Friday, 20 September 2013

SEBAB CHIN PING WAJIB DI TOLAK.....

"MENGAPA CHIN PENG PERLU DI TOLAK SAMA SEKALI 

PKM - Partai Komunis Malaya yang ditubuhkan pada awal tahun 30an bekerjasama dengan pihak British menentang Jepun bukan hanya untuk membebaskan Malaya tetapi mempunyai agenda lebih besar dari apa yang kita ketahui.
 
i. PERTAMA, untuk mendapatkan bekalan senjata, peluru dan latihan ketenteraan dari pihak British. Selepas perang kesemua senjata ini tidak dipulangkan, malah digunakan pula untuk memerangi pihak British.
 
ii. KEDUA, matlamat utamanya adalah untuk mendominasi politik di MALAYA selepas perang dunia kedua dan menukar sistem pemerintahan kepada sebuahRepublik Komunis. Ini terbukti dengan percubaan mengambil alih pemerintahan di Malaya oleh PKM dan kuncu-kuncunya sejurus selepas kekalahan Jepun. Kalau tidak kerana penentangan berani masyarakat Sg. Manik dan kembalinya pihak British ke Malaya, mungkin lebih ramai orang Melayu akan di sembelih.
 
iii. KETIGA, orang-orang Cina memang berdendam dengan Jepun. Ini kerana Jepun telah menyerang CHINA pada tahun 1937 dan seterusnya membunuh dan menyeksa berjuta rakyatnya. Pembabitan PKM menentang Jepun di Malaya adalah sekadar membalas dendam dan melindungi kepentingan orang Cina di Malaya.

iv. KEEMPAT, Malaya adalah 'lombong emas' bagi British dan KOMUNIS CHINA. Bagi PKM menguasai Malaya dari segi politik dan ekonomi akan membolehkannya membantu negara asal membina semula ekonomi yang telah ranap akibat peperangan menentang penjajah dan peperangan sesama sendiri.

v. Mulai 1969 hingga 1989. kita saksikan PKM terus melaksanakan revolusi bersenjata yang meyebabkan ribuan angguta pasukan keselamatan dan rakyat kita (termasuk Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban dan lain-lain) terkorban ataupun cedera. Tidak kurang juga harta benda negara di musnahkan.

No comments:

Post a Comment