Showing posts with label NAJIB RAZAK. Show all posts
Showing posts with label NAJIB RAZAK. Show all posts

Wednesday, 15 January 2014

ARTIS MENGAMUK KERANA MAKAN KANGKUNG BANYAK SANGAT..


Pembangkang Sengaja Putar-Belit Isu Kangkung Untuk Alih Perhatian Rakyat




Penyanyi nasyid tersohor tanah air, Hafiz Hamidun hari ini menyelar para pengguna media sosial yang begitu ghairah menggunakan isu #kangkung ketika memuatnaik status di laman media sosia lseperti Facebook, Twitter dan Instagram mereka.

Beliau yang juga merupakan bekas anggota kumpulan nasyid UNIC, itu melahirkan rasa kesal di atas sikap segelintir masyarakat yang sengaja menggunakan isu remeh itu, berbanding cerita mengenai kelahiran junjungan besar umat Islam Nabi Muhammad SAW.

“Nampaknya kita lebih gemar ‘share’ cerita kangkung dari cerita MaulidurRasul. Salam MaulidurRasul” luahnya di laman Twitter miliknya semalam.

Paling menarik, status tersebut turut dikongsikan hampir 400 orang peminatnya sebagai tanda bersetuju dengan kenyataan tersebut dan seramai 139 orang telah menjadikan status tersebut sebagai ‘favourite’.Apabila beliau menggunakan status yang sama di laman facebook miliknya, seramai 18,386 orang telah menekan butang ‘like’ dan  dikongsi oleh 1,082 orang.

Isu #kangkung mula menjadi hangat apabila segelintir penyokong pembangkang cuba memutar-belitkan dan menggunakan kenyataan PerdanaMenteri, Datuk Seri NajibTun Razak ketika majlis penyampaian bantuan kepada mangsa banjir di Kemaman.

Tidak ketinggalan media dan portal pembangkang juga turut menggunakan isu ini, bagi menghangatkan suasana dengan pelbagai andaian, kononnya kerajaan Barisan Nasional begitu berbangga dapat menurunkan harga #kangkung.

Sedangkan secara realitinya #kangkung hanya digunakan sebagai contoh untuk membuktikan bahasa pembangkang hanya pandai menyalahkan kerajaan dalam isu kenaikan harga barang.Dalam erti kata mudah, perkataan kangkung hanyalah sebagai analogi mudah untuk menerangkan kepada rakyat, bahawa kerajaan hanya mengawal sebilangan barangan keperluan asas seperti beras, gula, minyak dan sebagainya.

Selebihnya yang tidak termasuk dalam harga kawalan, ia ditetapkan oleh pengilang, pengedar, pemborong, penjual dan sebagainya. Oleh itu sebagai pengguna, rakyat seharusnya turut memainkan peranan apabila ada di kalangan mereka yang sengaja mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barangan keperluan.

Malah ada sesetengah pendapat yang mengatakan kenaikan harga barang di pasar berkemungkinan sengaja dilakukan oleh mereka-mereka yang ingin memastikan rakyat terbeban, sekaligus menyalahkan kerajaan.

Berbalik kepada isu yang dibincangkan, walaupun pembangkang cuba menjadikan #kangkung sebagai pendekatan mewujudkan persepsi negatif masyarakat terhadap kerajaan,masih ada di kalangan mereka yang merasakan ia hanyalah strategi pembangkang untuk mengalihkan tumpuan masyarakat terhadap isu yang lebih besar.

Selain mengalihkan perhatian masyarakat Islam terhadap hari kelahiran Nabi Muhammad SAW, ada di kalangan pengguna media sosial merasakan banyak lagi isu besar yang cuba ditutup oleh pembangkang.

Contoh polemik penggunaan kalimah Allah, perebutan kuasa di Selangor antara Azmin Ali dan Khalid Ibrahim, penutupan pusatGiat Mara dan sebagainya.Berikut adalah antara komen pengguna media sosial berhubung isu #kangkung :

Mega Sutera isu kangkung lebih menarik perhatian dari isu penutupan giat mara...adakah ini kejayaan kacang merah?

SaikopenSaiko Kaum cina rilek saje... yang bising...kenapa kita SPIN isu nie... cari maksudnya bukan ayatnya...

SaikopenSaiko cuba lihat sekeliling... bising bab KANGKUNG ... Kita diam dalam bab TUTUPNYA PUSAT LATIHAN GIAT MARA...bila tutupnya pusat itu..bermakna TUTUPNYA SALAH SATU PENDIDIKAN ISLAM.... lihat betapa cerdiknya Orang Kristian PERBODOHKAN ORANG ISLAM.... TUMBANGNYA INSTITUSI ISLAM... GELAK GELAK GELAK.. AKHIRNYA KITA JUGA BERSAMA DENGAN GOLONGAN TERSEBUT... WALLAHUALAM..

Polong Al TMx Bodoh ke rkhalid nak tutup giat mara yg dah jd darah daging kaum melayu selama nie hak hak melarikan isu untuk tutup isu besar yg lain...fikir2 hakhak

Samuel Hashim Sayur sayuran dan kangkong je jadi contoh permulaan projek utk 10,000 perserta he he he..apa pun saya nampak kerajaan mahu menggalakan bumiputera berusaha berniaga dlm semua perniagaan..dan bermuafak  dlm semua perniagaan dari ahli2 dari akaq umbi sampai keatas party umno BN.Pemimpin dan ahli2 akar umbi menghulurkan perbagai bantuan hal2 isu yg tahu tentang keperluan hidup bumiputera.Harap2 semua ahli mainkan peranan menjayakan hasrat pasaran perniagaan hal2 keperluan hidup supaya tidak di monopoli satu kaum saja..amin.

FirdausAzil The level of intelligence around here is worrying. Feeling suffocated reading these unfunny jokes and trolls about kangkung. Are you considering yourself as funny? Its nowhere near funny. It is silly

FarEastRoslan nk buat mcm mana,kt Malaysia ramai sgt taksub bpolitik...x kira la kalau najib sebut apa pun..tetap kena balik kt dia sbb bila hati dah benci ktorg..kata la apapun,tetap org pusing..

NurArisyah bodonye......pm kate ttg kangkung sbb ape sblm ni?? npe bodo bangang sgt.pastu puak korg slps tu abs sindir gile kangkung, x kebodo tu


Kesimpulannya walaupun, para penyokong pembangkang dan tidak ketinggalan para macai mengatakan isu #kangkung menjadi satu topik perbualan hangat kononnya rakyat marah adalah merupakan sebahagian dari strategik mereka.Sedangkan masih ramai lagi yang bijak dan faham maksud sebenar yang ingin disampaikan.

Salam Maulidur Rasul buat semua.

*KANGKUNG VS KANGKANG VS KEKENG

Friday, 20 September 2013

DS NAJIB XBENARKAN JAWATAN PRESIDEN DIPERTANDINGKAN????

UMNO Bertambah Kukuh Tiada Pertandingan Jawatan Tertinggi

Jika pilihanraya yang lepas dikatakan sebagai ‘ibu segala pilihanraya’, maka pemilihan UMNO kali ini pula dikatakan sebagai ‘ibu segala pemilihan UMNO’. Ini kerana UMNO dikatakan berada dalam keadaan yang lemah dan kehilangan punca walaupun telah berjaya menambah kerusi pada PRU yang lalu.

UMNO pada hari ini dikatakan berada dalam keadaan dilemma dalam mencari jati diri. Sebahagian dari kepimpinan di peringkat tinggi dilihat mempunyai ‘idea’ yang berbeza dengan penyokong-penyokong dan juga ahli dari akar umbi berkenaan hala tuju UMNO.

Secara dasarnya, ahli-ahli dan penyokong UMNO berpegang teguh kepada semangat asal penubuhannya iaitu dengan berpasak kepada perjuangan agama, bangsa dan negara. Ini bermakna UMNO wajib memperjuangkan pemerkasaan Melayu, dengan berdiri teguh atas keperibadian Melayu dan agama Islam.

Hanya kerana ingin memajukan diri, UMNO tidak harus menukar hala tujunya atau keperibadiannya. Apa yang UMNO perlu lakukan adalah menukar cara pemikiran agar lebih berdaya saing dan berdaya maju dengan memperbetulkan apa yang salah serta memperbaiki segala kelemahan.

Namun, kebanyakan pemimpin UMNO dikhuatiri tidak memahami hasrat akar umbi. Lebih teruk lagi apabila mereka turut memandang rendah dan memperlekehkan semangat UMNO yang asal. Kononnya ‘kemelayuan’ itu adalah kelemahan dan kerana itu UMNO tidak boleh terlalu Melayu lagi. Apa yang pemimpin sebegini terlepas pandang ialah tatkala pemimpin UMNO menggadai Melayu, kaum lain terus berjuang memperkasakan jatidiri bangsa masing-masing. Akibatnya, orang Melayu berada dalam kerugian serta mengalami ancaman ‘hilang di dunia’.

Justeru itu, pemilihan UMNO yang bakal menjelang ini dilihat sebagai pertembungan antara pemimpin yang membawa roh asal UMNO dengan pemimpin yang telah tersasar jauh dari perjuangan UMNO. Biarpun semuanya memakai nama UMNO dan berpakaian UMNO tetapi beberapa tindakan dan kenyataan sebahagian mereka sebelum ini telah memperlihatkan suara liberalis yang lebih mirip kepada pembangkang.

Mungkin sukar untuk diakui tetapi hakikatnya, UMNO sedang merekah, meretak dan menunggu masa untuk pecah berkecai.

Dalam keadaan ini, kepimpinan perlu berhati-hati dalam mengambil apa saja keputusan untuk memastikan UMNO kekal kuat. Walaupun pertandingan bagi semua jawatan adalah perlu untuk memulihkan UMNO agar kembali menepati harapan dan jangkaan akar umbi tetapi hakikatnya, pertandingan juga mampu memecahbelahkan parti yang telah sedia retak ini.

Mungkin menyedari hakikat ini, maka Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden UMNO, dikatakan tidak akan mencabar Presiden.

Jika benar, ini mungkin merupakan satu keputusan yang amat bijak, sekali gus menggambarkan kematangan dan ketokohan Tan Sri Muhyiddin. Biarlah semua jawatan lain dipertandingkan, tetapi bukan jawatan tertinggi bagi mengelakkan berlakunya taufan yang bukan saja mampu menyebabkan UMNO hancur tetapi juga mampu meletakkan negara dalam keadaan tidak menentu.

Tan Sri Muhyiddin tentunya seorang tokoh UMNO tulin kerana sentiasa melakukan apa yang terbaik untuk UMNO tanpa memikirkan kesan terhadap dirinya. Tiada siapa yang boleh lupa bagaimana beliau bertindak tegas meminta Tun Abdullah melepaskan jawatan apabila bekas Perdana Menteri itu dilihat sebagai tidak lagi mampu memandu UMNO di atas landasannya yang betul.

Walaupun Tan Sri Muhyiddin boleh saja ‘mencuba nasib’ mencabar Dato’ Seri Najib tetapi beliau cukup faham bahawa dalam keadaan sekarang, tindakan ‘cuba-cuba’ bukanlah sesuatu yang bijak untuk dilakukan.

Sesungguhnya, walaupun sokongan kepada Dato’ Seri Najib dikatakan cukup kukuh dan tidak mempunyai masalah untuk mengekalkan jawatan walaupun ia dipertandingkan, tetapi UMNO dan negara tidak mampu mengambil sebarang risiko.

Oleh yang demikian, kita rakyat Malaysia harus bersyukur kerana masih mempunyai pemimpin yang tidak tergila-gilakan jawatan serta sanggup melepaskan peluang demi memastikan parti dan negara berada dalam keadaan terkawal. Kita percaya sebahagian besar ahli-ahli UMNO menghargai pengorbanan Tan Sri Muhyiddin dan turut berkongsi semangat yang sama dengan beliau. Bagi memastikan pengorbanannya tidak sia-sia, UMNO wajib membuat pilihan yang tepat dalam pemilihan nanti.

Sekiranya ini berjaya dilakukan, maka kita semakin optimis yang UMNO bakal menambah sekurang-kurangnya 10 kerusi lagi dalam PRU-14 nanti.

Thursday, 19 September 2013

BANTUAN UNTUK BUMIPUTRA..BUKTI PM RASIS?????

Bantuan Untuk Bumiputera Tak Bercanggah Dengan 1Malaysia

Seperti yang dijangka, masyarakat Cina pasti akan mengkritik Program Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini. Sebelum itu, perlu diingatkan bahawa pada hari ini, MCA sebenarnya sudah tidak wujud kerana parti itu sudah pun ‘berasimilasi’ dengan DAP. Justeru, apabila kita menyebut masyarakat Cina, ia turut membawa makna pembangkang, iaitu DAP.

Secara dasarnya, masyarakat Cina memilih untuk menolak Barisan Nasional pada PRU-13 kerana enggan mengiktiraf Hak Istimewa Bumiputera. Bagi mereka, ia adalah satu polisi yang tidak adil kerana bersifat memberi bantuan dan kelonggaran kepada satu golongan sahaja. Lebih dari itu, mereka menganggap bantuan yang diberikan kepada bumiputera itu adalah dari hasil kerja mereka. Pendek kata, mereka menuduh kerajaan mengambil bahagian kek mereka untuk diberi kepada bumiputera.

Tanpa mereka sedar, mereka tidak mungkin akan mendapat bahagian kek tersebut jika kerajaan tidak menyediakan bahan-bahannya seperti peluang dan projek untuk berkembang. Malah kek tersebut juga mungkin telah habis dimakan tanpa bumiputera yang mewakili daya beli terbesar. Bumiputera pula telah memberikan sebahagian dari dapur mereka untuk masyarakat Cina duduk dan makan, maka seharusnya masyarakat Cina duduk dan makan sahajalah kek mereka tanpa membuat bising.

Dengan mengumumkan program pemerkasaan ekonomi bumiputera, kerajaan bukannya menyuruh masyarakat Cina keluar dari dapur, dan kerajaan juga tidak mengambil bahagian kek dari dulang masyarakat Cina. Sebaliknya, kerajaan menyediakan bahan-bahan lain untuk bumiputera dan menyuruh bumiputera membuat kek sendiri.

Setelah berkongsi dapur dan mempunyai kek masing-masing, maka kerajaan mengharapkan agar masyarakat Cina dan bumiputera dapat duduk dan makan bersama-sama bagi menepati semangat 1Malaysia.

Hakikat ekonomi itu adalah ia saling bergantungan. Kerana itu, semua negara termasuk negara-negara maju turut mengamalkan dasar diskriminasi positif dalam keadaan tertentu. Amerika Syarikat, misalnya, memberi kemudahan dan kelonggaran tertentu kepada warga kulit hitam bagi meningkatkan ekonomi mereka. Dasar seperti ini penting bagi memastikan kerajaan dapat menumpukan kepada perkara yang lebih penting tanpa diselubungi masalah sosial di dalam masyarakat yang terhasil dari kemunduran sesuatu kumpulan.

Justeru, kaum Cina tidak boleh mengambil sikap bongkak kononnya merekalah yang membawa kemajuan di negara ini dan menjadi pembayar cukai tertinggi bagi menjana ekonomi negara. Kaum Cina tidak boleh melihat kaum bumiputera sebagai penghalang kepada cita-cita mereka untuk menjadi lebih kaya dari sedia ada. Sikap angkuh dan pentingkan diri ini tidak menguntungkan sesiapa kerana kita saling bergantung sesama sendiri. Walau apapun, kaum Cina tetap memerlukan daya beli dan tenaga kerja dari bumiputera untuk menjadi lebih kaya.

Kaum Cina tidak akan menjadi lebih kaya dengan memijak bumiputera. Sekiranya bumiputera semakin ketinggalan dalam ekonomi, ia akan turut menjejaskan kitaran ekonomi negara. Ia juga akan menyumbang kepada lebih banyak masalah sosial yang timbul dari kemiskinan. Lebih buruk lagi, ia turut mampu menyumbang kepada ketidakstabilan dan seterusnya kemusnahan. 13 Mei adalah sejarah yang paling berharga untuk kita semua. Namun, malang sekali, orang-orang Cina enggan belajar darinya, malah menidakkannya.

Bukan sahaja 13 Mei, tetapi Reformasi Indonesia juga berpunca dari masalah yang sama iaitu kaum pribumi yang semakin lama semakin terpinggir akibat ketiadaan usaha yang berkesan untuk merapatkan jurang ekonomi.

Benar, bahawa Hak Istimewa Bumiputera yang tercipta dari DEB banyak turut membawa berbagai masalah sampingan. Namun, selagi ada usaha, selagi itu ada harapan yang matlamatnya akan tercapai. Sekiranya tiada langsung polisi yang seumpamanya, maka jurang ekonomi akan semakin meluas dan mendedahkan negara kepada berulangnya tragedi berdarah 13 Mei

Justeru, pengumuman Model Ekonomi Bumiputera (MEB) di bawah program memperkasa ekonomi bumiputera ini seharusnya diterima secara positif oleh masyarakat Cina kerana ia mencerminkan kesedaran kerajaan terhadap masalah yang timbul dalam DEB serta azam untuk terus memperbaikinya.

Kritikan masyarakat Cina kononnya ia bakal menjauhkan lagi masyarakat Cina dari BN menggambarkan pemikiran yang cetek kalaupun tidak rasis atau tamak haloba. Sebenarnya, semakin mantap ekonomi bumiputera, semakin mantaplah juga ekonomi masyarakat Cina. Lebih dari itu, keseimbangan ekonomi akan membantu menurunkan kadar jenayah dan juga masalah sosial di negara ini sekali gus membentuk kehidupan yang lebih baik untuk semua.

Masyarakat Cina wajar belajar berfikir lebih jauh dari sekadar untung rugi sahaja. Ingatlah kata-kata pepatah, “orang tamak, selalunya rugi”.

DS NAJIB MAHUKAN ANWAR KEMBALI BERSAMA UMNO?????

Berunding Dengan PAS Lebih Untung Dari PKR

Tidak dapat dinafikan yang Anwar Ibrahim itu adalah seorang politikus yang cukup hebat sekali sesuai dengan gelaran yang diberikan oleh isterinya iaitu ‘Anugerah Tuhan’. Suatu ketika dahulu kita terkejut juga dengan langkah yang diambilnya dalam menghadapi satu-satu isu terutama di dalam keadaan terdesak. Namun, setelah mengenali beliau, tiada apa lagi yang dilakukannya yang dapat mengejutkan kita. Malah, hari ini, ramai yang sudah mampu membaca gerak langkah beliau lebih awal lagi.

Bagaimanapun, langkah yang diambil Anwar kali ini cukup menarik iaitu cuba menggambarkan kepada dunia bahawa kerajaan BN atau Dato’ Seri Najib sedang menagih kerjasama dengannya atau dalam kata lain, ingin berdamai. Untuk itu, semua bala tenteranya dikerahkan untuk menonjolkan senario yang sama iaitu Dato’ Seri Najib telah, melalui orang tengah, berbincang dengannya untuk membentuk satu macam kerjasama seperti kerajaan perpaduan.

Kononnya, Dato’ Seri Najib buntu dalam menangani tekanan dalaman UMNO yang semakin hilang kepercayaan terhadapnya. Kononnya Dato’ Seri Najib sudah kehilangan punca untuk menangani masalah-masalah dalam negara seperti masalah jenayah, ekonomi dan perkauman. Justeru, hanya Anwarlah yang mampu menyelamatkan negara, sekali gus kedudukan Dato’ Seri Najib melalui satu perjanjian istimewa.

Soalan kita ialah bukankah Anwar yang ke hulu ke hilir membuat kacau dan memburukkan negara agar ekonomi merudum? Bukankah PR yang mendesak agar Akta Pencegahan dihapuskan dan penjenayah dibebaskan serta membela penjenayah bermati-matian? Bukankah PR yang bersungguh-sungguh meniupkan api perkauman di mana DAP secara terang-terangan melaungkan pemerintahan Cina melalui laman sosial Tony Pua? Justeru, apa ke jadahnya Dato’ Seri Najib memerlukan Anwar untuk menangani semua masalah ini sedangkan Anwar dan pembangkanglah yang menjadi puncanya?

Dan apa ke jadahnya Dato’ Seri Najib perlukan pengaruh Anwar untuk meningkatkan pengaruh dirinya di dalam UMNO sedangkan orang-orang Melayu telah meningkatkan sokongan terhadap parti itu dalam PRU yang lalu, serta menolak Anwar’? Bukankah ini bermakna sebarang kerjasama dengan Anwar hanya akan mengundang bala kepada Dato’ Seri Najib, yakni menyebabkan orang-orang UMNO turut menolak beliau?

Benarlah kata Jusuf Kalla iaitu Anwar hidup dalam angan-angan yang terlalu tinggi. Tidak mustahil Anwar tidak lagi dapat membezakan mana fantasi dan mana realiti. Kegilaannya untuk menjadi Perdana Menteri membuatkan beliau mula percaya kepada pembohongannya sendiri.

Hakikatnya, Dato’ Seri Najib tidak mungkin bekerjasama dengan manusia yang telah memfitnahnya dengan begitu teruk sekali. Anwar menuduh Dato’ Seri Najib membunuh dan sanggup mengupah saksi agar mensabitkan Dato’ Seri Najib atas kesalahan tersebut. Jadi, apakah maknanya ini?

Maknanya, jika Anwar berjaya, Dato’ Seri Najib boleh ke penjara atas kesalahan yang tidak dilakukannya. Lebih dahsyat lagi mungkin dikenakan hukuman mati memandangkan kes ini adalah kes bunuh.

Dengan niat Anwar yang begitu jahat terhadap Dato’ Seri Najib, apakah logik jika Dato’ Seri Najib menghulur tangan kerjasama dan melupakan sahaja apa yang Anwar cuba lakukan terhadapnya? Apakah jaminan yang Anwar tidak akan melakukannya sekali lagi, iaitu memfitnah dan menghumbankan Dato’ Seri Najib ke dalam gaung?

Inilah yang kita perlu hadamkan, iaitu apa yang Anwar telah lakukan terhadap Dato’ Seri Najib adalah melangkaui permusuhan politik. Ia telah menjadi sesuatu yang peribadi serta melibatkan nyawa.

Lagipun, yang menang adalah Dato’ Seri Najib dan yang kalah adalah Anwar Ibrahim. Malah, kemenangan Anwar di Permatang Pauh juga menyaksikan kemerosotan undi yang banyak sekali. Oleh itu, tiada sebab bagi Dato’ Seri Najib untuk berbincang dengan orang kalah.

Sekali lagi diulang, yang terhegeh-hegeh dan tersorong-sorong pipi yang baru disuntik botox di sini, ialah Anwar Ibrahim.

Dato’ Seri Najib sebagai Presiden UMNO tidak mungkin bekerjasama dengan pihak yang berpegang kepada liberalisme dan pluralisme. UMNO tidak akan sekali-kali berkompromi dalam hal ini. Kerana itulah UMNO tidak ada masalah untuk menghulur tangan kepada PAS walaupun PAS tegar membawa pendekatan takbur meletakkan diri lebih Islam dari UMNO. UMNO bersedia bersatu atas nama ummah dengan PAS biarpun PAS mengkafirkan UMNO.

Sekiranya PAS kembali menemui kewarasan, UMNO bersedia bekerjasama dengan PAS tetapi bukan PKR dan bukan Anwar Ibrahim. Kekuatan UMNO dicampur dengan PAS sudah cukup untuk mematikan terus PKR dan juga DAP.

Untuk apa UMNO bekerjasama dengan PKR yang mana majoriti wakil rakyatnya adalah kaum Cina yang tidak mungkin akan mengundi BN dalam PRU nanti?

Justeru, jika benar UMNO atau Dato’ Seri Najib benar-benar terdesak untuk bekerjasama dengan pembangkang, yang pastinya pembangkang itu bukan Anwar Ibrahim. Anwar boleh terus berangan dan jenteranya juga boleh terus menyebarkan angan-angannya. Namun, angan-angan itu akan kekal menjadi angan-angan sepertimana angan-angan ingin menjadi Perdana Menteri pada 16 September…entah pada tahun berapa...

Saturday, 23 March 2013

GEMPAR...DR YUSUF AL-QARADAWI SOKONG UMNO?????



Tindakan ulama terkemuka dunia Islam, Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi menulis surat penghargaan beliau kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak sebagai respons dan pengiktirafan di atas keberanian PM melawat Semenanjung Gaza, Palestin sesungguhnya mengejutkan ramai pihak.

Dalam permulaan surat itu, tanpa berselindung Al-Qaradawi memanjatkan doa memohon kepada Allah S.W.T semoga terus mengurniakan keberkatan serta rahmat kepada Dato’ Seri Najib dalam melaksanakan tanggungjawab demi mencapai matlamat kemajuan, kestabilan dan keselamatan rakyat Malaysia dan global.

Selanjutnya,klik DI SINI

Saturday, 16 March 2013

PARLIMEN DIBUBAR HARI RABU NI???


Nak tahu betul ke tidak,klik DI SINI

PM PULAK ADA KAITAN DENGAN KEMATIAN BALA???



Balasubramaniam telah mati semalam kerana serangan jantung. Sakit jantung yang mana kita tahu tidak mampu untuk melawan takdir Tuhan apabila serangan jantung ini datang kepada kita.

Puak pembangkang dilihat cuba mempolitikkan isu kematian Bala ini dengan melemparkan tuduhan bahawa kematian Bala adalah dirancang oleh Najib Razak. Kata mereka Najib Razak telah membunuh Bala penyiasat persendirian yang terlibat secara langsung dalam kes Altantuya yang mati dibunuh.

Selanjutnya,klik DISINI