Saturday, 23 March 2013

APA CITE NI????KAHKAHKAH


KITA BAGI DUA LAH...KAHKAHKAH....HUSAM YANG KUSAM.....

GEMPAR...KERAJAAN MALAYSIA COMFIRM TIDAK ISLAMIK.....

Cis..memang betul apa yang di kata puak2 atau macai Perosak Rakyat,kerajaan Malaysia hari ini memang tidak ISLAM...Lihat saja gambar ddi bawah,memang betul kan?????








COMFIRM....PAS GANTI DAP PRU 13 NI....???




KUALA LUMPUR 23 Mac – Langkah Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang mahu bertanding menggunakan lambang Pas sekiranya Pendaftar Pertubuhan (ROS) menggantung pendaftaran partinya dipersoal memandangkan agenda perjuangan antara kedua-dua parti itu berbeza sama sekali.
Selanjutnya,klik DI SINI

EDISI KANTOI...RAFIZI GAY????


KREDIT TO: JJ

TERKINI...PAS GANTI DAP......



Seberang Takir telah lama menjadi kubu kuat UMNO dan BN. Ini di akui sendiri oleh pihak PAS yang telah lama idamkan kerusi Seberang Takir. Pada kebiasaanya kerusi ini di tandinhi oleh pihak Pas tetapi sejak berlakunya pakatan diantara parti pembangkang maka Seberang Takir di berikan kepada PKR pada tahun 2008. PKR juga tewas dengan majoriti yang lebih besar dari PAS. Pada PRU ke 12, selepas di umumkan kerusi di berikan kepada PKR

Cerita selanjutnya,klik DI SINI

GEMPAR...SAH PAS AKAN DI BUNGKUS OLEH AHLI SENDIRI???


Seramai 72 anggota dan penyokong Pas dari Taman Tunku Yaakub dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Mengkudu bertindak keluar parti dan menyertai UMNO hari ini.

Salah seorang bekas ahli Pas yang ditemui, Ahmad Man, 47 berkata, mereka sudah hilang keyakinan terhadap perjuangan parti pembangkang itu lalu bertindak keluar secara beramai-ramai.

Katanya, dia yang menjadi ahli Pas selama 22 tahun kecewa apabila tiada bantuan disalurkan kepada penduduk di kawasan berkenaan sejak Pas mentadbir negeri Kedah.

“Saya tidak takut jika kawan-kawan saya yang menyokong Pas tidak lagi berkawan dengan saya selepas ini kerana menyertai UMNO adalah keputusan saya sendiri.

“Saya kecewa dengan Pas kerana apa yang mereka janjikan kepada kami tidak ditepati dan saya yakin hanya dengan UMNO nasib rakyat negeri ini akan terbela,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyerahkan borang menyertai UMNO kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah di Taman Tunku Yaakub, Alor Mengkudu di sini hari ini.

Yang turut hadir pada majlis tersebut ialah Ahli Parlimen Alor Setar, Datuk Seri Chor Chee Heung.

Dalam pada itu, Ahmad Bashah berkata penyertaan 72 anggota dan penyokong Pas di dalam UMNO hari ini bukan satu gimik politik yang direka oleh UMNO menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

“Saya tahu pakatan pembangkang akan kata ini gimik politik, tapi ini bukan UMNO reka, mereka sendiri yang rela hati menyertai UMNO kerana telah hilang keyakinan terhadap pakatan pembangkang.

“Lima tahun Pas perintah Kedah, penduduk di kawasan ini tidak dapat apa-apa, sebab itu mereka ambil keputusan untuk menyokong UMNO,” katanya.

TERKINI...RAKYAT KELANTAN MENGAMUK....



KERAJAAN PAS KELANTAN, KEJAM DAN ZALIM 

Ekoran terlalu lama memendam rasa, akhirnya semakin ramai rakyat Kelantan yang mula sedar dan bangkit menyatakan bantahan terhadap kerajaan negeri pimpinan Pas. Terbaru seramai 300 orang rakyat Gua Musang melakukan protes terhadap tindakan kerajaan negeri yang merampas tanah yang telah lama di usahakan mereka kepada syarikat swasta.

Walaupun telah mengusahakan tanah tersebut sejak 30 tahun lalu, ia tidak menghalang kerajaan pimpinan Nik Aziz yang dianggap ‘ulama’ bertindak kejam dengan merampas tanah mereka sekaligus menafikan hak penduduk Kampung Sungai Badong di Kuala Betis.

Tanah seluas kira-kira 378.8 hektar itu telah diusahakan oleh penduduk kampung dengan pelbagai tanaman seperti getah, kelapa sawit dan dusun buah-buahan. Malah permohonan yang dibuat bagi mendapatkan hak milik sebelum ini, dikatakan telah mendapat persetujuan Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang sehingga ada penduduk yang telah menjelaskan bayaran premiumnya 10 tahun lalu.

Menurut penduduk kampung itu lagi, kerajaan Ulama Pas Kelantan, melalui Pejabat Tanah dan Galian jajahan Gua Musang dikatakan meluluskan permohonan tanah itu kepada dua buah syarikat sekitar November tahun lepas dan telah mengeluarkan geran pada 28 Januari lalu.

Nampak gayanya, jubah dan serban yang digunakan pimpinan Pas yang kononnya diterajui oleh ‘ulama’ tidak menghalang mereka dari bersikap kejam dan zalim. Apakah ini ciri-ciri Islam yang ingin diterapkan oleh Pas di negeri yang terkenal dengan gelaran serambi mekah itu?

Yang menjadi persoalanya ialah, bagaimanakah kerajaan negeri tergamak untuk menganiaya rakyat Kelantan dengan menyerahkan hak milik tanah tersebut kepada syarikat asing? Sedangkan mengikut logik akal mereka yang telah lama memohon malah telah membayar premium dengan lebih awal wajar dipertimbangkan terlebih dahulu.

Atau apakah ini merupakan satu bukti kerajaan Pas Kelantan lebih mengutamakan keuntungan dari melihat dan merasai denyut nadi rakyat miskin??? Kalau itulah pendekatkan yang diguna pakai, maka dakwaan yang mengatakan Kelantan di pimpin oleh ulama adalah salah. Sebenarnya rakyat Kelantan telah dipimpin oleh ‘Ular Dalam Semak’ yang hanya menunggu dan ketika yang sesuai untuk mengigit dan menindas rakyat.

Lebih menyedihkan, apabila menteri besar yang mengangap Anwar Ibrahim sebagai idola ini, pernah mengatakan setiap mata cangkul tanah yang diusahakan adalah hak mereka dan akan diberi hak milik sebagai jaminan masa depan. 

Episod sedih yang melanda penduduk ini boleh dikatakan selari dengan perumpamaan Melayu ‘kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan’. Walaupun ada yang bersikap sinikal dengan mengatakan “Padey doh mung keno, undi lah Tok Guru tuh pah ceroh” namun ia seharusnya dijadikan pengajaran buat rakyat Kelantan secara keseluruhannya.

Malah menurut maklumat yang diterima, sekitar pertengahan tahun 1960 -1970, kerajaan ‘Tok Guru’ pernah memajakkan tanah seluas 300,000 ekar di Hulu Kelantan kepada syarikat Singapura.

Tidak cukup dengan itu, kerajaan Pas Kelantan sebelum ini juga dikatakan sanggup menyerahkan pajakan sehingga tahun 2092 untuk tanah seluas 10,000 ekar kepada pimpinan DAP, Ngeh Koh Ham dan Nga Kor Min.

Kesimpulannya, rakyat Kelantan perlu membuka mata dan hati dengan seluas-luasnya untuk menilai semula sokongan yang pernah diberikan kepada Pas yang jelas mengunakan Islam sebagai modal untuk menipu rakyat di negeri Che Siti Wan Kembang itu.
Buat rakyat Kelantan – Bo La Weiiii!!!

GEMPAR....NG LUM YUM UGUT ANWAR???


Semakin hampir kepada pilihanraya ke 13 semakin panas nampaknya Anwar Ibrahim yang kononya nak menjadi Perdana Menteri menggantikan Najib Razak selepas PRU ke 13 ini. Anwar Ibrahim semakin meroyan dan cukup panas dengan apa yang didedahkan satu persatu oleh Blogger tak tidak kurang bekas bekas pemimpin PKR.

Selanjutnya,klik DI SINI

GEMPAR....LAGI AKSI ABBY BERAKSI SONGSANG.....???


Adeeh! Apa cerita nih! Ustazah Segera PAS Abby Abadi dah kantoi memfitnah balu wira negara.  Tak rasa berdosa ke Abby ooi! Besar dosa memfitnah tu! Kalau Allah nak tunjuk kebenaran, bila-bila masa je boleh tunjuk! Allah Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui. 

Lagi kisah Ostadzah Segera,klik DI SINI

GEMPAR...DR YUSUF AL-QARADAWI SOKONG UMNO?????



Tindakan ulama terkemuka dunia Islam, Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi menulis surat penghargaan beliau kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak sebagai respons dan pengiktirafan di atas keberanian PM melawat Semenanjung Gaza, Palestin sesungguhnya mengejutkan ramai pihak.

Dalam permulaan surat itu, tanpa berselindung Al-Qaradawi memanjatkan doa memohon kepada Allah S.W.T semoga terus mengurniakan keberkatan serta rahmat kepada Dato’ Seri Najib dalam melaksanakan tanggungjawab demi mencapai matlamat kemajuan, kestabilan dan keselamatan rakyat Malaysia dan global.

Selanjutnya,klik DI SINI

TERKINI..PAS AKAN BUAT DEMO UNTUK HUDUD???



PAS Membisu Tiada Hudud Dalam Manifesto PR

Sehingga ke hari ini, memang agak sukar untuk kita menemui mana-mana penyokong PAS yang dengan bangganya bercerita panjang mengenai Manifesto PR sekali pun sudah hampir sebulan Manifesto Pakatan Harapan Rakyat itu diperkenalkan kepada umum.

Sebaliknya menjadi satu perkara biasa apabila kita melihat ada ahli dan penyokong PAS yang hanya membaca isi kandungan Manifesto PR sekadar seimbas lalu, malah tidak pelik bila ramai pula yang hanya melihat kulit depan tanpa teruja untuk melihat isi dalamnya.

Manifesto PR yang dilancarkan pada 25 Februari lepas itu benar-benar mengakibatkan penyokong PAS mengalami kejatuhan moral dan semangat masing-masing gara-gara isu perlaksanaan hudud tidak mendapat tempat dalam manifesto tersebut.

Mereka terkedu, sedih dan segala macam perasaan berkecamuk dalam diri masing-masing, mungkin kerana itulah dalam kebanyakan aktiviti ceramah dan kempen politik PR termasuk PAS semakin suram dan hambar sejak akhir-akhir ini.

Selama ini dalam tempoh lebih dua dekad lalu para pemimpin dan penyokong PAS gah mengusung isu hudud sehingga tergamak memandang rendah keIslaman orang UMNO, akhirnya kini mereka terkebil-kebil tak keruan ibarat tertelan kahak sendiri lagaknya. 

Hingga saat ini para pemimpin PAS terpaksa mendiamkan diri dan membisu dari menjawab persoalan kenapa isu hudud di tolak oleh PR, tersilap memberi jawapan bimbang diterjah gertakan si abang besar DAP, tersasul memberi alasan risau hubungan PAS dengan PKR semakin renggang.

Jika dijawab secara retorik sambil menjual temberang, mereka takut menyebabkan ahli dan penyokong PAS tiba-tiba naik berang kerana diberi pengharapan dan janji bulan bintang yang tak kesampaian.

Alih-alih ramai pemimpin PAS berpendapat lebih baik diam menjadi si bisu sekalipun tindakan tersebut sebenarnya tambah memburukkan keadaan dan menimbulkan lebih banyak keraguan berputik dalam hati orang bawahan.

Akhirnya dalam keadaan ini, DAP dan PKR yang terus tersenyum sinis kerana berjaya membuktikan kepada pengikut masing-masing bahawa hala tuju PR ditentukan oleh mereka dan pemimpin PAS pula akan kekal sebagai balaci yang setia menurut perintah.

Mungkin dalam hari-hari terakhir menjelang PRU 13 akan ada segelintir pemimpin PAS yang masih cuba menjadi penjual ubat di jalanan sesekali mencanangkan semula isu perlaksanaan hukum hudud untuk menarik semula perhatian penyokong bawahan, tapi apa lagi gunanya?

Hakikat kebenarannya PAS telah gagal mempengaruhi PR untuk menerima hudud sebagai dasar bersama PR dan selagi itu ketetapan rasmi PR maka selama itulah hudud yang di canang oleh PAS akan kekal sebagai angan-angan dan umpan politik kepartian sahaja. 

GEMPAR...MAJORITI BEKAS JENERAL PERGI KE LAHAD DATU???



Himpunan Sri Perdana, Majoriti Bekas Jeneral Berdiri Teguh

Perkembangan terkini berhubung isu pencerobohan kumpulan bersenjata di Sabah benar-benar merungsingkan dan menakutkan Anwar. Tambahan pula hampir saban hari, agensi berita antarabangsa dan media-media Filipina melaporkan mengenai penglibatannya dalam tragedi berdarah itu.

Maka tidak hairanlah, sepanjang berlangsungnya episod pencerobohan ini, Anwar cuba sedaya-upaya untuk membersihkan imej dan namanya dengan mengumumkan kemasukkan beberapa orang bekas pergawai tertinggi tentera ke dalam parti itu. Sama ada kemasukkan mereka berdasarkan semangat dan roh perjuangan (itupun kalau ada) parti atau telah dijanjikan ‘habuan’, tidaklah dapat dipastikan.

Namun apa yang pasti, kemasukkan beberapa ‘kerat’ pegawai ATM tersebut tidak akan mampu mempengaruhi atau mengubah landskap politik negara secara keseluruhan. Tambahan pula, sehingga kini Anwar masih lagi gagal untuk menjawab dengan jelas tentang semua dakwaan yang dilemparkan sebelum ini. Ia sedikit sebanyak menguatkan andaian, dia cuba berselindung dan menyembunyikan beberapa fakta dari pengetahuan umum. 

Dan semalam, bertempat di Seri Perdana telah berlangsung satu majlis santai “Sepetang Bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak” yang telah dihadiri hampir 200 orang pegawai tinggi ATM di Seri Perdana.

Di dalam program tersebut Datuk Seri Najib turun menjelaskan berhubung beberapa perkara antaranya perkembangan di Sabah dan Kawasan Keselamatan Khas Sabah (ESSCOM) sebagai langkah berkesan bagi menghadapi cabaran terkini.

Tambah menarik semua yang hadir telah melahirkan rasa terima kasih terhadap usaha yang di jalanklan oleh kerajaan serta turut memberikan sokongan penuh untuk berdiri teguh di belakang kepimpinan Perdana Menteri.

“Adalah hak individu sebagai rayat Malaysia yang mengamalkan sistem demokrasi untuk mengikut parti yang diingini. Tetapi apa yang mengecewakan apabila mereka mempersoalkan hal-hal bersangkutan pertahanan negara. Tindakan ini akan diguna pakai oleh musuh negara sebagai input dan kami menggangap mereka itu adalah pengkhianat”, tegas bekas Panglima Latihan dan Doktrin Tentera Darat, Mejar Jeneral (B) Datuk Amir Baharuddin

“Ini adalah merupakan inisiatif julung-julung kali diadakan bersama Perdana Menteri. Kebanyakkan daripada kami berasa terharu kerana langkah ini merupakan sebuah pengiktirafan terbaik daripada pucuk kepimpinan. Saya masih lagi mempunyai semangat berkobar-kobar untuk bersama-sama kepimpinan negara dalam mempertahankan kedaulatan dan keamanan negara”, kata bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Laksamana (B) Tan Sri Mohd Anuar Mohd Noor.

“Pada hari ini kami diberikan taklimat mengenai Lahad Datu, Sabah. Kita menyokong tindakan yang dilakukan oleh anggota keselamatan selama ini agar mereka dapat melaksanakan tugas dengan baik”, menurut bekas Ketua Pegawai Kesihatan ATM, Mejar Jeneral (B) Datuk Pahlawan Dr R. Mohanadas.

“Terima kasih kepada Perdana Menteri kerana menjemput pegawai atasan ATM yang telah bersara ke perjumpaan petang ini. Kami masih lagi bersama memberi dokongan kepada kerajaan semasa di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak”, ujar bekas Panglima Tentera Darat, jeneral (B) Tan Sri Mohd Azumi Mohd.

Itu hanya sebilangan kecil, komen-komen yang diberikan oleh mereka bagi melahirkan sokongan terhadap kerajaan dan semangat yang ditunjukkan jelas membuktikan keyakinan yang tinggi terhadap pendekatan dan langkah yang diambil oleh kerajaan.

Kesimpulannya, percubaan Anwar untuk mengeksploitasi beberapa kerat bekas tentera untuk dijadikan kuda tunggangan GAGAL. Ini kerana di sebalik sokongan 1-2 orang tidak mencerminkan sokongan majoriti yang terdiri daripada ribuan yang masih yakin dengan kepimpinan kerajaan.

GEMPAR...TEKTIK KOTOR ANWAR MENJELANG PRU13 TERBONGKAR???



BONGKAR !! 10 - "Grand Design" Anwar Ibrahim Menjelang PRU 13 - ORANG BANYAK DUIT MACAM AL JUBURI YANG BOLEH BAGI OPEN CEK NI MEMANG MACAM2 BOLEH DI BUATNYA

10 " Grand Design " Anwar Ibrahim menjelang PRU 13 dibongkarkan oleh Y.B Zulkifli Nordin, ( Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru ), baru - baru ini.

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=5wzzZ4pA_h4

( dibawah adalah ringkasan ucapan beliau )

1 - Akan menggunakan keluarga saiful sendiri untuk melawan saiful. ( TELAH BERLAKU ).

2 - Akan berlaku kejadian Anwar ditembak sewaktu kempen pilihanraya. dia akan rancang suasana dimana kejadian tembakan berlaku ketika dia ada, tetapi tembakan tak kena kat dia, akan kena isteri atau anak dia... SELEPAS ITU, DIA AKAN KATA KERAJAAN UMNO ZALIM.

3 - Seorang Pegawai kanan badan kehakiman akan mengeluarkan kenyataan bahawa kes liwat saiful dan azizan adalah rekaan semata - mata. ( usaha memujuk pegawai berkenaan sedang dijalankan ).

4 - Anwar akan bersumpah dengan ayat tipu ( anwar akan bersumpah dengan tidak menepati kehendak syarie, DIA AKAN KATA " demi allah, saya tak buat apa yang UMNO tuduh ", MAKA PEMBANGKANG AKAN KATA " tue dia, anwar ibrahim dah bersumpah menafikan dia meliwat saiful.

5 - Anwar akan keluarkan JAM OMEGA TIRUAN di saat - saat akhir sebelum hari mengundi. ( menurut org dalam pembangkang, mereka dah beli jam yg sama macam yg dijumpai oleh datuk eskay. tetapi dia tidak mahu keluarkan sekarang kerana pihak polis boleh siasat dan tunjuk jam sebenar, oleh itu di saat - saat akhir baru dikeluarkan dan beliau akan kata " INI DIA JAM ITU, SAYA DI FITNAH SEBENARNYA.."

6 - Memujuk YB PKR yang keluar parti supaya kembali ke dalam PKR. ( mereka juga akan membuat kenyataan bahawa mereka keluar dulu kerana najib bayar duit. calon2 tersebut kini tertekan kerana anak isteri mereka juga ditekan oleh pihak2 tertentu. mereka juga ditawarkan dengan bayaran yang lumayan yang tidak mampu ditolak.)

7 - Azmin Ali akan keluarkan video lakonan yang dia telah berbaik dengan emaknya. ( sedangkan video tersebut telah diambil ketika mak tom sedang pengsan dan tak sedar. Azmin datang bawak media, kamera dia ambil gambar konon dia cium tangan dan dahi mak dia dan dia akan kata yang dia dah balik sebenarnya.)

8 - Peguam2 / Polis yang terlibat dalam kes altantuya dipujuk supaya mengaku bahawa dato' seri Najib terlibat dlm kes tersebut. ( maklumat yang diterima berkemungkinan besar menunjukkan bahawa pembangkang sedang cuba pujuk pegawai dari atasan smpi ke bawah yang menyiasat kes altantuya bahawa pembangkang sedang cuba pujuk dengan membayar mereka supaya mereka keluar dan membuat kenyataan memang najib terlibat kes altantuya.)

9 -Mereka akan hina dan fitnah rosmah bahawa rosmah terlibat dgn skandal ( Seorang bekas pegawai isteri PM akan membuat akuan bahawa isteri PM terlibat dengan penyalahgunaan wang rakyat. pegawai tersebut sedang dipujuk, sedang digoda, sedang ditawarkan habuan untuk keluar supaya buat kenyataan bahawa rosmah terlibat dengan pelbagai skandal dan penyalahgunaan wang rakyat, wang negara )

10 - Setiap ahli PAS diminta bersumpah untuk mengundi pakatan dlm PRU nanti. ( mengikut maklumat yang diterima daripada org dalam pas, bahawa setiap ahli pas akan diminta bersumpah " wallahi, wabillahi, watallahi, aku ahli pas, bersumpah dengan nama allah, dalam pru 13, aku hanya akan mengundi calon DAP, PKR dan PAS, jika aku mengundi selain calon DAP, PKR dan PAS ......... " (nauzubillah min zalik). begini lah bagaimana PAS permainkan agama demi kuasa ke putrajaya.)

GEMPAR...20 FATWA PAS WAJIB DI HAFAL????



20 Fatwa Terkenal Mursyidul Am PAS Yang SONGSANG Wajib Orang PAS Hafal

1. "Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang,
kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS,asalkan tidak mendirikan negara Islam."
- Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.

2. "Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri 
memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu."
- Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001.

3. "Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam 
dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir."
- Ceramah Nik Aziz Nik Mat di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999.

4. "Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid."
- Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka.

5. "Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun, tapi terserahlah kepada manusia di mana tempatnya."
- Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 28 April 1999.

6. "Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA dan MIC.
Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima."
- Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 24 Januari 1999.

7. "Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara,
menjadi kafir atau haram."
- Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.

8. "Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci seseorang jika kena pada tempat dan masanya,kerana ia sudah menjadi salah satu naluri."
- Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 29 April 1999.

9. "Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembangunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam,
jadi bila diminum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, 
kerajaan mengambil duit dari mana?"
- Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 26 November 1994.

10. "PAS sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari 
perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa..."
- Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 25 Jun 1999.

11. "Menentang PAS adalah Haram mengikut Al-Quran."
- Nik Aziz Nik Mat, Berita Minggu, 24 April 1994.

12. "Saya di antara orang yang cukup kuat menyokong untuk meluaskan keahlian PAS ini kepada orang bukan Islam."
- Nik Aziz Nik Mat, Kota Bharu, 1999.

13. "Para imam hendaklah faham bahawa ada anak-anak mukim tidak mahu menuruti imam yang beraqidah politik suku,
agama suku, kerana boleh menyebabkan sembahyang tidak sah."
- Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 4 Mac 2001.

14. "Negara kita Malaysia belum merdeka lagi kerana perlembagaannya masih perlembagaan kafir."
- Khutbah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Pengadang Baru, Marang, Oktober

2001.

15. "Memang ada lagi persefahaman antara PAS dengan Malaikat,
sebab itulah APU (Angkatan Perpaduan Ummah) memerintah lagi (di Kelantan)."
–Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 27 April 1995.

16. "Kerajaan PAS Kelantan akan mengkaji kemungkinan melarang wanita bekerja. Tidak adil membiarkan wanita, kerana lelaki dari segi fitrahnya mempunyai tanggungjawab mencari nafkah bagi menanggung kehidupan keluarga."
– Nik Aziz Nik Mat, 16 Mac 1999 di Kota Baharu.

17. "Ya Allah, aku mohon butakan mata pengundi-pengundi hantu supaya mereka tidak nampak simbol lain kecuali simbol PAS."
– Doa Nik Aziz Nik Mat pada 27 Mei 1999 diaminkan oleh kira-kira 3,000 penyokong beliau dalam satu majlis makan malam dan ceramah PAS di Sungai Bakut, Nibong Tebal.

18. "Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik.
Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu.
Ini Islam palsu yang dibawa UMNO. Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka bumi tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar."
– Nik Aziz Nik Mat, Rakaman Audio di Sidang Akhbar di Pulau Pinang 

pada 17 Ogos 2009.

19. "Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga.
Berdasarkan perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka (undi PAS masuk Syurga)."
– Ucapan Nik Aziz Nik Mat kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) pada 17 Ogos 2009 selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.

20. "Nabi Muhamad, masa kecilnya seperti Mat atau Mamat, setaraf 
budak-budak biasa di kampung-kampung, hanya mulia ketika berumur 40 tahun iaitu setelah menerima kerasulan, malah sambut Maulidur Rasul adalah kerja orang tak sudah."
- jawapan Nik Aziz semasa menyokong Kerajaan Pulau Pinang mengharamkan perarakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul.

GEMPAR...PKR BAKAL DI "KAMBUS"????




PARTI Keadilan Rakyat (PKR) sememangnya sebuah parti yang 'aneh'. Ia ditubuhkan bukan atas dasar perjuangan tetapi lahir berikutan perasaan tidak puas hati, marah dan kebencian berikutan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada kerajaan dan UMNO pada tahun 1998.

Sejak tarikh berkenaan arena politik negara tidak lagi tertumpu kepada DAP atau Pas, biar pun kedua-dua parti itu jauh lebih berusia.

Percaturan politik pembangkang lebih berkisar kepada apa yang dirancang oleh PKR manakala DAP dan Pas akan bersetuju sahaja memandangkan mereka mempunyai hasrat yang sama iaitu menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan meletakkan Anwar sebagai Perdana Menteri.

Ketika DAP dan Pas dilihat menjalin kerjasama yang cukup aneh berikutan perbezaan ideologi antara mereka, perjalanan politik PKR pula cukup 'aneh' tetapi penuh kepincangan. Berikut penulis paparkan antara 'keanehan' dan kepincangan tersebut:

Paling berkuasa bukan Presiden

l Semua orang tahu biar pun Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail adalah Presiden namun beliau seolah-olah tidak ada apa-apa kuasa.

Segala-galanya diuruskan oleh suaminya, Anwar. Apa juga isu berkaitan PKR amat sukar sekali kita hendak mendengar Wan Azizah memberikan ulasan atau membuat kenyataan. Beliau hanya tampil jika ada isu melibatkan suaminya.

Berikutan itu, orang ramai tidak pernah melihat Wan Azizah mempunyai apa-apa kekuatan atau kelebihan. Apa yang mereka tahu, Wan Azizah hanya sekadar Presiden dalam catatan sebuah organisasi dan pernah melakukan pengorbanan terbesar dalam karier politiknya apabila meletakkan jawatan Ahli Parlimen Permatang Pauh bagi memberi laluan kepada suaminya bertanding.

Sikap Wan Azizah inilah yang memungkinkan muncul desakan supaya beliau mengundur diri secara terhormat.

Berjaya menanam politik kebencian

l Ini boleh dianggap kejayaan terbesar bagi PKR kerana pemimpin-pemimpin mampu memainkan peranan untuk menanam kebencian rakyat kepada kerajaan BN.

Apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan BN diperlekeh dan dipersendakan. Tidak pernah sekali pun kita mendengar PKR memuji usaha-usaha kerajaan BN. Sebaliknya, apa kita sering dengar setiap usaha itu akan diperlekehkan dan kononnya mereka boleh melakukan lebih baik lagi.

Lebih hebat mereka juga sering mendakwa apa yang dilakukan oleh BN menciplak idea mereka.

Parti pertama di Malaysia tiga beranak memegang jawatan penting dalam parti

l Ini juga satu keunikan, selain si bapa, Anwar menjadi Penasihat, si ibu, Wan Azizah menjadi Presiden, si anak pula, Nurul Izzah menjadi Naib Presiden. Jika keadaan ini berlaku dalam UMNO sudah pasti, parti itu akan diserang habis-habisan oleh pembangkang atas alasan mengamalkan nepotisme dan kronisme.

Masih kekal berpolitik, biar pun dikaitkan dengan kontroversi

l Walaupun isu melibatkan pemimpinnya mencetuskan polemik ada antara melibatkan soal moral. Namun pemimpin-pemimpin PKR bijak mempertahankan diri. Mereka begitu tegas menyatakan tidak bersalah dan apa yang berlaku ke atas mereka adalah konspirasi dan fitnah UMNO serta media arus perdana.

Berjaya mempengaruhi Pas untuk menjadi 'pak turut'

l Inilah kehebatan PKR. Biar pun Pas ditubuhkan sejak 1951 dan mempunyai rekod politik yang agak hebat namun parti yang suatu ketika memperjuangkan negara Islam itu 'tunduk' kepada pengaruh politik PKR.

Pemimpin-pemimpin PKR berjaya mempengaruhi pemimpin-pemimpin Pas termasuk dalam kalangan ulama untuk mengikut rentak politik mereka sehingga Pas dilihat sanggup mengorbankan hatta prinsip perjuangannya semata-mata termakan janji berkuasa bersama PKR dan DAP.

Malahan PKR juga berjaya memainkan peranan sehingga memungkinkan Pas yang suatu ketika dahulu menuduh UMNO kafir kerana bekerjasama dengan MCA dan MIC, bersedia berpeluk erat dengan DAP.

Walaupun pemimpin-pemimpin DAP secara tegas menolak perjuangan negara Islam dan hukum hudud, namun PKR mampu memujuk Pas untuk bertolak-ansur dalam soal itu. Akhirnya Pas mengorbankan perjuangan negara Islam dan mengubah kepada negara berkebajikan.

Paling ramai pemimpin kanan keluar

l PKR juga mencatatkan sejarah sebagai sebuah parti yang paling ramai pemimpin-pemimpin kanannya keluar parti.

Pemimpin-pemimpin bukan ahli biasa tetapi sebahagian besar adalah kelompok yang bertanggungjawab memperjuangkan Anwar dan menubuhkan PKR.

Mereka ini juga bersedia menentang habis-habisan kerajaan BN dan UMNO suatu ketika dulu semata-mata untuk mencapai matlamat politik PKR.

Namun akhirnya dari semasa ke semasa, bukan kata pemimpin malahan wakil rakyat PKR juga turut meninggalkan parti itu selepas mendapati pelbagai kepincangan dalam parti berkenaan.

Mengajar rakyat demonstrasi jalanan

l Sebelum tahun 1998, demonstrasi jalanan adalah sesuatu yang asing bagi rakyat Malaysia. Bagaimanapun bermula pada tahun tersebut, demonstrasi jalanan seolah-olah menjadi 'senjata' baru kepada pembangkang yang diketuai oleh PKR.

Dari semasa ke semasa sehinggalah ke hari ini, pembangkang menjadikan pendekatan itu untuk membuat tuntutan mereka. Apa yang anehnya, DAP dan Pas berjaya dipengaruhi oleh PKR untuk turut serta biar pun mereka mengetahui kesan buruknya.

Kerajaan negeri pertama disaman kerana tak tunai janji

l Kerajaan di bawah pimpinan PKR di Selangor menjadi kerajaan negeri pertama di negara ini yang disaman kerana tidak menunaikan janji dalam manifesto pilihan raya.

Keadaan ini berlaku kerana PKR sememangnya parti yang pandai menabur janji. Inilah yang memungkinkan mereka meraih kemenangan agak besar dalam pilihan raya umum lalu. Namun begitu apabila kejayaan sudah dicapai segala-galanya janji hanya tinggal janji.

Pandai bercakap tetapi tiada pengetahuan

l Satu 'kehebatan' pemimpin-pemimpin PKR ialah mahu mempolitikkan segala-galanya. Ia termasuklah juga dalam soal keselamatan negara. Ada pemimpinnya yang tidak ada pengetahuan mahu memberi ulasan, ia akhirnya mendedahkan betapa ceteknya pemikiran beliau dalam sesuatu perkara.

Begitu juga apabila mudah membuat tuduhan dan tohmahan tanpa disertakan dengan bukti kerana apa yang penting ialah memburukkan kerajaan BN.

Demikian beberapa catatan mengenai 'keanehan' politik penuh kepincangan PKR. Namun begitu seperti mana kata penganalisis politik, Ahmad Masrizal Muhammad, PKR tidak akan bertahan lama.

Katanya, PKR bukanlah sebuah parti yang ditubuhkan atas dasar perjuangan atau bergantung kepada 'grass root' tetapi individu.

''Mereka perlu akui, PKR bergantung kepada Anwar, kalau Anwar tumbang maka berakhirlah riwayat politik PKR.

''Berbanding tahun 2008, kedudukan Anwar kini semakin tergugat. Beliau semakin ditolak oleh rakyat berikutan pelbagai isu yang melumuri diri beliau,'' katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur.

Menurut Ahmad Masrizal, pemimpin-pemimpin pembangkang lain amat mengetahui keadaan itu sebab itulah tiada kesepakatan siapa yang bakal menjadi Perana Menteri jika pembangkang menang dalam pilihan raya umum akan datang.

Apa pun keadaannya adalah jelas, PKR semakin terhakis kehebatan politik putar belitnya. Dari semasa ke semasa kepincangan parti itu semakin terdedah dan inilah akibatnya apabila sebuah parti ditubuhkan semata-mata mahu merebut kuasa

Tuesday, 19 March 2013

KAHKAHKAH..CAI PR KINI DI CARI KERANA BIADAP....


Nampaknya,cai PR ni terpaksa bersembunyi kerana satu kumpulan orang Melayu telah pergi mencari mamat PR ni yang begitu CIBAI mulutnya.

Cerita selanjutnya,klik DI SINI

TERKINI..PAPA GOMO SUJUD DI KAKI ANWAR???


GEMPAR....Blogger PAPA GOMO kini terkena bala dari ANWAR IBRAHIM...Di maklumkan PAPA GOMO telah sujud di kaki ANWAR supaya tidak di saman.

Selanjutnya,klik DI SINI

GEMPAR...AHLI PKR MENGAKU ANWAR GAY???


Perh..sah...terang dan nyata....adakah Anwar akan saman PKR BANGI???kahkahkah.Ni bukan UMNO atau BN yang tulis,tapi ditulis sendiri pemilik PKR BANGI...

Sama-sama kita tunggu.......

PAS TOLAK BUKU JINGGA PKATAN RAKYAT??


Sehingga ke hari ini, memang agak sukar untuk kita menemui mana-mana penyokong PAS yang dengan bangganya bercerita panjang mengenai Manifesto PR sekali pun sudah hampir sebulan Manifesto Pakatan Harapan Rakyat itu diperkenalkan kepada umum.

Selanjutnya,klik DI SINI

GEMPAR..WAZ AZIZAH MENGAKU ANWAR MELIWAT???



Penulis mendapat tahu Wan Azizah mengaku Anwar meliwat???kahkahkah...sepatutnya dah lama Wan Azizah mengumumkannya.

Akhbar berbahasa Cina, Sin Chew baru-baru ini menyiarkan wawancara eksklusif dengan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah, bagi mendapatkan pandangannya mengenai isu-isu semasa dan pilihanraya yang menjelang tiba. 

Selanjutnya,klik DI SINI

LAGI KISAH IMAM PAS BERKELAKUAN SONGSANG...?


Perh...gilo...itu yang terkeluar dari mulut penulis...macam-macam hal IMAM PAS ni....sebelum ini IMAM BESAR PAS,USTAZ AZHAR berkelakuan songsang,kali ini IMAM PAS yang lain pula berkelakuan songsang.

Selanjutnya,klik DI SINI

GEMPAR...AZHAR IDRUS BERKELAKUAN SONGSANG??


Astaghfirullah, ulama tersohor PAS Ustaz Azhar Idrus kini sudah hilang pedoman apabila mengeluarkan ‘fatwa songsang’ dengan menyatakan tidak salah menghasut dibuat untuk tujuan kebaikan. Kenyataan bekas pemain gitar kumpulan pop Iklim hari ini seolah-olah cuba mengelirukan umat Islam dengan mengatakan hukum menghasut dibenarkan di dalam Islam sekiranya berniat untuk melakukan perubahan.

Selanjutnya,klik DI SINI

Monday, 18 March 2013

PAS JADI BALACI DAP?


KRISIS dalaman serta perebutan kerusi yang semakin panas antara pemimpin parti pakatan pembangkang di Perak sudah tidak dapat dibendung.
Walaupun cuba ditutup dengan penuh kepura-puraan termasuk lakonan mesra di pentas-pentas ceramah, pekung percakaran sesama pemimpin mereka sudah tidak mampu disembunyikan

Selanjutnya,klik DI SINI

HARUN TAIB MASUK UMNO????



Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Dato’ Harun Taib sebentar tadi menafikan akan memimpin majlis solat hajat tolak fitnah liwat III di kediaman Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini.
Harun ketika dihubungi wartawan sebentar tadi kesal dengan tindakan PKR menggunakan namanya tanpa merujuk kepada beliau terlebih dahulu.
Selanjutnya,klik DI SINI

GEMPAR..TANAH DI TERENGGANU DI LELONG PAS???




Pernah berlaku kecurian di sebuah hospital swasta di ibukota, pencuri terbabit bersama tiga pembantunya melarikan kad prabayar telefon bimbit dan wang tunai daripada mesin tambah nilai dianggarkan bernilai lebih RM40,000.
Menurut sumber polis, selain berkemahiran membuka mesin kad tambah nilai telefon bimbit, suspek licik memperdaya pengawal keselamatan dengan menyamar sebagai juruteknik syarikat mesin berkenaan.
Demikian kisah perkara yang tidak baik tapi dibuat cara bijaksana.
Namun ini berlaku dalam pemilikan tanah secara bijaksana mengaburi mata rakyat…..

Selanjutnya,klik DI SINI

HADI AWANG ADA KAITAN DENGAN PENGGANAS DI LAHAD DATU???



JOHOR BAHRU 17 Mac – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak sudah-sudah melatah membuat kutukan, dakwaan dan tuduhan tidak berasas ke atas kerajaan Barisan Nasional (BN).
Jika sebelum ini Abdul Hadi menyamakan atau mengibaratkan program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dipelopor kerajaan BN sebagai menyamai apa yang pernah dilakukan oleh Firaun, malam tadi beliau membuat kesimpulan peribadinya pula tentang serangan pengganas Sulu ke atas Lahad Datu.
Selanjutnya,klik DI SINI

ANWAR UPAH SAMSENG????

\
BUKIT MERTAJAM, 18 Mac 2013 : Sebuah majlis ceramah NGO yang diwakili dua penceramah, Zahid Mat Arip dan Zulkifli Nordin lewat malam  semalam telah dicemari dengan sebuah insiden di mana sebuah kumpulan yang dipercayai dari parti politik pembangkang telah menceroboh masuk ke dewan ceramah.

Selanjutnya,klik DI SINI