SIAPA MURTADKAN UMAT ISLAM...???
Pembangkang sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapat sokongan golongan kafir sehingga rela mengorbankan kepentingan Islam.
Dalam isu rampasan 353
naskahAl kitab versi bahasa Melayu yang menggunakan kalimah Allah, pakatan pembangkang
yang memerintah Selangor sanggup menghukum pihak Jabatan Islam Agama Islam
Selangot (Jais).
Lebih malang menteri besar Khalid Ibrahim yang
berbangsa Melayu dan beragama Islam mengarahkan pula
pihak Jais kepada Kementerian Dalam Negeri berhubung tindakan rampasan kitab Kristian tersebut.
Sepatutnya beliau sebagai menteri besar wajib mempertahankan tindakan Jais sebagai sebuah agensi
di bawah kerajaan negeri.
Sebaliknya Khalid lebih senang melihat Jais di
kritik hebat oleh parti cauvinis Cina, Dap.
Malah beliau tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap tigaAdun
Dap yang ingin membawa cadangan pindaan terhadap Enakmen Agama Bukan Islam Selangor
(Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988.
Tiga Adun DAP Selangor tersebut – Lau Weng
San (KampungTunku), Rajiv Rishyakaran (Bukit Gasing) dan Yeo Bee Yin
(DamansaraUtama) – kini sudah sampai ketahap kurang ajar
dan berani untuk mencabar kesucian dan martabat Islam di
negeri itu kononnya atas hak kebebasan beragama.
Strategi hak kebebasan beragama inilah yang
menjadi modal kepada pembangkang pimpinan Anwar Ibrahim untuk menekan kerajaan supaya golongan bukan
Islam juga mempunyai hak sama seperti umat Islam di negara ini.
Atas alasan untuk keselarasan dengan Perlembagaan
Persekutuan
tujuan pindaan tersebut adalah bagi memudahkan pendakwah-pendakwah Kristian yang
didokong oleh pembangkang untuk memurtadkan orang Islam terutamanya anak-anak muda.
Dalam hal ini Pas sebagai sekutu PKR dan Dap
tidak dapat membuat apa-apa respons keras terhadap sikap tigaAdun Dap
itu kerana parti itu sendiri pun sudah menjadi balaci parti rasis itu.
Bagaimana boleh diharapkan Pas menentang Dap
apabila ia juga menyokong penggunaan kalimah Allah di dalamAl kitab yang
menjadi pendirian rasmi pakatan pembangkang.
Sesungguhnya Pas
telah terperangkap dalam permainan kotor Dap dan PKR untuk merosakkan Islam.Ia sukar untuk berkata tidak kepada segala kehendak
Dap dan PKR kerana pemimpin-pemimpinnya sudah mendapat keuntungan besar dari segi kewangan,
kedudukan dan dan projek daripada Dap di Pulau Pinang dan PKR di Selangor.
Pemimpin Pas telah berjaya dibeli dengan wang
ringgit
dan kemewahan supaya mereka tutup mulut dan tidak berkata apa-apa terhadap tindakan Dap
dan PKR yang menjejaskan kedudukan Islam di negara ini.
Ini membuatkan Pas
sebagai pembelit kepada bangsa Melayu dan juga Islam.PKR pula
langsung tidak boleh diharapkan memperjuangkan agenda Islam
walaupun pimpinan atasan kebanyakan adalah orang Islam.
Masakan Islam menjadi penting bagi PKR
bila mana Liberalisme dan Pluralisme adalah agama anutan mereka.Sudah tentu dalam isu kalimah Allah, pendirian
PKR adalah lebih teruk daripada Pas yang sudah menjadi alat Dap.
PKR pula berperanan menyebarkan fahaman yang
anti Islam merosakkan akidah umat Islam di negara ini.Anwar
sendiri tidak berani untuk mempertahankan tindakan Jais malah menyalahkan agensi itu atas tindakannya.
Sepatutnya pihak gereja yang
harus dipersalahkan kerana bersikap anti Islam
apabila terus mendesak untuk menggunakan kalimah Allah di dalam penerbitan majalah
Herald.Ini kerana mahkamah tinggi dan juga mahkamah rayuan telah menolak usaha gereja Katolik untuk menggunakan kalimah
Allah tetapi mereka tidak mempedulikan keputusan badan kehakiman.
Kalau tidak kerana agenda
licik kristianisasi terhadap umat Islam di Malaysia, mengapa mereka bersungguh-sungguh mahu menggunakan kalimah
yang sinonim dengan Islam itu?
Bahayanya amat besar kepada kestabilan politik negara dan teras kekuasaan
orang Melayu jika perkara ini berterusan.
Kerajaan harus mengambil tindakan keras terhadap mana-mana pihak
yang cuba memperlekehkan Islam dan meletakkannya setaraf dengan agama lain.Kedudukan Islam sebagai agama
persekutuan hendaklah dipertahankan habis-habisan kerana agenda
pembangkang bukan sekadar untuk berkuasa tetapi menggunakan kuasa di
tangan mereka untuk merubah sistem pemerintahan kepada satu pentadbiran yang anti
Islam, anti Melayu dan anti Raja.
-blue bear-