Showing posts with label Bersih. Show all posts
Showing posts with label Bersih. Show all posts

Wednesday, 15 January 2014

B.E.R.S.I.H SIA-SIA.....????


Akhirnya DALANG Himpunan Jalanan Mengakui Demo Tak Mampu Selesai Masalah



Setelah menganjurkan pelbagai siri himpunan jalanan yang menyusahkan majoriti rakyat, menyukarkan penjaja kecil untuk berniaga, merosakkan harta benda awam dan sebagainya NGO Bersih akhirnya mengakui tindakan tersebut tidak akan menyelesaikan masalah.

Menurut Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah menegaskan bahawa demonstrasi tidak akan menyelesaikan semua masalah dan kepincangan sistem pilihanraya negara.

"Tetapi sekarang pilihanraya seterusnya hanya akan berlangsung dalam masa lima tahun. Kita perlu bina semula momentum itu dan demonstrasi juga tidak akan menyelesaikan semua (kepincangan pilihanraya).

"Kita mungkin akan dapat publisiti tetapi akhirnya yang paling penting adalah apakah kesan daripada perhimpunan itu?," katanya dalam satu wawancara dengan portal pembangkang.

Maria turut mengatakan, dia juga bimbang dengan sambutan orang ramai yang "penat" apabila kerap turun ke jalanraya untuk berhimpun sebelum ini.Katanya, dia turut merancang agar Bersih "berundur selangkah ke belakang", untuk melihat usaha yang telah dilakukan sebelum ini.

Dalam erti kata mudah, setelah melakukan pelbagai kerosakan dan mewujudkan persepsi buruk rakyat terhadap kerajaan, mereka mengakui himpunan jalanan tidak mampu untuk menyelesaikan masalah yang ada.

Persoalannya ialah, sekiranya ia tidak mampu menyelesaikan masalah mengapa mereka begitu bersungguh-sungguh menganjurkan pelbagai siri himpunan? Apakah kerana sekadar untuk bersukaria, atau sekadar memenuhi tuntutan penderma asing yang telah menyalurkan dana untuk menumbangkan kerajaan?

Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari sebelum ini berkata, golongan terbabit telah dibiayai oleh pertubuhan luar negara yang mempunyai agenda mahukan seorang pemimpin yang mengikut telunjuk mereka menerajui Malaysia.

"Parti Keadilan Rakyat (PKR) sendiri secara langsung menerima tajaan dari Institut Demokrat Kebangsaan (NDI) dan Institut Republikan Antarabangsa (IRI) bagi membiayai program latihan pemimpin dan ahli mereka.

"Malah, (mantan) Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga dan ramai pemimpin PKR telah hadir atau dihantar menyertai kursus dan program dua badan itu di serata dunia yang mempromosi kebebasan dan keadilan ala Amerika Syarikat (AS)," katanya kepada pihak media sebelum ini.

Paling menarik, ia turut diakui sendiri oleh NGO tersebut yang mengesahkan telah menerima sumbangan sebanyak RM90 ribu bagi tujuan menganjurkan perhimpunan Bersih.

-blue bear-

Saturday, 14 September 2013

SAMSENG BERSIH KENA PENJARA....???SAMSENG TAIK KUCING....

KUALA LUMPUR 13 Sept. - Seorang lelaki dihukum penjara setahun dan denda RM5,500 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah didapati bersalah atas tiga pertuduhan termasuk mencederakan seorang wartawan stesen TV AlHijrah semasa perhimpunan Bersih 3.0, tahun lalu.

Hakim Mahmud Abdullah memutuskan demikian setelah pihak pendakwaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap Mohd. Safuan Mamat @ Nordin, 26, di akhir kes pembelaan.
Beliau memerintahkan bagi pertuduhan pertama, lelaki yang bekerja sebagai penoreh getah itu dihukum penjara setahun dan denda RM3,000 manakala pertuduhan kedua, dia dipenjara tiga bulan dan denda RM2,000. Bagi pertuduhan ketiga, tertuduh dihukum penjara sebulan dan denda RM500.

Beliau turut memerintahkan hukuman itu dilaksanakan serentak bermula hari ini dan tambahan penjara enam bulan lagi jika tertuduh gagalmembayar denda tersebut.

Mohd. Safuan didapati bersalah atas tuduhan merosakkan kenderaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggunakan kon semasa mengambil bahagian dalam rusuhan di Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini pada pukul 3.50 petang, 28 April 2012.
Dakwaan terhadapnya dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Haffiza Jemali mengikut Seksyen 440 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda.

Dia juga didapati bersalah menggunakan kekerasan dengan mendatangkan kecederaan terhadap Konstabel Mohamad Kamil Paiman ketika perhimpunan itu di tempat, masa dan tarikh yang sama. Bagi pertuduhan itu dia didakwa mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Dia turut didapati bersalah menyebabkan kecederaan terhadap wartawan stesen TV AlHijrah, Mohd. Azri Mohd. Salleh, 29, di tempat masa dan tarikh sama sama.

Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya. Dalam rayuan sebelum hukuman dijatuhkan, Mohd. Safuan yang diwakili
peguam, Dr. Zulqarnain Lokman memohon hukuman ringan atas alasan anak guamnya secara sukarela telah menyerah diri kepada pihak polis walaupun semasa kejadian banyak individu lain yang terlibat.

Katanya, anak guamnya yang hanya berpendapatan RM500 sebulan tidak pernah gagal menghadiri perbicaraan walaupun terpaksa berulang alik dari Terengganu.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan permohonan tertuduh untuk mengantung hukuman tersebut dengan menambah jumlah jaminan daripada
RM1,000 kepada RM9,000.

-utusan malaysia-