang sementara sahaja. Jangan ingat kita terlepas untuk selama-lamanya.

COPYPASTE DARI :KLIK DISINI

KHALID IBRAHIM SOKONG AZMIN ALI DILANTIK SEBAGAI MB SELANGOR YANG BARU????

Kemelut isu siapa mb selangor terurai apabila azmin ali bakal dilantik sebagai mb selangor yang baru.Di khabarkan istiadat sumpah jawatan dan ikrar aku janji serta akan diadakan pada hari ini.

Persoalannya adakah ini anwar ibrahim dan wan azizah menyokong perlantikan ini???

*bye-bye khalid ibrahim

Saturday, 16 March 2013

FAEKAH ADA SKANDAL DENGAN TUN M????

Faekah Hussin, Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor telah menulis surat terbuka kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed, bagi menangkis kenyataan negarawan tersebut bahawa hak keistimewaan orang Melayu serta kesucian agama Islam akan terancam sekiranya Pakatan Rakyat terus berkuasa di Negeri Selangor.

Kata Faekah, kenyataan tersebut melampaui batas, celupar dan menunjukkan yang Tun Mahathir ketinggalan jauh dari perkembangan politik semasa selain menghina Institusi Agama dan Raja di Selangor.  

Lebih menarik, Faekah juga seolah-olah khuatir yang kenyataan tersebut akan menjadi liabiliti kepada slogan 1Malaysia yang dipromosi oleh BN.  

Faekah memulakan warkah terbukanya dengan membentangkan penghormatan tertinggi dan kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada Sultan-sultan yang menjadi pengawal kesucian agama Islam, sambil menekankan kedudukan Klang sebagai Bandar DiRaja, iaitu tempat di mana Tun Mahathir membuat kenyataan tersebut, bagi menunjukkan sanjungan Pakatan Rakyat terhadap Institusi Raja-raja Melayu.  Katanya, PR menyerahkan semua urusan agama Islam kepada Majlis Agama Islam Selangor dan Jabatan Agama Islam Selangor tanpa sebarang campurtangan politik.  

Faekah mengemukakan bukti-bukti peruntukan yang tinggi untuk masjid, sekolah agama, elaun guru KAFA sebagai menguatkan hujah yang PR tidak meminggirkan kesucian agama Islam.   Selain itu, Tun Mahathir juga dituduh Faekah sebagai menghina pembelajaran agama, memperlekehkan aktiviti qiamullail tetapi berlagak sebagai jaguh agama.  

Faekah juga tidak segan silu menghina perkataan ‘mantan’ sebagai membawa maksud tidak relevan lagi.   Entah ‘ulama’ mana yang dirujuk Faekah yang mengajar perkara ini, kita tidak tahu tetapi benarlah bahawa ‘hanya jauhari yang mengenal manikam’ iaitu hanya yang bijaksana yang mampu mengenali dan menghargai kebijaksanaan.   

Allah SWT telah mengingatkan kita bagaimana manusia sebelum kita menolak seruan Nabi agar belajar dari sejarah mereka-mereka yang terdahulu yang telah menafikan ajaran Nabi-nabi yang diutuskan kepada mereka, telah dihancurkan kerana keangkuhan dan kesesatan tersebut.  

Manusia yang sesat dan kehilangan arah selalunya adalah manusia yang membelakangkan sejarah dan pandangan orang-orang yang berjasa dan berpengalaman.   Mereka inilah manusia yang bodoh dan angkuh.  Maka jelaslah sudah bahawa Faekah bukanlah ‘jauhari’.  

Dengan memperlekehkan Tun Mahathir, yang diiktiraf sebagai pemimpin agung bertaraf dunia maka maka tidak hairanlah Faekah kini sesat kerana kebodohannya.  

Kita ingin bertanya Faekah, sejak bila PR menghormati Sultan, mahupun YDP Agong?  

Bukankah ADUN PKR yang menempelak Sultan dengan mendakwa jawatan SUK tidak memerlukan perkenan Sultan Selangor dan dengan biadapnya menyuruh baginda agar mengikut sahaja keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN)? 

Jika benar PR menjunjung Institusi Raja-raja, kenapakah kerajaan Selangor gagal menepati protokol apabila tiada seorang pun Pegawai Tinggi Kerajaan termasuk Menteri Besar sendiri hadir menyambut Permaisuri Agong ketika perasmian Festival Lagu-lagu Islamik Antarabangsa pada 4 Julai 2010?  Malah kerajaan Selangor langsung tidak menghebahkan majlis tersebut sehingga tidak mendapat hadirin yang mencukupi?

Pada bulan April 2010, Sultan Selangor telah menitahkan agar tindakan tegas diambil terhadap pihak yang menggunakan masjid untuk berpolitik.  Tetapi titah tersebut telah disanggah oleh Nik Aziz dalam satu sidang media keesokannya, dengan berkata, “Siapa ajar tidak boleh cakap politik dalam masjid. Ini ajaran karut yang ditinggalkan Inggeris dan digunakan oleh Muslim.  Sungguh dukacita, inilah politik, ini kerja saki baki ajaran penjajah Barat yang mengasingkan agama dan politik." 

Ini adalah antara bukti penderhakaan PR terhadap Sultan, maka masihkan Faekah ingin menipu kononnya parti itu sentiasa taat setia kepada Sultan dan mempertahankan Raja-raja Melayu?  Apa Faekah ingat rakyat tidak tahu bahawa antara perjuangan utama DAP ialah untuk menghapuskan Institusi Raja-raja Melayu?   Atau Faekah sahaja yang tidak tahu?   

Maka salahkah jika Tun Mahathir memberi amaran tentang bahayanya parti PR kepada nasib orang-orang Melayu dan agama Islam?  

Tun Mahathir bukan graduan bidang agama, begitu juga Faekah.  Namun, Tun Mahathir layak diberi gelaran ‘ulama’ yang bermaksud ‘orang yang berilmu’, manakala Faekah adalah jauh panggang dari api untuk gelaran itu.   Ini kerana jasa dan kebijaksanaan Tun Mahathir telah terbukti terbentang di hadapan mata, di seluruh pelusuk negara.  Pemikiran Tun Mahathir pula dijadikan rujukan oleh pemimpin dan cendekiawan seluruh dunia.  Sedangkan Faekah nampaknya langsung tidak mampu berfikir.

Segala apa yang difahami oleh Faekah tentang kritikan Tun Mahathir mengenai pembelajaran agama menunjukkan kedangkalan dan kejahilan Faekah dalam memahami isu agama dan pemikiran Tun Mahathir secara mendalam.  Faekah harus faham bahawa bukan semua yang memakai nama agama itu tidak boleh dikritik dan bukan semua yang bersalut ‘logo’ agama itu benar dan baik.  

Sekolah-sekolah agama sejak di era pemerintahan Tun Mahathir telah terbukti menjadi kilang mengeluarkan produk ekstrem dan bingung yang akhirnya tidak membawa kebaikan kepada manusia mahupun negara.  Sauk dan Memali adalah antara bukti jelas yang boleh dijadikan rujukan.  

Lebih buruk, produk sekolah ini menjadi pengacau atau pemusnah kepada segala kebaikan yang ada. Ini kerana sebahagian besar dari sekolah-sekolah ini tidak mengajar agama Islam yang sebenar-benarnya, tetapi cenderung membasuh pemikiran kanak-kanak dengan fahaman politik parti sekutu PR, iaitu PAS, yang ternyata sempit dan menyesatkan. 

Asas agama Islam iaitu kasih sayang dan nilai-nilai murni peradaban, serta kepentingan mempelajari ilmu dunia bagi melengkapkan diri untuk menjadi Khalifah, telah diabaikan hampir secara sepenuhnya di sekolah-sekolah agama ini.   Justeru, walaupun mereka ini semua mampu menghafal segala macam doa dan juga Al-Quran, kita perlu mengakui pahitnya kebenaran bahawa bukan lagi sesuatu yang asing hari ini apabila mendengar berita berkenaan produk dari sekolah-sekolah ini terlibat dalam aktiviti samseng, zina, buang bayi malah aktiviti songsang.  

Inilah yang ditegur oleh Tun Mahathir iaitu belajar agama dengan mengutamakan hukum-hakam, tanpa terlebih dahulu menghayati asasnya seperti mengenal dan mencintai Allah SWT bagi membentuk hati yang ikhlas, jujur yang menjamin hubungan yang baik antara sesama manusia demi kebaikan seluruh alam.   

Kewujudan sekolah-sekolah agama sebegini tentulah harus dikekang sebelum negara dipenuhi dengan manusia-manusia yang celaru, keliru dan buntu dalam mencari arah hidup mereka sementara menunggu ajal menjelma.   Mana tidaknya, apabila sebahagian besar dari mereka didapati tidak mampu mencapai keputusan yang cukup baik untuk meneruskan pengajian ke peringkat tertinggi.   Antara segelintir yang mampu pula, sebahagian besarnya terkandas separuh jalan.  

Sebahagian yang lain pula memilih untuk meneruskan pengajian di negara-negara yang turut mengalami kekeliruan yang sama, sambil mencampur-adukkan pula antara budaya dengan ajaran agama.  

Apabila kesemua mereka pulang ke Malaysia, mereka tidak punya kelayakan untuk bekerja di dalam mana-mana sektor pun.  Satu-satunya bidang mereka ialah agama-politik.  Akhirnya, walaupun kurang kelayakan, mereka terpaksa menjadi guru agama, atau membuka sekolah agama sendiri yang dan mengajar agama mengikut kefahaman mereka sepertimana yang diajar oleh sekolah-sekolah agama politik mereka dahulu. 

Lalu kekeliruan mengenai agama pun berkembang biak apabila semakin ramai ibubapa yang inginkan anak mereka mendekatkan diri dengan agama memilih untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah milik produk-produk ini.  Selama itu juga, tiada siapa yang berani mempersoal atau mengkritik ajaran mereka ini dan segala apa yang diajar, ditelan sebagai benar hanya kerana mereka menggunapakai nama ‘agama’.    

Kerana itulah kita tidak hairan apabila masalah moral turut meningkat sejajar dengan meningkatnya jumlah sekolah-sekolah agama ini sepertimana yang dibanggakan oleh Faekah.    

Dan sekiranya Faekah mampu berfikir lebih dalam sedikit, maka beliau mungkin faham bahawa masalah MURTAD yang semakin parah di Selangor juga sedikit sebanyak berpunca dari kekeliruan yang dibawa oleh produk-produk sekolah agama-politik ini.  

Sikap ‘orang agama’ yang lahir dari sekolah tadi, jarang sangat menepati ciri-ciri Islam dan inilah yang menjadi antara punca Islam diragui.  Sikap mereka yang gemar menghukum, menyindir dan menghina orang yang dianggap jahil menyebabkan golongan yang sedang ‘mencari’ agama menjadi cuak sehingga memilih untuk lari dari Islam dalam mencari ketenangan atau kebenaran.   Selain itu, amalan agama yang berkisar soal hukum hakam sahaja, tanpa ditanam asas yang kuat, menyebabkan ramai anak muda walaupun cukup arif tentang hukum-hakam dalam Islam, turut mudah dipesongkan akidahnya sehingga menjadi murtad.    

Tun Mahathir jelas telah menganalisis dan mengkaji perkara ini secara mendalam dan dari segi jangka masa panjang, yang mana otak Faekah tidak mungkin mampu melakukannya.   

Walaupun tidak mampu berfikir sejauh itu, tidak perlulah Faekah pura-pura tidak tahu bagaimana bossnya, Khalid Ibrahim telah tanpa berfikir dua kali memilih untuk menempelak Jabatan Agama Islam dan membela gereja apabila kes MURTAD didedahkan.    Dan tidak perlulah Faekah pura-pura lupa bahawa Datuk Dr. Hasan Ali yang merupakan antara yang paling lantang mempertahankan akidah umat Islam, telah ditekan dari berbagai sudut sehingga akhirnya terpelanting keluar dari PAS dan kepimpinan PR Selangor, semata-mata ingin mempertahankan Islam.  

Isu Kalimah Allah juga menunjukkan betapa PR tidak mampu mengekang ancaman terhadap Islam oleh DAP.  PKR secara terbuka menyokong penggunaan Kalimah Allah di dalam kitab Injil walaupun tahu bahawa tujuannya adalah untuk memudahkan puak Kristian memurtadkan umat Islam.  Manakala PAS pula tidak mampu bersuara tegas dan masih berdolak dalih mengenainya dengan bercakap berlainan rentak di hadapan DAP, di hadapan pengikutnya dan  di dalam media perdana.  

Entah apa keputusan PAS sehingga kini kita masih tidak mendapat jawapan yang pasti, kerana jika mengikut Majlis Syura, larangan hanya termaktub ke atas ahli PAS sahaja di mana DAP atau siapa sahaja yang bukan ahli PAS, tentulah boleh menggunakan Kalimah Allah di dalam kitab Injil dan apa jua kitab agama.  Namun, bila diajukan dengan kenyataan tersebut kepada PAS, mereka menafikannya pula.  

Oleh itu, tidak usahlah Faekah bersusah payah memetik angka untuk menunjukkan PR turut mempertahankan agama Islam, tetapi lebih baik Faekah menjelaskan bagaimana peningkatan peruntukan dan jumlah sekolah agama itu turut seiring dengan peningkatan kes murtad, dan pertumbuhan pusat hiburan dan maksiat di Selangor?

KREDIT TO:http://malaysia-instinct.blogspot.com/