Friday 13 September 2013

LGE NK JUAL MALAYSIA??????

Burukkan Negara Depan Pelabur:  Bukti Lim Guan Eng Kurang Cerdik

Bayangkan seorang peniaga mengadakan promosi barangan di hadapan pelanggan tetapi memburukkan barangannya sendiri.  Tentulah peniaga tersebut gila atau pun paling bodoh di dunia.  Teapi itulah yang dilakukan oleh Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang dalam misi pelaburan ke Hong Kong baru-baru ini.

Di dalam misi tersebut, Guan Eng telah memberi gambaran kepada pelabur bahawa Malaysia berada dalam keadaan tidak selamat dan bahawa kononnya kerajaan menggunakan cara yang tidak wajar semata-mata untuk menjimatkan kos sehingga mengabaikan soal keselamatan.

Tentu ramai yang terkejut dengan berita ini dan kita yakin, para pelabur yang mendengarnya juga pasti menggeleng-gelengkan kepala memikirkan apakah jenis Ketua Menteri yang menerajui Pulau Pinang.

Telah dikatakan bahawa Guan Eng ini bukanlah seorang yang bijak.  Guan Eng bernafas dalam dendam kesumat dan keangkuhan yang parah yang membutakan mata hatinya dan menjadikan beliau hamba kepada kebencian yang meluap-luap.  Keadaan ini menjadikan beliau tidak dapat berfikir dengan baik sehingga menjadi bodoh.

Akibatnya, Guan Eng lupa bahawa beliau mewakili negerinya untuk menarik pelabur bukan membuat mereka lari.  Jika pelabur berjaya ditarik, beliau juga yang mendapat nama. 

Tetapi, Guan Eng rela membiarkan Pulau Pinang tidak mendapat apa-apa pelaburan asalkan Malaysia juga tidak mendapat apa-apa pelaburan.  Semuanya kerana beliau ingin melihat keruntuhan Malaysia agar dapat menyalahkan Barisan Nasional. 

Nampaknya, Guan Eng bukan seorang Ketua Menteri yang bertanggungjawab.  Kita tahu bahawa beliau sudah kaya raya dan kehidupannya tidak akan terjejas sekiranya pelaburan asing merosot, tetapi yang akan terjejas ialah rakyat keseluruhan dari segi peluang pekerjaan dan penjanaan ekonomi negara untuk kegunaan sektor lain. 

Dalam usahanya untuk memburukkan Malaysia, Guan Eng juga membayangkan bahawa rasuah di Malaysia amat kronik sehinggakan sejumlah RM51 billion boleh dijimatkan jika pengurusan kerajaan benar-benar telus.  Memetik jumlah dan menuduh sesuka hati tanpa sebarang perincian memanglah mudah. 

Tetapi realitinya, 62.0% (RM125.8 Juta) dari perbelanjaan operasi adalah untuk Emolumen, Bayaran Khidmat Hutang, Pencen & Gratuiti dan Supplies & Services (Sewa, pembaikan dan maintenance, Utiliti dsb)

Manakala, Belanja Pembangunan Kerajaan bagi Tahun 2012 hanyalah sebanyak RM46.9 juta. Katakanlah Kerajaan boleh menjimatkan 25% belanja pembangunan daripada pengurusan kontrak dan rasuah, jumlah penjimatan adalah [RM46.9 juta*25%] RM12.4 juta.  Jadi, di manakah logiknya penjimatan sehingga RM51 bilion? 

Namun, kita faham yang Guan Eng memang mempunyai masalah dengan matematik.  Kita sedia maklum yang DAP mempunyai masalah untuk mengira jumlah undi yang tidak sampai 2,000 pun.  Kerana itu, DAP terpaksa mengadakan pemilihan CEC semula.  Atas dasar ini, mungkin kita patut bertolak ansur dengan Guan Eng.

Bagaimanapun, kita tidak boleh bertolak ansur atas sikap tidak bertanggungjawab Guan Eng yang telah menyebabkan pelaburan di Pulau Pinang merudum.  Lebih pelik lagi, dalam keadaan ini juga, Guan Eng masih mendabik dada konon beliau berjaya mengurangkan hutang negeri dalam sekelip mata. 

No comments:

Post a Comment