Tuesday, 23 April 2013

PAS SOLAT 2 IMAM?????

SOLAT DUA IMAM DI TERENGGANU SEJAK 80 AN
oleh: LB
Ingat dok lagi....kesan fatwa mengkafirkan Umno oleh pemimpin Pas, khususnya melalui Ucapan Haji Hadi pada tahun 1981 di Kampung Banggol Peradong, maka berlakulah perpecahan sesama umat Islam di negara ini, sebagaimana pernah disebut oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak.

Mungkin bagi sesetengah pihak ia dianggap sebagai suatu yang sukar dipercayai, tetapi hakikatnya ia adalah benar-benar berlaku.

Video dan gambar kejadian itu masih tersimpan. Berita Harian bertarikh 19 Julai 1982 melaporkan, umat Islam mengecam pertubuhan politik yang terbabit dengan kegiatan membiarkan pengikut mereka melakukan perpecahan di dalam masyarakat dengan sembahyang dua imam dalam satu masjid dan dua masjid dalam satu kampung di Terengganu. 

Mereka menganggap perbuatan itu sebagai perosak dan pencabul kehormatan dan kesucian Islam dan bukannya pejuang Islam yang sebenar. di Terengganu.

Dalam kenyataannya yang disiarkan oleh Berita Harian itu, tidak menafikan kejadian sembahyang dua imam dalam satu masjid dan mendirikan dua buah masjid dalam satu kampung ekoran keadaan itu.

Pada masa itu dilaporkan kira-kira 30 buah masjid dan surau didirikan melalui kelab-kelab parti berkenaan dan pengikut parti itu bersembahyang di kelab berkenaan.

Menurut laporan Utusan Melayu bertarikh 5 November 1986 pula, mendirikan sembahyang Jumaat berasingan dalam satu kariah adalah haram, ditegaskan oleh Mufti dalam satu edaran buku yang bertajuk ‘Fatwa Mufti” yang diedarkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Terengganu pada masa itu.

Pada masa itu di Besut kejadian mengadakan sembahyang Jumaat di tempat berasingan dua sekampung adalah paling banyak iaitu 26 tempat. Antaranya termasuklah Gong Pasir, Bukit Tanah, Benting Lintang, Bukit Puteri, Tok Sabah, Lapan Kotak, Gong Duek, Tok Dor Dalam dan lain-lain. Di Setiu terdapat lima tempat, Marang empat tempat, Kuala Terengganu tiga tempat, Dungun 1 dan Hulu Terengganu 2.

Oleh itu apa yang sebut oleh Dato’ Seri Mohd.Najib adalah perkara yang benar-benar berlaku dan rakyat Terengganu, terutama penduduk di kampung yang terlibat adalah saksinya.

Malah kejadian-kejadian nikah dua kali (nikah semula) kerana anggap pernikahan terdahulu dengan jurunikah Umno tidak sah, tanah kubur berasingan, tidak makan gulai masakan orang Umno yang dianggap sembelihan tidak sah dan sebagainya juga benar-benar berlaku.

Terbaru, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) mengesan 11 buah masjid yang tidak diiktiraf kerajaan beroperasi berlaku kejadian solat berasingan dalam satu kariah.

Pesuruhjaya JHEAT, Mohd. Rozali Salleh berkata, kebanyakan masjid tersebut terletak di Besut dan Marang.

Bagaimanapun katanya, jumlah masjid tidak diiktiraf kerajaan menurun berbanding 23 buah sebelum ini.
"JHEAT telah membuat pemantauan dan akan menyerahkan laporan lengkap kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) untuk tindakan lanjut.

Pihak berkuasa agama melahirkan rasa dukacita kerana hingga kini pun masih berlaku kejadian dua solat Jumaat dalam satu kariah di beberapa daerah di Terengganu.

Kejadian seumpama itu boleh mencemar serta menodai kesucian agama Islam seterusnya menyebabkan umat Islam dihina dan dipermainkan.

Mengulas lanjut, Mohd. Rozali berkata, senario itu dikesan berlaku sejak sekian lama berikutan wujud pihak tertentu cuba menghalang pihak berkuasa menjalankan penguatkuasaan.

Beliau juga berharap supaya tiada mana-mana pihak yang mencampuri urusan pentadbiran di masjid-masjid di negeri ini dengan politik atau kepartian. RAR

Beliau juga berharap supaya tiada mana-mana pihak yang mencampuri urusan pentadbiran di masjid-masjid di negeri ini dengan politik atau kepartian. 

No comments:

Post a Comment