Saturday, 16 March 2013

GEMPAR...PENGAKUAN BOMOH PENGGANAS DI LAHAD DATU???

GAMBAR HIASAN

LAHAD DATU: Menyedari kekuatan mereka tidak mampu menandingi pasukan keselamatan negara tidak menghalang kumpulan militan dari selatan Filipina melancarkan pertempuran terhadap Malaysia. Persediaan mental ini bergantung pada kepercayaan bahawa mereka kebal.

Beberapa bomoh tempatan, yang pernah berurusan dengan komuniti dari selatan Filipina, berkata mereka amat mempercayai kuasa mistik, termasuk keupayaan untuk mengghaibkan diri dan tidak lut senjata.

Menamakan beberapa bahagian di Sulu di mana kumpulan militan akan mendapatkan tangkal dan azimat, bomoh itu berkata pernah beberapa kali 'perkhidmatan' mereka digunakan untuk membaharui kekuatan kuasa mereka. Ketika ditunjukkan gambar-gambar tangkal dan azimat pada mayat tentara sulu yang mati serta barangan yang dikumpulkan oleh pasukan keselamatan yang 'membersihkan' kawasan pertempuran, bomoh itu berkata kumpulan pengganas percaya barangan itu mampu membantu mereka menewaskan anggota keselamatan Malaysia.

Barangan yang digunakan oleh mereka 'untuk ghaib dan kebal termasuk tulang kucing hitam.

Difahamkan, anggota keselamatan berkata mereka ternampak tulang diikat pada pelvis dan bahagian anggota lain pada badan tentera sulu. Segelintir militan yang menceroboh negara ini diberi tangkal oleh pemimpin mereka, yang menjanjikan selagi barangan itu kekal pada mereka, pasukan keselamatan tidak akan berupaya mengesan mereka atau tercedera jika ditembak.

Atas kepercayaan, inilah, mereka kelihatan tidak gentar walaupun berdepan beberapa batalion anggota keselamatan, kata dua bomoh berketurunan Suluk, baru-baru ini.

Mereka menjelaskan kucing hitam itu akan ditanam hidup-hidup dalam lubang dengan kedalaman tidak lebih tiga kaki selama tujuh hari, dan setiap hari, mantera khas akan turut dibacakan. Pada hari ketujuh, bangkai kucing itu akan digali dan tulangnya diambil.

Untuk melupusan kekebalan musuh, setiap senjata dan peluru perlu disapu dengan tanah samba berkata "daripada tanah kita datang, kepada tanah juga kita kembali".

Bagaimanapun, bomoh itu berkata kekebalan itu akan terhapus sebaik pemakainya makan, minum, buang air atau mengeluarkan air mani. Mereka perlu memulakan semula proses itu jika mereka melakukan mana-mana perkara tersebut.

"Besar kemungkinan mereka juga mengambil syabu, kerana mereka memerlukan kekuatan 'tambahan'. Lagipun, mereka ditegah daripada makan dan minum." Bomoh itu berkata pengganas itu juga akan mengikat kulit ular yang barn bertukar kulit di pinggang untuk mengghaibkan diri daripada pandangan musuh.

" Ketika ular berada ,pada peringkat akhir bertukar kulit, mereka akan menarik kulit tersebut. Kulit itu kemudian diikat di keliling pinggang mereka. Bagaimanapun, dipercayai, pemakai akan kehilangan kuasa ghaib jika dia mandi menggunakan air laut atau sungai."

KREDIT TO :http://infogempaq2.blogspot.com

No comments:

Post a Comment