Saturday 14 September 2013

SAMSENG BERSIH KENA PENJARA....???SAMSENG TAIK KUCING....

KUALA LUMPUR 13 Sept. - Seorang lelaki dihukum penjara setahun dan denda RM5,500 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah didapati bersalah atas tiga pertuduhan termasuk mencederakan seorang wartawan stesen TV AlHijrah semasa perhimpunan Bersih 3.0, tahun lalu.

Hakim Mahmud Abdullah memutuskan demikian setelah pihak pendakwaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap Mohd. Safuan Mamat @ Nordin, 26, di akhir kes pembelaan.
Beliau memerintahkan bagi pertuduhan pertama, lelaki yang bekerja sebagai penoreh getah itu dihukum penjara setahun dan denda RM3,000 manakala pertuduhan kedua, dia dipenjara tiga bulan dan denda RM2,000. Bagi pertuduhan ketiga, tertuduh dihukum penjara sebulan dan denda RM500.

Beliau turut memerintahkan hukuman itu dilaksanakan serentak bermula hari ini dan tambahan penjara enam bulan lagi jika tertuduh gagalmembayar denda tersebut.

Mohd. Safuan didapati bersalah atas tuduhan merosakkan kenderaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggunakan kon semasa mengambil bahagian dalam rusuhan di Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini pada pukul 3.50 petang, 28 April 2012.
Dakwaan terhadapnya dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Haffiza Jemali mengikut Seksyen 440 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda.

Dia juga didapati bersalah menggunakan kekerasan dengan mendatangkan kecederaan terhadap Konstabel Mohamad Kamil Paiman ketika perhimpunan itu di tempat, masa dan tarikh yang sama. Bagi pertuduhan itu dia didakwa mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Dia turut didapati bersalah menyebabkan kecederaan terhadap wartawan stesen TV AlHijrah, Mohd. Azri Mohd. Salleh, 29, di tempat masa dan tarikh sama sama.

Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya. Dalam rayuan sebelum hukuman dijatuhkan, Mohd. Safuan yang diwakili
peguam, Dr. Zulqarnain Lokman memohon hukuman ringan atas alasan anak guamnya secara sukarela telah menyerah diri kepada pihak polis walaupun semasa kejadian banyak individu lain yang terlibat.

Katanya, anak guamnya yang hanya berpendapatan RM500 sebulan tidak pernah gagal menghadiri perbicaraan walaupun terpaksa berulang alik dari Terengganu.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan permohonan tertuduh untuk mengantung hukuman tersebut dengan menambah jumlah jaminan daripada
RM1,000 kepada RM9,000.

-utusan malaysia-

1 comment:

  1. Sepatutnya sebelum Bersih 3.0 dulu lagi dah kena fikir.Perlukah aku terbabit sama dgn gaji RM500 sebulan sebagai penoreg getah di Terengganu.Adakah pemimpin2 besar aku akan tolong jamin dan lepaskan aku dari penjara jika dirangkap kelak.Lu fikirlah sebelum berlaku....

    ReplyDelete