Tuesday 10 September 2013

ISLAM NAK DIHAPUSKAN DI MALAYSIA INI...?

Matlamat COMANGO Untuk Hapus Islam Sebagai Agama Rasmi

Gabungan NGO Malaysia telah mengadakan satu taklimat pada 11 Julai 2013 yang lalu bagi Proses UPR (COMANGO).  Ia dipengerusikan oleh Tian Chua dan dihadiri oleh wakil-wakil NGO, antaranya Hak Asasi Manusia, Majlis Peguam, SOGI atau Sexual Orientation and Gender Identity yang memperjuangkan LGBT, dan lain-lain lagi.

Malaysia bakal menjalani proses Semakan Berpenggal Sejagat (UPR) Majlis hak Asasi Manusia PBB pada 24 Oktober 2013 di Geneva, Switzerland.  Proses ini akan menentukan tahap komitmen Malaysia terhadap Hak Asasi Manusia mengikut syor yang dikemukakan oleh Negara-negara PBB pada UPR pertama pada tahun 2009.

Secara dasarnya, Malaysia adalah sebuah negara yang meletakkan hak asasi manusia di tempat yang cukup tinggi.   Hanya di Malaysia kita melihat semua agama mendapat ruang yang cukup besar dari segi pembangunan tempat ibadah.  Hanya di Malaysia, kita melihat kaum minoriti diberi hak ke atas sekolah berasingan serta bebas mempunyai akhbar sendiri, mengamalkan bahasa ibunda masing-masing sehingga mengabaikan Bahasa Kebangsaan.

Hanya di Malaysia juga, kita melihat kaum minoriti ‘berkuasa’ menekan dan mencabar kaum majoriti, malah mengejek dan mempersenda kerajaan dan Raja-raja secara terbuka tanpa dikenakan apa-apa tindakan.

Di Malaysia, masalah hak asasi sebenar seperti buruh kanak-kanak atau diskriminasi wanita dalam pendidikan dan pekerjaan, tidak menjadi isu langsung.  Pendek kata, semua manusia ‘normal’ di Malaysia bebas mengamalkan hak masing-masing dengan batas-batas tertentu agar tidak melanggar perlembagaan dan juga hak asasi orang lain sesuai dengan ketamadunan manusia.

Justeru, meletakkan Malaysia di bawah pemantauan COMANGO merupakan sesuatu yang meragukan.   Dan keraguan ini terjawab apabila melihat isu-isu yang ditimbulkan di dalam Deraf Laporan COMANGO.

Antara isu yang menjadi perhatian COMANGO ialah isu LGBT atau SOGI.  COMANGO menuntut penghapusan seksyen 377A Kanun Kesiksaan dalam undang-undang Malaysia berhubung salah laku liwat serta menuntut hak dan kebebasan kepada golongan LGBTIQ.

COMANGO juga menuntut penghapusan peruntukan-peruntukan berkaitan kesalahan mengikut undang-undang syariah yang memberi rujukan negatif terhadap permasalahan moral yang dilihat sebagai ‘hak peribadi’ (Perkara 9.1 dan 9.5 DLC) yang timbul dari kedudukan Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan yang memposisikan Islam sebagai Agama Persekutuan dan Enakmen-enakmen berkaitan kesalahan-kesalahan Syariah.

No comments:

Post a Comment