Showing posts with label chin ping. Show all posts
Showing posts with label chin ping. Show all posts

Friday, 20 September 2013

SEBAB CHIN PING WAJIB DI TOLAK.....

"MENGAPA CHIN PENG PERLU DI TOLAK SAMA SEKALI 

PKM - Partai Komunis Malaya yang ditubuhkan pada awal tahun 30an bekerjasama dengan pihak British menentang Jepun bukan hanya untuk membebaskan Malaya tetapi mempunyai agenda lebih besar dari apa yang kita ketahui.
 
i. PERTAMA, untuk mendapatkan bekalan senjata, peluru dan latihan ketenteraan dari pihak British. Selepas perang kesemua senjata ini tidak dipulangkan, malah digunakan pula untuk memerangi pihak British.
 
ii. KEDUA, matlamat utamanya adalah untuk mendominasi politik di MALAYA selepas perang dunia kedua dan menukar sistem pemerintahan kepada sebuahRepublik Komunis. Ini terbukti dengan percubaan mengambil alih pemerintahan di Malaya oleh PKM dan kuncu-kuncunya sejurus selepas kekalahan Jepun. Kalau tidak kerana penentangan berani masyarakat Sg. Manik dan kembalinya pihak British ke Malaya, mungkin lebih ramai orang Melayu akan di sembelih.
 
iii. KETIGA, orang-orang Cina memang berdendam dengan Jepun. Ini kerana Jepun telah menyerang CHINA pada tahun 1937 dan seterusnya membunuh dan menyeksa berjuta rakyatnya. Pembabitan PKM menentang Jepun di Malaya adalah sekadar membalas dendam dan melindungi kepentingan orang Cina di Malaya.

iv. KEEMPAT, Malaya adalah 'lombong emas' bagi British dan KOMUNIS CHINA. Bagi PKM menguasai Malaya dari segi politik dan ekonomi akan membolehkannya membantu negara asal membina semula ekonomi yang telah ranap akibat peperangan menentang penjajah dan peperangan sesama sendiri.

v. Mulai 1969 hingga 1989. kita saksikan PKM terus melaksanakan revolusi bersenjata yang meyebabkan ribuan angguta pasukan keselamatan dan rakyat kita (termasuk Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban dan lain-lain) terkorban ataupun cedera. Tidak kurang juga harta benda negara di musnahkan.

Thursday, 19 September 2013

8 SEBAB CHIN PING XLAYAK DI TANAM DI MALAYSIA????

Ringkasnya, mayat Chin Peng tidak wajar sama sekali dibawa balik untuk ditanam di bumi Malaysia ini samada dalam bentuk jasad, abu mahupun sehelai bulu sekalipun kerana:

1. tangannya penuh dengan darah anggota keselamatan dan rakyat Malaysia  yang dibunuh kejam oleh gerombolan subversif pimpinan Chin Peng;

2. ramai isteri yang menjadi janda, anak menjadi yatim piatu dan ibubapa kehilangan anak akibat pembunuhan oleh anasir subversif komunis pimpinan Chin Peng;

3. Chin Peng bukan warganegara Malaysia walaupun konon cerita beliau lahir di Sitiawan, Perak;

4. Chin Peng tidak menghormati kemerdekaan negara malah terus mengangkat senjata menentang negara ini dengan tujuan menggantikan pemerintahan yang sah pilihan rakyat dengan kerajaan komunis;

5. Chin Peng tidak mengambil peluang Perjanjian Damai Haadyai 02 Dis 1989 untuk balik hidup di Malaysia walaupun berpeluang berbuat sedemikian;

6. Chin Peng tidak pernah memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia atas kekejaman anasir subversif komunis pimpinan beliau, malah tidak pernah menunjukkan kekesalan atas perbuatan itu;

7. Sebahagian besar hidup Chin Peng dihabiskan di negara China dan kemudiannya di Thailand.  Malaysia bukan, dan tidak pernah menjadi tempat bermastautin Chin Peng ini;

8.  Sedangkan jenazah Allahyarham Usamah Bin Ladin pun tidak dibenarkan dibawa balik ke negeri asalnya, sebaliknya dicampak ke laut yang dirahsiakan lokasinya sehingga kini.

Wednesday, 18 September 2013

KISAH BENAR TENTANG KOMUNIS...

 Sejarah negara kita sedang dipersendakan ke peringkat paling maksimum. Mana boleh ketua Parti Komunis Malaya (PKM) bernama Chin Peng digelar pejuang kemerdekaan?

Saya kenali Chin Peng menerusi namanya sejak saya kecil di Kampung Separap, Simpang Kiri,
 Batu Pahat, Johor. Ayah, Ibu dan guru-guru saya sering menceritakan hal Chin Peng dan PKM kepada saya.

Dari cerita-cerita mereka, saya insaf bahawa Chin Peng adalah pengganas yang perlu disula. Kata Ibu saya, di kampung saya sendiri masih wujud bukti keganasan PKM pada tahun 1945.

Di kampung saya banyak rumah dibakar secara rambang. Di kampung saya ada sekeluarga Melayu di kuburkan hidup-hidup dan beramai-ramai oleh pengganas PKM.

Di kampung saya ada orang yang di sula dan digantungkan ke pohon pedada di pinggir Sungai Simpang Kiri. Di suatu kampung yang kira-kira empat kilometer dari kampung saya, terdapat sejarah penduduknya di humbankan ke dalam minyak yang menggelegak dalam kawah gergasi.

Mereka mati bagaikan katak. Di satu lagi kampung pendalaman kira-kira enam kilometer dari kampung saya, sebuah surau pernah dijadikan pusat pengganas Bintang Tiga (PKM) untuk berpesta meminum arak dan menikmati juadah khinzir panggang.

Di situ juga sekumpulan perawan Melayu pernah dirogol dan diperkosa oleh gerombolan pengganas yang sama. Berikutan seluruh peristiwa di atas, bangkitlah angkatan pemuda parang panjang pimpinan Allahyarham Kiayai Salleh.

Kumpulan ini lebih dikenali sebagai Pejuang Selempang Merah. Mereka bertindak dan berjuang semata-mata untuk memansuhkan kezaliman PKM. Mereka adalah pahlawan yang tidak pernah didendang.

Mereka berjuang demi agama, bangsa dan tanahair. Saya belum pernah berterus-terang sebegini menerusi tulisan di blog ini sebelum ini kerana khuatir dituduh sebagai mengapi-apikan semangat perkauman.

Tetapi, saya pernah suarakan kisah di atas di Dewan Rakyat sehingga membuatkan pihak DAP senyap dan tergamam. Oleh itu, tanpa apologi kepada sesiapa, hari ini saya katakan bahawa saya hilang sabar bila ada individu mengatakan pejuang kemerdekaan negara adalah Chin Peng.

Pastinya luahan suara bangkangan saya ini disetujui oleh penduduk di sekitar Pagoh, Bukit Pasir dan Bukit Kepong, Muar, yang terdapat waris-waris mereka dibunuh oleh PKM yang zalim.

Pastinya orang Pontian juga turut menyimpan kisah seperti ini dalam lipatan sejarah keluarga masing-masing. Begitu juga dengan masyarakat Melayu di Bahau, Negeri Sembilan; di Sekinchan, Selangor; dan di Sungai Manik, Perak. Mereka juga mempunyai sejarah keganasan PKM yang hampir serupa bentuk dan kisahnya.

Beribu-ribu keluarga bekas Polis Khas atau Special Constable (SC), Polis biasa dan Askar Melayu juga pastinya amat arif akan kezaliman PKM.

Beratus-ratus ayah, pakcik, dan anggota keluarga mereka di bunuh anggota PKM sewaktu mempertahankan tanahair di zaman darurat.

Waris-waris askar Melayu yang hilang kaki, hilang tangan dan hilang nyawa akibat bom dan jerangkap samar PKM di Lembah Gubir pun pastinya mengakui bahawa Chin Peng dan PKM bukan pejuang kemerdekaan negara.

Cukuplah setakat ini curahan rasa bangkangan saya terhadap individu yang sedang mempersendakan sejarah perjuangan bangsa kita memerdekakan negara.

Saya harap pihak berkuasa akan segera bersuara dan bertindak untuk membetulkan fakta dan hakikat sejarah yang sebenar-benarnya.

Kredit: perjuangan sejati...

Tuesday, 17 September 2013

HISHAMUDDIN RAIS PUJA CHIN PING????

Hishamuddin Rais Pohon Syafaat Chin Peng?

Ironi sekali apabila musuh negara iaitu Chin Peng meninggal dunia di subuh Hari Malaysia yang ke-50. Ini menjadikan sambutan hari bersejarah ini semakin bermakna. Mungkin ada yang berkata bahawa kita tidak perlu terlalu emosi bila bercakap tentang komunis kerana pergerakan itu telah tenggelam dalam lipatan sejarah.

Namun, hakikatnya pergerakan komunis masih belum menjadi sejarah, ia masih lagi bergerak secara senyap bagai bara api yang enggan padam. Akhir-akhir ini, ia kembali memperlihatkan kepulan asap hitam yang mampu mengancam negara apabila beberapa usaha dilakukan untuk menjadikan komunis sebagai wira. Malah, pada hari ini, ia dilakukan secara terbuka melalui parti pembangkang.

Sepertimana yang kita tahu, DAP telah lama berusaha mengagungkan komunis. Berbagai usaha dilakukan untuk tujuan itu termasuk menyebarkan risalah sehinggalah kepada membuat filem The New Village semata-mata untuk mengasak sejarah rekaan ke dalam minda anak muda negara ini.

Begitu juga dengan PKR yang turut memberi isyarat menyokong komunis melalui tindakan mereka menolak jalur gemilang tetapi menjulang bendera Sang Saka. PAS, bagaimanapun, seperti biasa tidak tahu apa-apa, hanya menurut sahaja dan sekali sekala turut bersuara menyokong komunis melalui Timbalan Presiden mereka.

Justeru, kematian Chin Peng yang diraikan oleh rakyat Malaysia menjadi tarikh perkabungan bagi pembangkang. Tidak cukup dengan desakan untuk membawa balik abu mayat Chin Peng ke Malaysia, Hishamuddin Rais blogger ‘tersohor’ mereka menobatkan Ching Peng sebagai ‘pejuang negara’ yang setaraf Nabi.

Ini dilakukan melalui laman sosial peribadinya yang menyebut “16 September sebagai hari mengingati pejuang negara, ‘wafatnya’ Chin Peng”.

Hishamuddin Rais sudah dikenali sebagai manusia yang ‘sesat’ dalam hidup. Jika sesetengah manusia menjadi sesat dalam mencari pegangan, tetapi Hishamuddin Rais tidak pernah mencari pegangan. Beliau sesat atas pilihannya sendiri untuk hidup dalam ‘kebebasan’ iaitu tidak terikat kepada apa-apa bentuk budaya, bangsa, kepercayaan dan agama. Beliau selesa hidup terapung-apung, kononnya itulah cara hidup yang benar.

Manusia seperti Hishamuddin mengagungkan Chin Peng bukan kerana beliau benar-benar percaya kepada komunisme ataupun sejarah yang diubah. Tetapi, beliau mengagungkan Chin Peng semata-mata untuk menentang kerajaan dan mencabar kebenaran. Pendek kata, beliau sengaja ingin memberontak sekadar untuk memenuhi cara hidupnya yang enggan mengikut arus.

Manusia seperti Hishamuddin Rais ini sebenarnya hanya ingin menjadi terkenal atau glamour. Ingin disanjung dan ingin dihormati. Malangnya, beliau tidak punya bakat atau kebolehan atau kebijaksanaan yang hebat untuk meletakkan dirinya di puncak. Oleh itu, cara yang paling mudah ialah menentang kerajaan, membuat kacau dan membuat kenyataan kontroversi agar namanya disebut-sebut.

Nampaknya, beliau telah berjaya juga untuk menjadi orang yang dikenali. Apa perlukah kita mengucapkan tahniah padanya? Apakah beliau benar-benar percaya yang beliau adalah manusia ‘berjaya’?

Ya, beliau memang telah berjaya. Hishamuddin Rais telah berjaya menipu dirinya sendiri kononnya beliau merupakan manusia yang membawa makna dalam sejarah negara.

Hakikatnya, beliau langsung tidak bermakna kepada sesiapa termasuk dirinya sendiri.

Apa yang beliau tidak mungkin terfikir ialah, Chin Peng yang disanjungnya juga tidak akan mengiktiraf kewujudan manusia bernama ‘Hishamuddin Rais’ ini. Malah, jika komunis berjaya memerintah Malaysia juga, Hishamuddin Rais akan dipinggirkan kalaupun tidak disepak terajang ke sana ke mari oleh kepimpinan Cina. Biarpun Hishamuddin sanggup meminum air tapak kaki mereka, beliau tetap akan dilayan seperti sampah jua.

Dan sesungguhnya, itulah yang paling sesuai untuk dirinya.

Hishamuddin adalah sampah sarap yang bersuara. Sampah sarap seperti beliau bukan sahaja tidak berguna kerana tidak boleh dikitar semula tetapi membawa kemusnahan kepada alam sekitar dan manusia sejagat. Beliau menghabiskan hidupnya dengan membuat onar kepada agama, bangsa dan negara tanpa tujuan yang pasti, sekadar untuk memuaskan hati sendiri.

Kepada Hishamuddin Rais, tiada apa yang dapat kita nasihatkan lagi. Jika Chin Peng sudah setaraf Nabi baginya, tidak mustahil beliau turut memohon syafaat Chin Peng dan berdoa akan ditempatkan bersama ‘pejuang’ itu di alam akhirat nanti…. Siapa tahu, mungkin tidak lama lagi…