Tuesday, 10 September 2013

APA LAGI ORANG MALAYSIA NAK....?

Apa Lagi Yang Rakyat Mahu?

Setelah mengalami �kejutan� dalam PRU-13 lalu, BN terus mengharungi berbagai cabaran dalam usaha meneruskan pemerintahan.  Sejurus selepas PRU, BN perlu berhadapan dengan serangan dari pembangkang dalam bentuk demonstrasi dan fitnah yang tidak kunjung henti.  Bagaimanapun, setelah beberapa ketika, serangan pembangkang semakin reda.  Kalau adapun, ianya tidaklah sehebat mana, malah jelas terlihat seolah-olah ia hanyalah usaha untuk mengalih perhatian.

Sebaliknya, apa yang berlaku ialah BN menghadapi serangan dari pihak penyokong sendiri.

Serangan yang pada mulanya berupa persoalan, semakin hari semakin hangat sehingga mencetuskan ketegangan sama ada sesama blogger mahupun pihak atasan.  Akhir-akhir ini, serangan dari penyokong BN telah mencapai tahap tertinggi iaitu terus kepada Perdana Menteri dan mereka-mereka di sekeliling beliau.

Jika diteliti, serangan dari pihak penyokong BN ini bermula sejak barisan kabinet diumumkan lagi.  Jelas, ramai yang tidak berpuas hati dengan barisan kabinet yang menyenaraikan muka-muka yang pernah menjadi kontroversi.  Semakin hari, serangan semakin hebat sehingga hampir mengaburi segala kebaikan dan pencapaian BN sepanjang pemerintahan Dato� Seri Najib Razak.

Untuk berlaku adil, rakyat harus menilai kepimpinan tanpa terbawa-bawa dengan emosi.  Di masa yang sama, kepimpinan juga perlu berlaku adil dengan mengambilkira resah hati rakyat tanpa terbawa-bawa dengan ego dan juga kepentingan diri.

Sehingga ke hari ini, kita tidak dapat menafikan bahawa Dato� Seri Najib telah melakukan begitu banyak perubahan dan kebaikan kepada rakyat dan negara.  Antaranya: 
 
�         11 Julai 2009 � Mengumumkan penubuhan Tabung Amanah Saham 1Malaysia.
 
�         7 Jan 2010 � Menubuhkan Klinik 1Malaysia untuk golongan berpendapatan rendah menjalani rawatan dengan bayaran RM1.
 
�         31 Jan 2010 � Menubuhkan Tabung Penyelenggaraan Satu Malaysia (TP1M) dengan peruntukan RM37.6 juta.
 
�         28 Jan 2010 � Memperkenal Program 1AZAM (Akhiri Zaman Miskin) bertujuan membina keupayaan golongan ini dan mewujudkan peluang pekerjaan melalui gabungan pekerjaan dan keusahawanan.
 
�         19 Feb 2011 � Lancar Program Transformasi Kedai Runcit Kecil (Tukar) sebagai usaha memodenkan peruncit kecil dan sekaligus membantu mereka meningkatkan daya saing.
 
�         22 Jun 2011 � Membangunkan Kedai Rakyat 1Malaysia

�         7 Okt 2011 � Memperkenalkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 diberi kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan ke bawah yang kni menjadi inisiatif tahunan
 
�         4 Julai 2011 � Mengilhamkan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).
 
�         7 Julai 2011 � Menu Rakyat 1Malaysia diperkenal dengan harga siling RM2 dan juadah tengah hari pada harga RM4
�         7 Julai 2011 � Lancar projek My Rapid Transit (MRT), kaedah pengangkutan utama Malaysia ke arah memperkukuh sistem pengangkutan awam negara.
 
�         19 Dis 2011 � Lancar televisyen Internet dan mobil pertama negara, 1Malaysia TV.
 
�         18 Feb 2012 � Menubuhkan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) pertama di Gopeng, Perak dan beberapa lagi dibuka di Kelantan, Melaka dan Pahang.
 
�         23 Jun 2012 � Lancar Pusat Transformasi Bandar (UTC) pertama di Melaka dan pada 22 Sept tahun yang sama,sebuah lagi UTC dibuka di Pudu Sentral.

�         24 Jun 2012 � Lancar program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma) dengan insentif hampir RM35 juta untuk golongan pemandu teksi.
 
�         7 Julai 2012 � Memperkenal Pelan Induk Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) bagi membawa pembangunan PKS ke peringkat lebih tinggi menerusi peningkatan produktiviti.
 
�         14 Julai 2012 � Lancar Kedai Kain Rakyat 1Malaysia (KKR1M) sebagai usaha berterusan kerajaan membantu meringankan beban rakyat.
 
�         7 Ogos 2012 � Memperkenal kad �1Malaysia Privilege Card� khusus buat 241,000 anggota dan pegawai polis dan tentera.
 
�         28 Sept 2012 � Melaksanakan pemberian pusingan kedua Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan diperluas kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas.
 
�         12 Nov 2012 � Memperkenal Pusat Panggilan 1Malaysia (1MOCC) yang beroperasi 24 jam sehari bagi melonjakkan perkhidmatan awam ke tahap bitara.

�         15 Feb 2013 � Lancar Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KARISMA @Hati Rakyat) inisiatif terbaharu bagi membantu rakyat berpendapatan rendah dan miskin dengan peruntukan sebanyak RM50 juta diagihkan kepada 200,000 penerima.
 
�         16 Mac 2013 � Mini UTC pertama dibuka di Kompleks Perniagaan dan Komuniti Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur.
 
�         28 Sept 2012 � Pemberian sumbangan RM1,000 secara sekali bayar kepada bekas tentera yang bersara kurang daripada 21 tahun perkhidmatan serta tidak berpencen. Seramai 224,000 bekas tentera mendapat manfaat.
 
�         15 Dis 2012 � Memperkenal Program Pengiktirafan Veteran 1Malaysia untuk kebajikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
 
�         23 Feb 2010 � Umum peruntukan sebanyak RM3.4 bilion kepada Sarawak menerusi NKRA bagi merancakkan semua projek pembangunan di negeri itu terutamanya di kawasan luar bandar.
 
�         23 Feb 2010 � Umum peruntukan khas RM35 juta untuk tiga projek memajukan kehidupan rakyat di empat skim penempatan semula Kawasan Pemerintah Keselamatan Rajang (Rascom) di Sibu Sarawak.

�         25 Mac 2013 � Meluluskan tuntutan Dana Pencen, imbuhan tetap perumahan, pembayaran sagu hati tamat perkhidmatan dan enyelarasan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada tujuh agensi Badan Berkanun yang Diasingkan Saraan BBDS).
 
�         25 Okt 2010 � Lancar Program Transformasi Ekonomi (ETP) dengan 18 projek permulaan (EPP).
 
�         11 Jan 2011 � Umum 19 lagi EPP yang akan menjana pelaburan hampir RM67 bilion.
 
�         7 Okt 2011 � Memperuntuk bantuan tunai RM100 buat semua pelajar sekolah dan RM200 baucar buku untuk pelajar universiti.
 
Program-program yang disenaraikan di atas adalah yang melibatkan rakyat secara langsung.  Walaupun kelihatan begitu banyak sekali, tetapi entah kenapa masih terdapat rungutan di kalangan rakyat, terutama bumiputera yang merasakan diri mereka dipinggirkan oleh kerajaan. 

Rakyat, terutama bumiputera yang menyokong BN, mempersoalkan kerajaan kerana tunduk kepada desakan pembangkang untuk menghapuskan Akta Pencegahan dan Keselamatan Dalam Negeri sekali gus membebaskan tahanan terus ke dalam masyarakat.  Keputusan ini ternyata salah apabila kadar jenayah meningkat secara drastik.
 
Sikap beberapa anggota kabinet yang angkuh, samseng dan tidak beretika turut menambah keraguan rakyat terhadap kerajaan.   Apatah lagi apabila rakyat telah terlebih awal melihat perlantikan mereka sebagai satu kesilapan.   
 
Justeru, terbentuklah persepsi bahawa kerajaan tidak punya kredibiliti, takut kepada pembangkang dan tidak mendengar suara rakyat.  Akibatnya, setiap satu yang dilakukan kerajaan semuanya diragui kerana rakyat telah memutuskan bahawa kerajaan hanya mementingkan pembangkang dan minoriti selain menjaga kepentingan sendiri.  
 
Dan nampaknya, setakat ini, masih tiada penjelasan yang mampu memulihkan persepsi negatif ini.   
 
Pengumuman pengurangan subsidi minyak baru-baru ini dilihat bagaikan simbahan petrol ke atas api yang sedang membara.  Rakyat kini mula memperinci keputusan kerajaan dari segi ekonomi.  Kejatuhan ringgit, kelembapan pasaran, penurunan kadar eksport, pelaburan asing yang tidak menggalakkan dan sebagainya diambil sebagai bukti bahawa kerajaan tidak cekap. 
 
Walaupun pada dasarnya rakyat turut menyalahkan pembangkang kerana sering memburukkan Malaysia sehingga menyebabkan pelaburan asing jatuh tetapi alasan ini masih tidak mampu mengurangkan marah mereka terhadap kerajaan.  Bagi rakyat, alasan pelaburan asing semata-mata adalah tidak cukup bagi menjelaskan keadaan ekonomi Malaysia yang semakin merudum. 

Namun, apa yang benar-benar membuat rakyat marah ialah apabila mengetahui bahawa semua konsultan dan pakar-pakar, termasuk dari luar negara itu dibayar berjuta-juta ringgit dalam keadaan ekonomi semakin merosot.
 
Justeru, rakyat mula membandingkan Malaysia di kala menjadi Harimau Asia tidak memerlukan konsultan asing tetapi hanya bergantung kepada kepakaran anak Malaysia yang berpengalaman dan telah terbukti berjaya, untuk membantu kerajaan. 
 
Keadaan bertambah buruk apabila rakyat mengetahui bahawa beberapa individu yang terlibat menasihat dan membantu kerajaan, mempunyai latarbelakang yang diragui iaitu cenderung menyokong pembangkang.  Malah ada juga yang mempunyai kehidupan peribadi liar, yang tidak sepatutnya bagi seorang yang terlibat dalam rahsia negara.  Akibatnya, rakyat tidak dapat mengelak dari terus meragui kerajaan apabila membayangkan bagaimana individu seperti itu mempunyai akses kepada maklumat sulit serta strategi keselamatan negara.   Mengambil mudah persepsi rakyat adalah satu risiko yang BN tidak mampu tangani. 

Dalam era teknologi maklumat ini, tiada apa yang menjadi rahsia lagi.  Untuk pengetahuan, senario di syarikat-syarikat milik kerajaan atau GLC turut menyumbang kepada persepsi buruk rakyat terhadap kerajaan.  Apa yang berlaku dengan MAS-Air Asia sehingga kedua-duanya perlu membayar denda RM10 juta menguatkan persepsi ini.   Malah, di laman-laman sosial, rungutan dari mereka yang berkait dengan GLC cukup lantang memperkatakan tentang permainan halus untuk menyingkir para nasionalis dari jawatan atasan.  Rakyat kini memerhatikan apa yang berlaku di Petronas dengan dekat. 
 
Tindakan kerajaan melantik personaliti yang mempunyai imej buruk di mata rakyat sebagai peneraju syarikat-syarikat yang berkait dengan kerajaan pula seolah-olah ingin membuktikan bahawa semua persepsi rakyat itu benar belaka. 
 
Kecenderungan tunduk pada desakan pembangkang, keputusan yang berunsur liberalis iaitu mementingkan keterbukaan pasaran yang keuntungan golongan kaya, memujuk golongan miskin dengan BR1M yang tidak memberi apa-apa makna dalam persaingan ekonomi yang semakin sengit, perlantikan personaliti kontroversi ke kabinet dan GLC serta ketiadaan projek yang signifikan untuk menjana pendapatan menjadikan rakyat memandang kerajaan dengan pandangan yang sinis sekali.  Pengurangan subsidi hanyalah �alat kawalan jauh� bagi sebuah bom jangka. 

Perit untuk diakui bahawa segala konsultan untuk membina dan memulihkan imej, memperkenalkan slogan, �branding� atau �rebranding� yang bernilai berjuta-juta, telah akhirnya memburukkan lagi imej kerajaan. 
 
Walaupun kerajaan berjanji tidak akan meminggirkan bumiputera biar apapun berlaku, namun persoalannya, bagaimanakah kerajaan mengatasi persepsi buruk yang telah terpahat kuat ini?  Rakyat inginkan bukti, bukan janji. Rakyat ingin melihat hasil, bukan persembahan �powerpoint� yang hebat.  Rakyat ingin melihat �kerja� bukan �politik�.  Hentikan tindakan melantik seseorang atau berbuat sesuatu atas alasan politik.  Kita ingin melihat BN memerintah selama-lamanya, bukan sehingga PRU-14 sahaja.
 
Akhir sekali, inilah diingatkan bahawa jika subsidi dikurangkan lagi tanpa terlebih dahulu  mengatasi persepsi buruk ini, maka BN pasti akan mengalami mimpi ngeri.

No comments:

Post a Comment