Tuesday 23 April 2013

PAS VS PKR...SIAPA YANG MENANG???



Perang dalam Pakatan Pembangkang semakin sengit, khususnya di antara Pas dan Parti Keadilan. Belum pun apa-apa sudah kata mengata di antara satu sama lain.
Terbaru, Presiden Pas, Dato’ Seri Abdul hadi Awang menyelar parti keadilan pimpinan Anwar Ibrahim dengan mengatakan calon-calon dalam parti keadilan ada yang jenis syaitan, komunis dan pengedar pil kuda.
Kata Haji Hadi:
“Ada calon-calon yang kita khuatir, calon-calon yang kita ada maklumat, tukang edar pil kuda, nak jadi calon macam mana, edar pil kuda... orang PAS tak boleh kerja calon macam ini, terang-terang saya sebut, orang Keadilan pun, tak terima, sedar-sedar mari jadi calon, dengar cerita edar pil kuda, tak perlu sebutlah di mana-mana.
Ada calon yang menjulang gambar Lenin, gambar Stalin, macam mana orang PAS hendak sokong, orang PAS kerjasama dengan Keadilan dengan DAP saja, tak kerjasama dengan parti Stalin, parti Lenin, ada orang parti Stalin, parti Lenin, menjulang Lenin dan Stalin, (sebut pun tak berapa betul dah, nama bukan nama kita) orang Rusia, Karl Marx, gambar Karl Marx duduk dalam markaz, nak suruh orang pas kerja, Karl Marx ni macam Nabi Muhamad dialah, yang menganut idealogi komunis, idealogi komunis diharamkan di Malaysia, dia tepek (lekat) gambar Karl Marx dalam markaz, macam mana orang PAS hendak kerja.
Ha inilah sebabnya bertindak bertanding itu...nak menyelamatkan Pakatan Rakyat, kita tak mahu jadi macam Perak, perintah sekejab pastu jatuh, PAS bertindak, PAS bertindak untuk memelihara, keteguhan bukan saja masa pilihanraya, keteguhan selepas kita diberikan kemenangan oleh Allah SWT, supaya 'syaitan-syaitan' tidak boleh masuk Pakatan Rakyat”.
Tidak tahulah apa perasaan ‘orang PKR’ , sampai begitu sekali Haji Hadi menyelar puak mereka. 
Pas langsung tidak menghormati perasaan kawannya dalam pakatan, macam mana rakyat hendak hormati Pas, demikian kata-kata yang penulis petik dari mulut Setiausaha Politik Kanan Anwar Ibrahim sendiri, iaitu Abd Rahman Yusof.
Beliau yang juga merupakan Timbalan Pengerusi PKR Terengganu, Abd.Rahman Yusof menyelar tindakan Pas yang tidak menghormati perjanjian.

“Pemimpin Pas perlu belajar menghormati keputusan kalau hendak rakyat menghormati mereka,” tegas Abd Rahman ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Mahmud sehari sebelum penemaan calon.

Beliau bergegas balik ke Terengganu jam 11.00 pagi ini dari Kuala Lumpur setelah mendengar berita pencabulan hak PKR Terengganu oleh pemimpin Pas itu.

Abdul Rahman telah membuat lapaoran rasmi kepada PKR Pusat (Dato’ Seri Anwar) berhubung pencabulan hak PKR itu untuk tindakan selanjutnya.

Namun katanya, pertandingan tiga penjuru BN, PKR dan PAS akan berlaku di Dun Kota Putera dan Seberang Takir kerana “kami tak akan berundur dan tetap dengan keputusan dan perjanjian asal”.

Pemimpin Pas perlu menghormati PKR dan penjanjian asal, barulah rakyat akan hormati Pas, katanya dengan kesal.
Walau pun PKR telah diputuskan bertanding mewakili Pakatan di enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan satu kerusi Parlimen di Terengganu, tetapi Pas engkar dan tidak mematuhi ketetapan tersebut.

Kerusi-kerusi PKR yang ditandingi PKR ialah Permaisuri, Kota Putera, Telemong, Seberang Takir, Bukit Besi dan Bandar, manakala Parlimen ialah Kemaman.
Walau pun mereka terpaksa menarik diri tetapi kertas pengundian mereka sudah tidak terbatal dengan penarikan itu dan diteruskan.
Semasa hari penamaan calon di Kuala Nerus, penyokong calon dan penyokong Keadilan yang beberapa orang sahaja itu menumpang di sebelah penyokong Barisan Nasional (BN) kerana tidak ngam dengan Pas.
Di bilik penamaan calon pun mereka (calon, pencadang dan penyokong) terasing dan tidak dihirau pun oleh calon dan rombongan pimpinan Pas.
Haji Abd Rahman dalam perbualan dengan penulis bila ditanya mengenai kemampuan pembangkang khusunya Pas untuk berkuasa semula di Terengganu berkata dengan ikhlas bahawa, paling banyak pun dapat 8 kerusi sahaja.

Ini bermakna pembangkang sendiri tidak yakin untuk kembali berkuasa di Terengganu.


Petikan:
“Tukang edar pil kuda, nak jadi calon macam mana, edar pil kuda... orang PAS tak boleh kerja calon macam ini, terang- Hadi Awang, Presiden Pas.
“Paling banyak pun pembangkang dapat 8 kerusi sahaja di Terengganu. Pemimpin Pas perlu belajar menghormati keputusan kalau hendak rakyat menghormati mereka,” Abd Rahman Yusof, Timbalan PKR Terengganu merangkap SUP Kanan Anwar.

No comments:

Post a Comment